try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Saturday, April 30, 2011

Keputusan pemenang MiSsZ GaRdEN’s BIRTHDAY LUCKY DRAW

Kengkawan semua mesti dah tak sabar2 nak tahu keputusannya kan???

Ok, ni MiSsZ nak umumkan nama pemenangnya... Jeng..jeng.. jeng...



Untuk SEGMEN KREATIF pilihan anda, seperti dalam entry ni.. Pemenangnya ialah peserta no 6 iatu cik AZIE.. ramai pengundi dia.. hehe.. Cik Azie kita bakal menerima Keronsang rama-rama...

Bagi Pemenang SEGMEN KREATIF Pilihan MiSsZ pula.. tak leh nak diumumkan lagi.. kenapa?? Sebab MiSsZ tak berjaya memilih pemenangnya lagi.. huhuhu.. 7 peserta je.. tapi semua hebat2.. adeh.. family MiSsZ pun semua sibuk je skrg.. leh sabar kan menunggu.. hehe... sabar itu separuh dari iman...

Ok, untuk keputusan pemenang MiSsZ GaRdEN's BIRTHDAY LUCKY DRAW.. MiSSZ nak umumkan sekarang.. MiSsZ guna khidmat En. RAndom.org jer... Malas pulak nak cabut undi sendrik...

Pemenangnya ialah...


Kita tengok siapa yang kena!!!

Cek kat sini!! Hahha.. kejam tak MiSsZ?? agak kejam la,kan?? hehe..

So, kepada kedua2 pemenang birthday lucky draw ni, bagi alamat yer.. gelang glitter ni nak hinggap di tangan anda seberapa segera ni...

Opss.. kepada Azie, sila bagi alamat gak.. rama-rama nak terbang ke sana!!!


Read more...

Sunday, April 24, 2011

Keputusan pemenang MiSsZ GaRdEN’s BIRTHDAY LUCKY DRAW ???

Assalamualaikum.....

Mesti ramai ternanti-nanti akan keputusan MiSsZ GaRdEN’s BIRTHDAY LUCKY DRAW,kan?? Sorry2, MiSsZ bz sangat!! Birthday MiSsZ pun tak meriah.. huhuhu.. tak happy2 sangat pun.. tak sempat nak happy2..

MiSsZ belum wat cabutan lagi.. sebelum hujung bulan ni keputusan akan diumumkan.. Itu yg MiSsZ mampu janjikan.. sorry ye kawan2..

Untuk pertandingan SEGMEN KREATIF pun belum diadili lagi oleh MiSsZ sekeluarga.. semua kreatif2.. tak tau nak pilih.. Tapi keputusannya, pilih mana yg kami rasa paling kreatif lah yer..

Tapi,kan.... Macammana kalau pilihan MiSsZ tak sama dengan pilihan anda yer? Anda rasa mana yg paling kreatif?? Oleh sebab untuk SEGMEN KREATIF peserta2nya bersungguh2.. MiSsZ pun nak beri peeluang kepada pembaca2 blog MiSsZ GaRdEN yang tentukan pemenang SEGMEN KREATIF pilihan anda.. Tapi hadiahnya bukan gelang glitter tu.. itu yg pilihan MiSsZ.. untuk pemenang pilihan anda, dia akan dapat keronsang kecik 2 biji. setiap keronsang ada 2 rama2.. 4 beranak rama-rama semuanya.. 2 warna yg berbeza... hehe..

So,anda baca la semua entry2 kreatif mereka ni, kemudian bagi la pemenang pilihan anda kat ruangan komen entry ni.. kire macam undi la.. undi kat komen jer.. sms2 takde.. setiap orang pilih satu udah le.. banyak2 pening lak nak pilih nanti.. ajak le kengkawan mengundi sama yer... tunaikan tanggungjawab kita... sebelum 20 april la.. tepat 21 april, undian tidak dikira lagi.. pemenang pilihan anda boleh tau segera la kan.. tapi yg untuk pemenang pilihan missz, sebelum hujung bulan ni.. insyaAllah diumumkan dan hadiah sampai umah.. hehe... mana tau, kot2 pilihaan missz sama dengan pilihan anda.. bertuah si dia...

Jom, pilih siapa pemenang segmen kreatif pilihan anda!!

1. nabila
2. nana
3. anim
4. tiefazatie
5. mariah_smile
6. azie
7. Liyana Z


dah baca, tulis kat ruangan komen, anda pilih siapa tau..
Read more...

