try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Wednesday, March 30, 2011

Benda yang anda jarang jumpa di Malaysia!

Memang unik.. Sepanjang MiSsZ jalan-jalan kat Malaysia ni, tak pernah la MiSsZ jumpa yang seunik ini.. Kalau anda ada jumpa kat mana-mana dalam Malaysia ni, tolong la habaq mai kat MiSsZ yer... Jom skodeng gambar-gambar yang sangat unik ni



Kejam betui.. kuda dah kena terbalik pun dia boleh duduk atas tu.. Tapi kalau la kuda and tuan kuda jatuh, tertimpa kepala anda, tak ke tercabut nyawa dan jasad?? Tapi dengan izin Allah la,kan?




Tu dia, lemas-lemas pun nak tunjuk gak jari tu.. Nasib baik dia tak wat peace je..



Kalau yang macam ni mungkin ada kat malaysia, tapi MiSsZ takda la jumpa lagi..Anda??




Bayangkan kat pantai Pulau Langkawi atau pantai Cahaya Bulan ada replika macam ni.. Hhehehe.. Tengok, dah berjemur lama sangat, sampai hitam legam kulitnya. Sian...



Adoiiiiii!!!
Kalau tak nampak, mauu kita terlanggar ni.. Dia tak sakit, kaki kita la yang berbungkus kain putih nanti..






Aik?? Dilanda todak???? Itula, degil.. orang dah suruh wat pagar batang pisang...




Ok, Senyum2.. Posing baik punyer..
Tapi pernahkah anda menyangka... ada orang nak bunuh diri dengan cara camnni?? Call 999, CEPAT!!!

De jumpa kat Malaysia tak??


Read more...

Friday, March 25, 2011

Kemalangan ngeri!! Siapa takut jangan tengok!

Adakah anda pernah tengok kemalangan di jalan raya secara live?? Mesti seram kan??? Kadang-kadang ada accident yang kita tak jangka akan jadi cam tu.. Nak tengok kemalangan yang tidak terduga?? Jom klik read more...



Macam mana la boleh jadi macam ni yer??



Sama ada lori tu reverse tak nampak van atau van tu yang muncul secara tetibe je...




Aik?? Kapal terbang accident kat darat.. Hehhehe.. lawak tui...




“Hello bos,lori ngan kete2 sume dah terjun laut la bos”, kata pemandu lori itu sambil terduduk di tepi laut..




No plat kat mana ek camtu? Dasyat sungguh muatan, sampai nak tercabut tayar tu.. Cam cite rombongan Cik Kiah la pulak. Pernah tengok tak??




Tu dia, Gajah 15C dah mengamuk!!




Fat Duck Surprise dah dapat SURPRISE tu.. memang betul2 surprise r ni...





Akibat masak muffin di signboard jalan raya!! Hehhe... Jumbo Mumbo la alamatnya...

Apa yang MiSsZ leh katakan, berhati-hati di jalan raya.. Ingatlah orang yang tersayang.. Kalau dah accident nanti, kaki patah, tangan patah, nak kena simen, nak kena masuk besi dalam badan.. Nak wat ujian jadi pegawai JPJ dah tak lepas.. besi-besi takleh da dalam badan.. Kena reject ngan pegawai JPJ.. Kawan MiSsZ punya pengalaman.. So, selagi masih sihat ni, beringat-ingatlah... Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara...

P/s: Yang mana accident paling tragis?? Jawab kat komen yer...


Read more...

Thursday, March 24, 2011

Ranking Keputusan SPM 2010 bagi MRSM

Missz nak kongsi ranking keputusan SPM bagi MRSM 2010. Ada MRSM yang meningkat, ada gak yang menurun. Hidup ini ibarat roda, ada masa di atas, ada masa di bawah.



Ini result berdasarkan GPM, iaitu Gred Purata Maktab. MRSM ini dikategorikan cemerlang dengan GPM di bawah 1.75. Jadi MiSsZ senaraikan yg cemerlang je ye...

