Hasil dari melawat blog rakan-rakan, aku kongsikan jenaka yang aku rasa agak berjaya buat aku gelak. hahhaaha..Jom kita kongsi gelak bersama...
Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya
Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi
kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya
wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikguuuuu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikguuuuuu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi...
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikguuuuuu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikguuuuuu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikguuuuu..
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikguuuuuu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk
mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam
kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar
yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampaaaaak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : adaaaaa.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampaaaaak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak adaaaaaa.
Guru tadika : em???
7 comments:
amin tu lebih pintar daripada cikgu dia
hahah..mmg terbaik ler..bedebik sebijik kene kt muke ckgu
hahaha.. bijak amin tu..x pasal cikgu tu kena.wakakaka
msti ckgu 2 tension
hehe.. tension tambah bengang sbb kena kat cikgu tu sebijik.hahaha
anon: tu la kan.. amin lebih pintar dr cikgu tu.hehe
haha.. amek..
kena mcm tu ja...
mmg xdak otak pon..
Post a Comment