RESEPI TRIFFLE cik yaya

Resepi ini adalah sumbangan daripada Cik Yaya! Menarik, tertarik, kau memang da boom!! Tak mau cakap banyak lagi, jom usha cara nak buat Triffle cik yaya ni..



Bahan-bahan
• Kek span (pandan,vanilla coklat sukahati)
• Konyaku jelly
• Buah tin (strawberry, peach,kiwi dll.)
• Whipping cream (tak nak pun takpe)


Bahan-bahan Kuah Kastad
• 1 Susu cair jenama carnation or ideal (sukahati) haha
• 5 sudu gula pasir
• 1 cawan air
• 3 sudu tepung kastad
• Secubit garam


Cara membuat kuah kastad
• Didihkan 1 tin susu cair ,campurkan air, gula, dan boleh campurkan sedikit air dalam tin buah-buahan
• Bancuhkan tepung kastad tadi dengan sedikit air terlebih dahulu kemudian baru masukkan dalam campuran di atas
• Boleh tambah tepung kastad sekiranya kuah terlalu cair
• Kacau dengan api yang palinggggg perlahan supaya tidak berkerak
• Last sekali campak secubit garam utk menambahkan kelemakan. (WAJIB!)


Cara menyusun TRIFFLE SUKAHATI NI

• Potong kek span bentuk kiub atau sukahati yang penting boleh disusun dengan cantik dalam mangkuk pilihan anda
• Tuang konyaku jelly tp jangan tuang semua..sikit je tauu!(cara nak bancuh jelly tiru kat kotak yeee)
• Tabur buah-buahan dalam tin
• Kemudian tuang kuah kastad yang telah dibancuh tadi
• Tuangkan whipping cream, kuantiti ikut kesukaan anda
• Kemudian tuang konyaku jelly yang lebihan td
• Kalau ada lebihan kastad leh tuang lagi..kemudian susun buah-buahan strawberry, peach dan kiwi mengikut kreativiti anda.
• Kalau nak banyak lapisan boleh susun lagi kek lapis
• Kemudian letakkan di dalam peti. Sejukkan semalaman. Tapi kalau dah tak tahan lepas 3 jam leh belasah dah. HAHA




*tips triffle ini ialah mengikut kreativiti dan kesukaan anda untuk menyusunyaa..kalau tak minat whipping cream better jangan letak, kalau kurang minat jelly pun leh kurangkan. Tapi yang paling besh letak kuah kastad, kek lapis dan buah-buahan banyak pun dah cukup. SIMPLE is BETTER. No need semak-semak tapi tak sedap. HAHAHA.

*KALAU NAK CANTIK BUAT DALAM MANGKUK QUEEN ANNE OKAY!



Inilah hasilnya!!



Nampak sedap kan?? Marilah kita cuba resepi daripada cik yaya! Selamat mencuba!!

Jom usha resepi lain pula...


Read more...

Resepi Spageti version ifa

Resepi ini adalah sumbangan dari ifa... Cubalah, serius sempoi!! Tak payah nak remeh-remeh.. orang bujang memang berbaloi2 la buat.. hehe.. Sesuai gak untuk orang yang duduk di hostel atau rumah sewa yang takda banyak kelengkapan tu..



Ok, jom layan ifa yang ala-ala chef wan meneranagkan cara-cara membuatnya...

ok..firstly..sediakan bahan2..iaitu:

1. spageti..xkisah la korg nk gune yg halus ke..yg biasa ke..
2. bawang besar 1 biji
3. 2keping daging burger
4. 1batang lobak
5. 4biji cili padi
6. sedikit sos lada hitam
7. 2paket mushroom soup vono..
8. sedikit garam
9. air






ok..mule2..kite kena rebus la dulu spageti tue..mase rebus tue letak gak garam secukup rasa ok..hee..



n then kalu agak2 dah masak..korg tos-kn die ok..pastue..sile tumis bawang td..smpai sparuh garing..n then masukkan daging burger dan juga sos lada hitam..sos tue ikut korg la nk byk mane pun...ble tgk daging tue cm nk masak dh..masukkan lobak plak k..pastu tumis la sume smpi masak...




after dat..if korg tgk dh cukup masak..korg masukkan spageti yg dh siap tos td ok...pastu masukkan serbuk mushroom soup yg 2 paket td ngan sedikit air...jgn letak byk sgt air..nt xsedap la..korg agak2 la ok??..