Keputusan SPM 2010 MRSM

1. MRSM Pengkalan Chepa (0.83)
2. MRSM Jasin (0.91)
3. MRSM Taiping (0.97)
4. MRSM Langkawi (1.33)
5. MRSM Kuala Kubu Baharu (1.68)
6. MRSM Kubang Pasu (1.73)
7. MRSM Kuala Berang (1.73)

MRSM Taiping dah jatuh.. huhuhu... OK, MiSsZ tunjukkan keputusan SPM 2009 pula untuk perbandingan ye.

Keputusan SPM 2009 MRSM

1. MRSM Taiping (1.1052)
2. MRSM Jasin (1.1247)
3. MRSM Pengkalan Chepa (1.1911)
4. MRSM Alor Gajah (1.4648)
5. MRSM Pengkalan Hulu (1.6062)
6. MRSM Pasir Salak (1.6241)
7. MRSM Kuala Kubu Bharu (1.6570)
8. MRSM Langkawi (7.7077)
9. MRSM Batu Pahat (1.7135)

2011 macam mana pula ye?? Diharapkan GPM akan terus memberikan peningkatan!


Read more...

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010

Keputusan SPM 2010 dah pun diumumkan semalam.MiSsZ bangga dengan pencapaian pelajar-pelajar sekarang. Makin lama, makin berilmu pelajar2 Malaysia ni.. Bolehlah menyumbangkan bakti kepada pembangunan negara kita nanti.. Yang lebih menggembirakan Missz ialah apabila bekas student miSsZ call semalam, bagitau mereka dapat A dalam mata pelajaran Sains. MiSsZ pernah ajar mereka sains sebelum mereka ambil SPM. terharu sangat!!



Jom kita baca artikel mengenai keeputusan SPM 2010 yg amat memberangsangkan ini.



SPM terbaik dalam 4 tahun


PUTRAJAYA 23 Mac - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam empat tahun ini dengan seramai 9,239 orang atau 2.28 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran memperoleh gred cemerlang ( A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 363 calon berjaya mendapat gred cemerlang tertinggi iaitu A+ dalam semua mata pelajaran.

''Sebanyak 368,559 orang atau 91.2 peratus calon berjaya mendapat sijil berbanding 90.8 peratus calon pada tahun lalu.

''Sebanyak 81 daripada 103 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan prestasi yang menggalakkan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP)," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2010 di sini hari ini.

Mengenai pelajar terbaik, beliau berkata, seramai empat calon berjaya mendapat A+ dalam kesemua 12 mata pelajaran yang diambil dan 47 lagi mendapat A+ dalam semua 11 mata pelajaran.

''Terdapat 207 calon yang mendapat A+ dalam semua 10 mata pelajaran dan 105 calon mendapat A+ dalam semua sembilan mata pelajaran," katanya,
Abd Ghafar berkata, sebahagian besar sekolah di Malaysia dikategorikan dalam pencapaian sekolah cemerlang, baik dan memuaskan.

''Hanya sebilangan kecil iaitu 66 buah sekolah atau 3.1 peratus sahaja yang memperoleh pencapaian berpotensi," katanya.

Menurutnya, seramai tujuh calon berkeperluan khas termasuk yang rabun, buta dan pekak berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi semua mata pelajaran.

''Seorang calon rabun telah berjaya mendapat lapan A+ dan tiga A dalam 11 mata pelajaran yang diduduki dan seorang lagi calon buta mendapat enam A+, tiga A dan satu A-," katanya.
Tambahnya, pelajar paling cemerlang dalam SPM 2010 akan diraikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis yang akan diadakan di Lembaga Peperiksaan di Kuala Lumpur pada 1 April ini.

