try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Monday, January 31, 2011

Mutiara Kata Adab Sopan (Episod 1)

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi budi dan adab (Nabi Muhammad s.a.w.)

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya (Hamka)

Kata Hukama,"Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan (Hamka)

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya (Maksud hadis)

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapannya (Voltaire)

Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi (Hamka)

Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum (Aristotle)

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu (Hamka)

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti (Hukama)

Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati (Hamka)

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati (Imam Al-Ghazali)

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu (Aflatun)

Kata-kata yang  lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras (Hamka)

Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadab (Al- Ghazali Bayruni)

Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam (Budiman)

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya (Aristotle)

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya (Hamka)

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan yang lebih rendah darinya (Confucius)




Read more...

Mutiara Kata Motivasi (Episod 1)

Ini aku kongsikan mutiara kata MOTIVASI untuk memberi semangat kepada kite semua... Kalo ada cikgu2 yang nak kena bagi ucapan kat sekolah, boleh la ambik ayat2 power ni..


Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi (Confucius)

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang (Samuel Johnson)

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya (Albert Camus) 

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah (Lao Tze)

Kegagalan adalah asas kemenangan (Lao Tze)

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah (Lao Tze)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih (Peribahasa Melayu)

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya (Confucius)

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran (Flower A. Newhouse)

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara (Abraham Lincoln)

Komunikasi adalah sesuatu yang mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yang mudah (T.S. Matthews)

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya (Marcus Aurelius)

Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang (Anonim)

Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu (Pepatah Arab)

Kepala yang tidak mempunyai fikirann sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela (Napolean Bonaparte)

Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak cukup mempercayai (Frank Crane)

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya (Khong Hu Cu)

Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya (Stahl P.J.)

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan (Mognon Me Lauhlin)

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran (Horatius)

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang (William J. Siegel)


Read more...

Friday, January 28, 2011

Mukadimah...

Assalamualaikum...
Bingkisan kata pembuka bicara... Alhamdulillah, akhirnya terhasil jua satu blog milik diri ini, walaupun telah bertahun-tahun saya berfikir untuk menceburi bidang blog ini. Saya memang berminat untuk memiliki blog sendiri. Mencoret dan berkarya untuk membaiki kelemahan diri. Semoga kehadiran blog ini dapat memberi saya ruang untuk memperingati dan diperingati oleh orang lain...
Sebelum ini, saya sering melayari laman blog insan lain. Teruja sangat untuk berkarya di laman blog sendiri. Harap-harap blog ini tidaklah hangat-hangat tahi ayam... Diharapkan semua dapat memberi sokongan kepada saya untuk terus mencoret...
Buat semua yang membaca, andai ada yang terkasar bahasa, terasa hati, saya memohon seribu kemaafan. Bukan niat di hati untuk mengguris hati mana-mana pihak, hanya sekadar berdialog dengan diri sendiri, menyatakan drama pentas di hati... Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan... Semoga kita dapat manfaat dan pengajaran dari kesilapan-kesilapan lalu, samaada sengaja atau tidak sengaja...
Saya mengharapkan teguran dan pandangan daripada kalian pembaca budiman...
Ya Allah, andai blog ini dapat memberi kebaikan bersama kepada semua, Kau permudahkanlah Ya Allah. Amin...

Read more...