after dat korg gaul la ia sampai sebati ok..dan hasilnye akan seperti pic di atas..hihihi..owh, ye..cili padi tue sllu ye sy cmpur je skali..sbb suke pedas kan..n nie kan resepi sendiri..so ikut sy la nk letak pe pun kan2..hihi..but xletak coz my sis n bro nk makan juga..so nt pedas sgt..cian dorg..korg leh gak letak kobis ke..n sayur2 lain yg sesuai..cm sy nie..sayur lain dh abes la..hihi..utk daging tue pun korg leh tukar letak sausage ke..fishball ke..ikut kesukaan masing2 la..




ok..pic di atas ialah spageti yg adek2 sy makan..without cilipadi..hihi..me punye ade cilipadi ok..hihi..xbest la kalu xberape pedas..hihi..=)

owh ye..spageti yg sy masak tadi cukup la utk dlm 6-7org makan..

Ok, terima kasih Chef Ifa!!! Kepada kawan-kawan semua, silalah cuba.. MiSsZ pun teringin nak cuba bila ada masa nanti.. Yummy!! Jom baca resepi yg lain pula.....


Read more...

Saturday, April 23, 2011

Resepi pekasam ikan puyu Cikgu Tie

Resepi adalah sumbangan daripada Cikgu Tie! Selalu kita beli je ikan pekasam dari pasar atau pasar malam.. Kali ni Cikgu Tie telah bersetuju nak share resepi buat pekasam ikan puyu.. jom terjah!!



Bahan-bahannya:
1 mangkuk beras
1 cawan garam kasar
3 cawan Air suam
1 kg Ikan Puyu.

Cara-caranya:
1. Gaulkan Ikan Puyu dengan garam kasar semalaman dalam bekas tertutup.
2. Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2(setengah) cawan garam kasar dan kacau hingga larut.
3. Masukkan beras yang digoreng serta dimesin ke dalam campuran air garam.
4. Ikan yang diperap semalaman hendaklah dibasuh dahulu untuk mengurangkan masin.
5. Masukkan ikan seekor demi seekor(pastikan digaul rata dengan campuran beras) dan susun.
6. Pastikan bekas ditutup lalu dibiarkan sehingga seminggu.



Read more...

TERKINI Calon PEMENANG PeNgKoMeN TeRhEbAt di MiSsZ GaRdEN!

Ramai yang dah perasan yang ranking PengKOMEN TerHEBAT di MiSsZ GaRdEN ni dah tar waras kan?? hahaha.. am siap kata MiSsZ delete komen lagi tu.. hehe.. takde la.. apasal lak MiSsZ nak delete komen2 dari kawan2 kesayangan MiSsZ...Tak tau la kenapa makin lama komen kawan2 makin kurang.. dah tak berapa betui lak dia..ada wire tercabut kot. hahha.. So MiSsZ terpaksalah mengira secara manual.. huhuhu.. letih tau.. banyak kali kira supaya betui.. siap masuk dalam excel lagi tu.. nak nampak kemas and tak tersilap..



Ada tak kawan2 tau kat mana MiSsZ leh dapatkan widget top commentor yg ok??Mula2 widget ni beroperasi dengan baik.. tapi lama2 dia wat hal pulak.. kepada yg tau, inform MiSsZ segera yer.. kalau takde pun takpe, sebab MiSsZ dah kira secara manual..pedih mata mengadap komputer, siap kena kira berulang2 kali lak tu.. huhu... disebabkan sahabat2 tersayang ni, MiSsZ gagahkan jua. huhuhu.. terharu tak??

OK, pas ni cik lola @ cik muny dan mr. AMri boleh sambung mengomen di sini dengan senang hati yer..

OK, ni adalah senarai top 6 yang begitu bersungguh2.. terharu sangat dengan kalian.. luv u all la.....

1. Cik lola@cik muny (440 komen)
2. Pzah@fiezah91 (389 komen)
3. syu@peminat cerita korea (102 komen)
4. xcyber@amri@Mr. churp2 (89 komen)
5. izzuddin@bf datin B.. hehe.. sempat gosip lagi tu.. (80 komen)
6. Akiezecky@housemate Italy (73 komen)

Yang lain jangan risau yer.. MiSsZ dah catat dalam excel setiap org yang penah bagi komen kat MiSsZ.. cuma takdela MiSsZ masukkan semua dalam list ni.. kalau nak nama anda dimasukkan, kena la tambah lagi komen.. Meoww cat, anda ada 14 komen dalam blog ni.. tambah lagi yer.. meeeeeeeeeeeeeooww!!!