Sumber: Utusan Malaysia




Keputusan SPM terbaik sejak 2006


PUTRAJAYA: Seramai 10,488 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah itu, 9,239 calon membabitkan sekolah KPM dan keputusan itu meningkat berbanding 7,987 pada 2009.
Seramai 403 calon memperoleh gred cemerlang tertinggi (semua A+) bagi semua mata pelajaran berbanding 255 calon pada 2009.
Beliau berkata, pencapaian calon luar bandar juga menunjukkan peningkatan termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains yang lebih baik berbanding calon bandar, tetapi usaha perlu dipertingkatkan untuk merapatkan jurang antara pelajar di kedua-dua lokasi khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

“Pencapaian keseluruhan SPM 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun dengan 368,559 calon berjaya memperoleh sijil berbanding 364,046 calon pada tahun sebelumnya.

"Ini tahun kedua sistem penggredan baru diguna pakai dan ia dapat mendiskriminasi lebih tepat pencapaian calon yang memperoleh keputusan cemerlang, selain ia turut dipengaruhi pelaksanaan Dasar Mengehadkan Jumlah Maksimum 10 Mata Pelajaran dan Penambahan Dua Mata Pelajaran Tambahan Dalam SPM yang mula diperkenalkan tahun lalu," katanya pada sidang media mengenai analisis keputusan SPM 2010 di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Sufaat Tumin.
Abdul Ghafar berkata, satu majlis khas mengumumkan sekolah dan pelajar terbaik akan diadakan 1 April ini di Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur dan bakal dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran.

Sebanyak 467,970 calon mendaftar menduduki SPM di 3,594 pusat peperiksaan di seluruh negara pada 23 November hingga 20 Disember lalu.

Daripada jumlah itu, 410,083 calon sekolah KPM, MRSM dan Sekolah Perantis Tentera (7,216), Sekolah Menengah Agama Negeri (8,127), Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Sekolah Swasta (11,248) serta persendirian perseorangan (31,296).

Mengulas pencapaian sekolah, beliau berkata, ia dinilai berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dan 67 sekolah berjaya mencapai tahap cemerlang, baik (340), memuaskan (1,683) dan berpotensi (2,156).

Katanya, keputusan ini hasil tawaran baru antara sekolah dan kementerian dalam usaha meningkatkan prestasi akademik sekolah.

"Prestasi mata pelajaran kali ini juga amat membanggakan apabila 81 daripada 103 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi menggalakkan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan penilaian berdasarkan empat kategori iaitu cemerlang, kepujian, lulus dan gagal," katanya.

Bagi calon keperluan khas, Abdul Ghafar berkata, 319 daripada 629 calon SPM 2010, berjaya memperoleh sijil SPM berbanding 251 calon pada 2009.

Katanya, tujuh calon iaitu tiga calon rabun, buta (2) dan masing-masing satu calon pekak serta lain-lain kecacatan berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran.

Beliau berkata, pencapaian calon ini membuktikan mereka turut mendapat peluang sama seperti calon lain dengan adanya kemudahan termasuk kertas soalan braille, moderasi dan cetakan besar, selain diberi masa berbeza menjawab soalan berbanding calon norma.

Sumber: Berita harian


Read more...

Wednesday, March 23, 2011

Tutorial letak category atau tab cantik dalam blog

MiSsZ wat tutorial ni bagi menjawab persoalan dari Mama Rayyan..
Mama Rayyan tanye:




So MiSsZ jawab cam ni yer..



1. Mula-mula kita kena buat label dulu.. semua dah tau buat label kan? Kalau kita buat New post, bahagian bawah ada ruangan label. Tengok pic ni, banyak kan label MiSsZ.. Tapi yang MiSsZ masukkan kat Tab/category kat atas page MiSsZ, MiSsZ pilih yang utama jer..


2. Ok, sekarang nak ambil URL label pulak.. Di post yang kita dah buat, kat bawah ada label yg kita dah masukkan tadi. Klik pada label yg kita nak buat tab/category tu.


3. Jadi, dia akan keluar http://missz84.blogspot.com/search/label/forum. Copy url ni, paste pada word. Senang nak guna nanti. Buat cara yang sama untuk semua label yang kita nak jadikan category/tab.

4. Kemudian buat la image category /tab label tu dengan cantik2 kat paint atau adobe photoshop @ software lain yg sama waktu dengannya. Macam MiSsZ punya ni:


5. Pastu save la dalam bentuk GIF @ JPG @ BMP @ TIFF @ PNG

6. Pastu buka http://kimag.es/, MiSsZ promote ni sbb senang, tak perlu nak register2.. tujuan dia adalah untuk dapatkan HTML image tu.

7. Upload image yang kita nak letak tu, dan copy HTML thumbnail.. Paste di word dulu, mudah sikit..Tengok gambar kat bawah ni.


8. Kemudian upload lagi image label yang lain, paste kat word dan buat sampai semua label yg nak diupload.

9. Pastu pi kat design>page elements>add a gadget>HTML/JavaScript

10. Paste HTML image tadi. MiSsZ tunjuk untuk satu dulu yer.. Kalau nak buat semua serentak pun boleh.


11. Kemudian klik pada Rich Text. Akan keluar page yg bawah ni:


12. Klik image forum tu, kemudian klik Create Link. Akan keluar Hyperlink macam dalam gambar kat atas ni. Kemudian paste je URL label forum yg kita paste dalam word tadi. Klik OK. Untuk tambah tab/ category yang lain, klik Edit Html. Ulang cara yang sama sampai siap.Kemudian save.

13. Letak gadget ni kat kedudukan yang strategik. Biasanya bawah header la kan? Save.. pastu view blog. Kalu tak jadi, inform MiSsZ. Mana yg MiSsZ leh tolong, MiSsZ tolong.

MissZ tak ingat la MiSsZ belajar dari siapa. MiSsZ cari balik kat Encik Google tak jumpa la.. Sori ek.. MiSsZ cari ni waktu MiSsZ mula-mula belajar nak wat blog dulu.. Tapi kepada org yg MiSsZ rujuk ni, terima kasih sangat2.. ilmu yg sangat berguna. MiSsZ tengah excited waktu tu.. lupa nak save caranyer.. ni pun, MiSsZ try n error je duk ingat balik caranyer..Special untuk mama Rayyan, MiSsZ gerudi2 gak otak duk ingat balik caranyer..

Pastu klik kat bawah ni.. hehe.. optional jer.. Kalau klik, terima kasih daun keladi yer, lain kali klik lagi..









</span>


Read more...

Monday, March 21, 2011

Radiasi Jepun terhadap Malaysia

Walaupun telah didedahkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,bahawa pencemaran radioaktif di Malaysia masih berada di tahap normal dan terkawal, ada juga sesetengah masyarakat kita yg masih bimbang dan tidak mempercayai kenyataan yg diberikan oleh Datuk Seri Dr Maximus Ongkili ni.. Kalau anda masih lagi bimbang, jom kita ramai-ramai serbu ibu pejabat Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di Batu 24, Jalan Dengkil, Selangor! Percuma je kengkawan!! Jom-jom!! Dari kul 8 pagi- 6 petang.. Untuk keterangan lanjut, korang sambung baca artikel ni yer...



PUTRAJAYA: Orang ramai yang bimbang sama ada mereka terdedah dengan pencemaran radioaktif akibat pelepasan bahan cemar itu dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun, boleh menjalani pemeriksaan pengesanan sinaran secara percuma di Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata walaupun pencemaran radioaktif di Malaysia masih berada di tahap normal dan terkawal, tetapi orang ramai yang ingin membuat pemeriksaan, boleh berbuat demikian di AELB.

“AELB berpendapat orang awam tidak perlu melakukan pengesanan sinaran untuk mengesan pencemaran, namun jika orang awam ingin juga melakukan pemantauan individu, AELB bersedia untuk melakukannya secara percuma.