MiSsZ akan update kan ranking semasa yer.. kalau nak tau segera, kena kira sendiri la berapa komen yg anda dah ditambah.. tapi, dunt wolly yer, missz akan update.. cek je kat entry missz selalu..


Read more...

Friday, April 15, 2011

MiSsZ GaRdEN's BIRTHDAY LUCKY DRAW

Anda nak hadiah ni????


Gelang berlian putih dan ada glitter pelangi (3 layer)

Kalau nak, jom JOIN:


NAK JOIN??? KLIK di SINI


Klik sini ye.. Kalau dah klik MiSsZ punya Churp2 dan tinggalkan jejak di SINI!!




Read more...

Monday, April 11, 2011

Tahniah kepada Follower ke 111!!! Iaitu Kak Pah dari PAHANG!!

Penantian telah berakhir!!



Tahniah kak pah kerana berjaya menjadi follower ke-111!!! Maaf lambat update.. missz bz sikit... untuk minggu ni bz.. huhuhu.. windu nak update.. byk nak tulis kat blog ni, tapi masa tak mengizinkan.. nanti missz curi2 masa gak yer.. promise..

Untuk kak pah, missz bagi hadiah sebelum hujung bulan ni yer.. wlaupun hadiah tak sseberapa , missz harap kak pah sudi menerima nya...

Ok, missz perkenalkan serba sedikit tentang kak pah yer...

Kak Pah berasal dari Johor tapi kini menetap di Pahang.. Kak Pah adalah seorang surirumah sepenuh masa dan merupakan ibu mithali kepada 2 org hero dan 4 orang heroin.. hehe... dan ini bermakna kak pah telah pun mendirikan rumah tangga.. hehe.. kak pah seorang yang jiwang gak.. layan novel.. kalau macam tu, missz kena jemput kak pah join segmen kreatif lucky draw missz ni.. rugi la kalau org berkarya kreatif tak join... leh bungkus hadiah sekali je nanti.. hehe...

Papepun, tq coz sudi follow blog missz yg tak seberapa ni.. Kalau nak kenai kak pah lebih lanjut, klik SINI!!


Read more...

Friday, April 8, 2011

Awas dengan TELUR TIRUAN

Macam-macam tiruan dah diperkenalkan di malaysia sekarang.. Telur tiruan pun ada.. Kecoh di Pulau Pinang sekarang telah dikesan penemuan Telur Tiruan ni. Menurut siasatan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), telur tiruan ini dibuat daripada pelbagai bahan kimia.. Nak tahu bahan2nya? Klik read more ye...





Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. Klik setiap bahan tersebut jika nak mengetahui lebih lanjut tentang bahan tersebut.
Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Ku Nafishah Ku Ariffin, contoh telur itu dihantar ke makmal di Kuala Lumpur petang semalam (7.4.2011) dan keputusannya akan diketahui dalam masa tempoh seminggu.


Sebelum ni my mom pernah buat telur tiruan.. tapi dia tak gunakan bahan kimia.. dia Cuma gunakan kulit dalam coklat kinder joy tu..


Dalamnyer kan warna putih. My mom terbalikkan yg warna warni ke dalam, yg putih keluar. Kemudianbeliau letak batu kat dalam kinder joy tu, dan ikat supaya batu tu tak terkeluar, kemudian dia letak kat dalam tempat ayam bertelur.. hehe..


Teknik nak menipu mak ayam.. sebabnya beliau berbuat demikian adalah kerana tak tahan dengan sikap ayam yg suka pijak2 telur ayam tu, jadi pecah semuanya.. ayam mana nak duk kat tempat bertelur tu kalau dalam tu takde telur.. MiSsZ lupa pulak nak tanya result experiment beliau ni.. hehe.. mana la tau kot ayam2 missz ni tak educated leh tertipu dengan telur tiruan tu.. hehe... tengok2 sekarang ni dah keluar berita telur tiruan pulak.. macam2 hal...


Read more...

Wednesday, April 6, 2011

TEMUDUGA jawatan kosong.. Apply segera!! GANJARAN LUMAYAN!!!

Kepada semua penganggur di Malaysia, atau pelajar yg dah nak bis study.. leh apply jawatan kosong ni.. Temuduga senang dipanggil.. Jom baca keterangan lanjut!!!



SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal..
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.



EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur..
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

MiSsZ dapat artikel temuduga ni dari email.. Kawan MiSsZ bagi.. thanks cyg...

Klik Nuffnang ni yer,dont worry, ia akan dibuka di window lain.. Klik la, baca selanjutnye tentg iklan ni dengan hanya klik iklan di bawah...







Read more...

Sambungan kisah Rumahtangga: Surat untuk suami kerana si isteri merajuk

Ok, ni adalah sambungan dari kes isteri merajuk.. si suami tak nak berdiam diri.. mungkin menyesal kot.. lalu, dia pun bagi surat kat isterinya...




Nak pujuk la tu.. nak baca pe dia tulis?? sambung baca lagi..

Dear Ayang,

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siapkan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..
cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja... lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg dioder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza drjepun..nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..
pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah..tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masakita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak watloan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin..
tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak mukapontianak dlm citer puntianak harum sundal malam.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...
pasal morning kis tu, ayang bgn pun dahtghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cumajgnlupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit.. kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan takat calar jek silap2 leh masuk hspital..

abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu..

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang

Sweet tak cerita ni?? Jangan majuk-majuk selalu tau... Agak2, camne cinta mereka selepas ni?? Mesti cam gambar di bawah ni...


Thanks to my beloved friends for this email..

Kalau ada yang terbaca entry ni, anda mesti baca dulu entry YANG INI! 

Klik Nuffnang ni yer,dont worry, ia akan dibuka di window lain.. Klik la, baca selanjutnye tentg iklan ni dengan hanya klik iklan di bawah...



Read more...

Rumahtangga: Surat untuk suami kerana si isteri merajuk

Adakah anda berada di alam percintaan sekarang? Pernah tak pasangan anda merajuk?? Biasanya kalau merajuk, siapa yang pujuk?? And, apa yg menyebabkan pasangan anda merajuk? masalah remeh-temeh? Siapa yg selalu mula merajuk? Lelaki atau perempuan?? Mari kita baca kisah merajuk pasangan ni.. tragis beb...



Ada perselisihan faham antara pasangan ni..si isteri terasa hati kerana suaminya mengabaikan dia.. Anda pernah rasa macam ni??



Disebabkan ketidakpuasan hati si isteri, dia pun tinggalkan surat untuk si suami..


Suratnya berbunyi cam ni...


Dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan di sini...

kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam...

abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape? harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance.. ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada,ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama. sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang



Ambik kau!! Sayang sangat kete tu.. suh dia buat sume.. hehe... Geram tak dapat suami macam ni??

Lepas tu suami dia tak puas hati pulak... Dia reply surat tu.. Nak baca pe suami dia tulis?? KLIK SINI

Klik Nuffnang ni yer,dont worry, ia akan dibuka di window lain.. Klik la, baca selanjutnye tentg iklan ni dengan hanya klik iklan di bawah...






Read more...

Petua hampas kelapa hilangkan daki

Anda mengalami masalah daki yang degil??? Lor, jangan kikis guna pisau.. hehhe.. cuba je petua ni..




1. Gosokkan hampas kelapa dari setengah biji kelapa pada badan ketika mandi
2. Lakukan sehingga daki –daki pada badan tertanggal
3. Bilas dengan sabun dan ir bersih
4. Lakukan setiap hari

Klik Nuffnang ni yer,dont worry, ia akan dibuka di window lain.. Klik la, baca selanjutnye tentg iklan ni dengan hanya klik iklan di bawah...







Read more...

gambar mia sara yang comei dan berbakat bersama lisa surihani

Orang yang takde anak, beria2 nak anak.. yg dah ada anak.. abaikan pulak.. kalau yang dapat anak secomei mia sara, dah la comei, petah berckap and pandai berlakon lak...rezekilah,kan?? Nak tengok mia yg tomei?? Klik read more!!



Missz cari gambar mia kat en.google.. thanks yer encik...



Ni mia n mama tomei lak..

Gambar kat bawah ni sangat special.. papa n mama mia...hehe.. but not da real one la.. becoming mungkin.. mia sara junior nanti muncul..


Ni family mia.. real ffamily tau.. bukan dalam citer!!

Klik Nuffnang ni yer,dont worry, ia akan dibuka di window lain.. Klik la, baca selanjutnye tentg iklan ni dengan hanya klik iklan di bawah...