“Kemudahan perkhidmatan pengesanan sinaran ke atas individu itu dibuat mulai jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari di ibu pejabat AELB di Batu 24, Jalan Dengkil, Selangor sejak semalam,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman sesawang AELB, semalam.

Maximus berkata, Agensi Nuklear Malaysia yang turut dilengkapi dengan perkhidmatan analisis pencemaran makanan, juga menyatakan kesediaan mereka untuk menawarkan perkhidmatan itu jika diperlukan.

Mengulas mengenai keadaan di negara ini, beliau berkata, pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh negara menunjukkan paras normal sehingga pagi semalam iaitu 0.029 hingga 0.170 mikro Sievert per jam (uSV/jam.

Sumber: Berita Harian


Read more...

Friday, March 18, 2011

Keychain yang sangat menarik... Jom tambah koleksi!!

Salam kengkawan semua…

Hari ni MiSsZ nak cite pasai hobi MiSsZ sejak kecil-kecil lagi.. MiSsZ memang suka mengumpul barang.. barang apa?? Macam-macam la, antaranya keychain, bookmark, sampul surat, setem, teddy bear, card comei-comei dan macam-macam lagi.. Tapi kali ni MiSsZ nak kongsi ngan kengkawan tentang hobi MiSsZ mengumpul keychain.. jom tengok koleksi keychain MiSsZ…



Kalau waktu kecil MiSsZ takde duit, beli keychain kayu dan plastic jer.. dah makin besar, MiSsZ suka kumpul keychain besi… nampak hebat sikit.. kalau MiSsZ pergi memana pun MiSsZ mesti akan beli keychain. Kadang-kadang, family dan kawan-kawan akan hadiahkan MiSsZ keychain kalau mereka pergi bercuti.. thanks semua sebab tambahkan koleksi MiSsZ..

Nak tengok koleksi MiSsZ??










Skrang MiSsZ nak tunjukkan keychain yang telah diasingkan mengikut negeri MiSsZ beli…

Perak mali….



Semua keychain ni berasal dari Pulau Pangkor, kecuali dua dari kanan.. MiSsZ dah banyak kali gak pergi Pulau Pangkor. Kadang-kadanng pergi Lumut pun boleh beli keychain Pangkor.. Keychain yang paling kanan, MiSsZ beli di The Lost World of Tambun, Ipoh waktu MiSsZ pi ngan kawan-kawan.. kami tak mandi pun, ramai sangat orang.. just jalan-jalan kat Pet World dia.. Best2!! Keychain dua dari kanan MiSsZ beli lama dah.. waktu rombongan sekolah pi Pasir Salak.. salah satu tempat bersejarah di Perak.. Ingat tak subjek Sejarah waktu sekolah dulu??

Malaysia


Ini koleksi keychain yang ada tertulis Malaysia.. Semangat cintakan tanah air tu.. Hehehe… Yang macam kristal berwarna tu MiSsZ beli waktu MiSsZ sekolah rendah.. ntah apa-apa jer.. Dah memang minat,kan… macam mana rupa pon tak kisah.. Yang besi tu bila dah besar macam ni la, baru mampu sikit nak up kan taste MiSsZ..woooo….

Kuala Lumpur yang tidak berlumpur..


Hebat tak?? Yang tengah kakak MiSsZ bagi.. dia beli waktu pergi rombongan ke KL. . bertuah MiSsZ tak ikut… dapat gak ole-ole..


Genting Higlands…


Dua dari kanan adalah pemberian dari dua sahabat baik MiSsZ.. mereka hadiahkan MiSsZ waktu mereka pergi bercuti ke Genting Highlands ngan beberapa orang lagi kawan MiSsZ.. MiSsZ teringin gak nak ikut, tapi mak tak bagii.. huhuhu…Tapi mereka kata tak best pergi Genting waktu tu, hujan.. jadi mereka tak main banyak benda, macam tak puas hati la,,, Setelah 2 tahun, mereka nak pergi lagi, dan kali ni MiSsZ ikut, sebab mak MiSsZ dah bagi keizinan.. Jadi yang dua dari kiri tu MiSsZ beli sendiri.. hehehe.. Tak de la best sangat Genting Highlands ni..


Tanah tinggi yang sejuk.. Cameron Highlands…


Ini pun MiSsZ dah pergi banyak kali.. itu yang bawak banyak strawberry ni.. dua dari kanan adalah strawberry besi.. hehe..


Pantai timur Malaysia lak…Terengganu..


Paling kanan abah MiSsZ belikan waktu dia ikut rombongan, MiSsZ baru 6-7 tahun je waktu tu .. Anak isteri semua kena tinggal, abah pi ngan kawan-kawan dia.. Dua lagi tu MiSsZ beli waktu pergi kenduri kahwin junior MiSsZ. MiSsZ pi ngan junior-junior gak. MiSsZ sorang je senior yang join diorang.. baik betui senior ni,kan?? Hehe.. angkat bakul sendirik jer..jadilah, dapat gak bawak Batu Bersurat Terengganu balik ke Perak..


Langkawi, Kedah..


MiSsZ dah banyak kali gak pergi langkawi.. ikut rombongan ada, pergi dengan family ada, dan yang paling akhir, MiSsZ pergi dengan sahabat2 baik MiSsZ.. rindu sangat ngan diorang…


Pulau Pinang…


Pulau Pinang takda banyak sangat tempat menarikla, bagi pendapat MiSsZ jet au.. Orang Penang jangan marah noh, mungkin MiSsZ tak pandai jalan sana kot… Yang rama-rama tu adalah yang paling lama dalam koleksi Penang sebab yang itu waktu rombongan sekolah rendah..Beli kat taman rama-rama..


Melaka



Sarawak


Ini bukan MiSsZ beli sendiri dari Sarawak.. Tapi ada student UiTM Shah Alam dari Sarawak mai datang jual kat umah MiSsZ. Rezeki, MiSsZ beli r...


Dari luar Negara… (koleksi bermula sejak MiSsZ berusia 24 tahun)


Banyak gak,kan?? Seronok sangat.. kalau boleh nak tambah lagi.. Sebenarnya, MiSsZ tak pernah pergi mana-mana Negara selain yang MiSsZ menetap sekarang (Malaysia).. Yang ada dalam koleksi ni semua hasil pemberian dari rakan-rakan, prof (waktu prof pergi conference kat luar Negara) dan yang MiSsZ kirim dari kawan-kawan yang ke luar Negara (kirim duit sekali.. ehehe..)

Berbesar hati sangat sebab ada kawan-kawan yang sudi hadiahkan keychain-keychain ni pada MiSsZ.. bagi MiSsZ, pemberian diorang ni sangat-sangat besar pengertiannya… Thanks.. hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian..



Ini dari Indonesia, 3 dari kiri adalah dari Medan. Yang ke-2 dari kanan, adalah dari Yogyakarta.. dan yang paling kanan adalah dari Bandung.



Ini pula dari China.. Made in China.. Kanan sekali waktu senior pergi conference, at the same time berlangsungnya Beijing 2008 Olympic.. pe lagi, sambil menyelam minum airla senior2ku itu…Tengah dari Taiwan, kawan yg memang orang Taiwan yang belikan.. Yang kiri tu adalah gadiah dari Prof, Hong Kong mali…




Ini koleksi dari 3 negara jiran Malaysia. Dari kiri (Japan), Prof kasi waktu pergi conference kalau tak salah.. Tengah dari Nadia waktu dia bercuti ke Thailand dengan family dan paling kanan adalah dari Singapura. Kirim pada kawan yang pergi bercuti kat sana.