Read more...

Nur Hafiqah Zarissya yang diculik di Gambang telah selamat ditemui

Kanak-kanak ni telah dikatakan diculik oleh warga asing diGambang, Pahang telah ditemui.. Nampaknya, bukan warga asing yang ambil.. cuba baca selanjutya...



KUANTAN: Adik Nur Hafiqah Zarissya Mohd Nawawi berusia setahun sembilan bulan yang dilaporkan hilang lewat petang semalam, ditemui semula dalam keadaan selamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP, Mohd Jasmani Yusof, berkata kanak-kanak itu diserahkan oleh sepasang suami isteri kepada kakak ipar mangsa di tempat kanak-kanak itu dilaporkan hilang iaitu di kedai telefon bimbit milik ibu kanak-kanak itu di Jalan Kuantan-Gambang di sini.

"Pasangan berkenaan yang berada di Temerloh telah melihat laporan berita di televisyen pada 1.30 petang tadi berhubung kehilangan kanak-kanak ini dan menelefon pihak keluarga sejurus kemudian untuk mengembalikannya semula," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan baik ketika diserahkan oleh pasangan berusia 30-an berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, polis akan membawa kanak-kanak itu ke hospital bagi pemeriksaan.

Mohd Jasmani turut meminta pasangan berkenaan tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan bagi memberi keterangan lanjut berhubung kes itu.

Sementara itu, kakak ipar kanak-kanak berkenaan, Noorsyatina Shamsuddin, 23, berkata, dia menerima panggilan kira-kira 1.45 petang tadi sebelum pasangan berkenaan menyerahkan adik iparnya kira-kira 3 petang.
"Mereka kata mereka menjumpai Nur Hafiqah berseorangan pada waktu malam tanpa pengawasan di hadapan kedai berkenaan sebelum membawanya ke Temerloh," katanya.

Gambar sekadar hiasan (dari en. google)

Terdahulu, kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang dipercayai diculik kira-kira 7 petang semalam ketika bersama kakak iparnya dan seorang saudaranya berusia 10 tahun di hadapan sebuah kedai telefon bimbit milik ibu kanak-kanak itu.

P/s: ibu bapa dinasihatkan agar lebih berhati2 dalam menjalankan tanggungjwab anda.. bukan senang nak dapat anak weh!!! Biarpun anak kita tak secomei mia sara, dia tetap anugerah Allah pada kita..
Dah tersebut mia sara, teringin pulak nak wat entry pasai mia sara yg comei.. KLIK SINI!!

Klik Nuffnang ni yer,dont worry, ia akan dibuka di window lain.. Klik la, baca selanjutnye tentg iklan ni dengan hanya klik iklan di bawah...







Read more...

Tuesday, April 5, 2011

Petua merawat rambut gugur

Tension dengan rambut gugur?? sekali menyapu, sejemput rambut anda jumpa.. eeeee.. seram.. jom cuba petua ni...





1.       Perah santan dari sebiji kelapa dengan air suam (sekali perah sahaja)
2.       Basahkan rambut anda dengan air, kemudian lumurkan pati santan pada rambut hingga ke akar rambut
3.       Perapkan rambut dengan tuala kecil selama setengah jam
4.       Cuci rambut dengan air suam
5.       Keringkan dengan pengering rambut
6.       Lakukan 2 kali seminggu


Atau anda boleh gak cuba petua ni...



1.       Masukkan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litu bumi dalam satu bekas
2.       Campurkan sedikit minyak zaitun
3.       Sapu pada rambut selepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam
4.       Cuci rambut pada keesokan harinya
5.       Lakukan sekali seminggu


Selamat mencuba!!!!

Klik Nuff ni yer.. Jangan risau, ia akan dibuka di window baru.. tak ganggu page ni pon..plzzz klik!







Read more...

Rumah batu atau rumah bukit?

MiSsZ teringin nak tengok dalam rumah di kampung ni.. Tapi tak dapat pulak gambar accessories dalam umahnyer.. Cuma dapat gambar dari luar je.. Jom tengok, mesti anda terpegun punyer!!!



Ni sebuah kampung di Afghanistan..













Amacam?? Kagum kan?? Kalau sesiapa yang pernah tengok gambar dalam rumah kat kampung ni, bagitau miSsZ yer...Ini MiSsZ ambil dari email yg kawan missz share.. Sharing is?? Caring maa.... hehe..


Read more...