Ini dari luar Asia punya.. lama benda ni naik flight.. Paling kiri adalah hadiah daripada kakak MiSsZ. Cikgu sekolah dia bagi kat dia.. tapi dia bukannya suka keychain-keychain ni, lalu keychain itu pun berpindah milik ke tangan MiSsZ.. waktu MiSsZ sekolah rendah MiSsZ dah dapat keychain ni.. keychain paling hebat la MiSsZ pernah ada waktu tu.. Dua dari kiri adalah hadiah daripada Nadia gak.. waktu dia melawat aunty dia kat London.. jelesnya…Thanks Nadia… Sebelah bas ni pun hadiah dari London, prof bagi waktu dia pi bercuti ke London ngan isterinya. Paling kanan Prof bagi gak.. dia join pertandingan kat Germany..

Ada banyak lagi tempat-tempat dari Negara luar yg MiSsZ takde keychain collection lagi. .. Contohnya, Korea, New Zealand, Cambodia, Iran, Iraq, India, Bangladesh, Australia, dan banyak lagi la..

Hehehe.. gatai duk ngumpul keychain dari luar Negara, dalam Negara pun tak complete lagi.. perasan tak negeri mana yang MMiSsZ tak ada lagi??




Dah dapat jawapan???









Pandai pun, MiSsZ takda koleksi keychain dari Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan dan Sabah…

So, diharap sangat kepada sesiapa yang tinggal di negeri and Negara yang MiSsZ belum ada koleksi, atau yang dah ada koleksi, tapi anda dengan baik hatinya nak tambahkan untuk MiSsZ, boleh la emailkan pada MiSsZ. Nanti MiSsZ bagikan alamat.. Kalau ada student Malaysia yang duk study kat luar negara atau orang Malaysia yang dah kerja kat luar Negara sudi mengcompletekan koleksi DALAM dan LUAR NEGARA MiSsZ ni, MiSsZ minta tolong sangat2, tolonglah teruskan niat baik anda tu.. Jasa kalian hanya Allah yang mampu balas.. nanti MiSsZ cite kat en3 seterusnya lak hadiah dari anda tu.. kalau ada yang nak claim balik, bagitau jer.. tapi wat masa sekrang MiSsZ takde duit lagi.. huhuhu… korang rajin2 la klik nuff, churp2 dan HB MiSsZ, bagi tabung duit untuk MiSsZ bayar claim anda..

Sesiapa yang sudi bagi sumbangan keychain kat MiSsZ, tolong tinggal jejak kat komen ni atau email kat MiSsZ di missz.garden@yahoo.com yer.. MiSsZ tungguuuuuuuuuuuuu.. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian...Thanks again…

Klik yer, wat tabung nak beli keychain lagi... nak bayar claim keychain nanti.. ehehhehe...



Klik yang ni juga yer.. pilih2lah hadiah yer, untuk yg tersayang!!




Read more...

Wednesday, March 16, 2011

Kempen Churp2.. Jom join!!

Sekali orang klik bannner churp2, kita akan dapat RM 0.20-0.40... Wah, senang betul nak buat duit yer.. Anda dah join?? Kalau belum, mai daftar SEGERA!!! Klik je gambar ni!!



Kalau tak tahu gak nak daftar, anda email je MiSsZ di missz.garden@yahoo.com. MiSsZ akan bantu seberapa segera yer..

Di bawah merupakan kempen-kempen Churp2 yang sedang berlangsung. Sudi-sudikanlah diri anda untuk klik yer. Kalau anda dah klik, anda tinggalkan komen kat entry ni , shoutbox, takut MiSsZ tak alert pulak nanti..


  • Load your DiGi with more freebies today!

  • Here's your chance to be a proud owner of iPhone 4. Whoa!

  • Earn points five times more with just a simple step!



  • Are YOU the man we're looking for?



  • MixFM Breakfast Show




Terima kasih sudi klik churp2 MiSsZ, MiSsZ doakan agar anda dimurahkan rezeki selalu. Amin...

Tinggal pesan kat ruangan komen ni!! Tapi klik MiSsZ nyer churp2 dulu yer.. TQ!!
Read more...