try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Friday, December 16, 2011

Setelah sekian lama....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama tak menulis di blog ini... Akhirnya hari ni MiSsZ menjenguk gak blog yang dah bersawang ni... Rindu kat MiSsZ tak??



Segala lucky draw, and pertandingan yang missz anjurkan dah tamat tempoh.. tapi hadiahnyer je tak pos lagi.. Cuma pertandingan pengkomen terhebat dan Segmen kreatif MiSsZ tak umumkan pemenang lagi...

Nak tengok hadiah lucky draw, follower bertuah n resepi?

 



yg warna kuning semua untuk pemenang lucky draw... yg hijau kecil untuk yg bagi sumbangan resepi, yg besar untuk follower ke-111.

Nak tengok isi dalm hadiah untuk follower missz?

taaaaaaaadaaaaaaaaaa...


Untuk pemenang hadiah pengkomen terhebat, hadiahnya tangguh dulu yer... Maklumlah, hadiah hebat nak kena guna duit hebat.. hehe... insyaAllah akan sampai juga kat tangan pemenang..

Tapi MIssz belum sempat kira lagi selpas yg hari tu missz kira.. sebab sekarang sangat2 bz.. MiSsZ ingat nak sambung belajar.. tu yg sangat2 bz buat proposal sekarang.. MiSsZ tak tahulah pilihan untuk sambung belajar ni tepat atau tak, tapi sampai bila missz nak macam ni jer.. huhu.. kalau dapat kerja ok la gak.. tapi buat masa ni, memang missz tumpukan buat proposal untuk sambung blajar. Ada interview panggil kerja, missz kena luang masa buat preparation untuk tebiu lak. huhu.. doakan missz dapat kerja yg terbaik yer, tapi apa2pun missz memang nak sambung blajar gak. cuma kalau dapat kerja wat masa sekrg , missz nak keje dulu.. doakan missz berjaya..

untuk pemenang pengkomen terhebat, sabar yer.. jangan marah2 missz tau..

kepada kengakawan yg rajin mengomen di missz garden, pasni harap terus keep in touch yer... missz dah buka blog jualan. hehe.. tapi insyaAllah org lain yg uruskan tu.. Nanti sudi2kanlah melawat:
http://misszgardenlittleshop.blogspot.com/

Thanks to all my friends.... i'll love u forever!!
Read more...

Wednesday, July 13, 2011

Sumbangan resepi!!

Setiap surirumah memang selalu mengalami situasi ni..

"nak masak pe ye makan pagi ni"
"nak masak pe ye tengahhari ni"
"nak masak pe ye petang ni"
"nak masak pe ye malam ni"

Oleh itu, Missz nak minta tolong kepada anda semua, tolongla share resepi tak kira la pagi,teghri,ptg or malam kat MiSsZ.. Anto kat email yer.. missz.garden@yahoo.com.. nznti missz update kat entry.. missz akan bgtau sumber dari anda.. kalo boleh resepi tu anda pernah cuba.. sebab kalau dalam buku resepi memng byk..tapi bila cuba tak menjadi pun.. ssebab tu missz nak yg anda penah cuba.. kalau boleh, snap gambo sekali..

sebagai tanda terima kasih, sesiapa yg dah menghantar 5 resepi kepada missz di email, (untuk 2 orang pertama).. missz akan bagi satu keronsang di bawah:




Boleh pilih nak warna apa, asalkan masih ada stok... Kepada org yg ketiga anto, kena la bagi sekurang2nya tujuh resepi.. org ke4 dah seterusnya kena bagi sepuluh resepi.. hehe... boleh??? sesapeyg nak bagi satu pun takpe.. niatkan je nak kongsi ilmu.. plzzzzzzz... tolong missz yer.. sumbangan anda sangat diharapkan.. nak bagi sikit2 pun takpe... tak payah satu email 5 resepi pun takpe..

siapa leh bg resepi..bagi segera yer.. boring la, sama je resepi...

Keronsang pertama bakal diberi kepada Cikgu Tie (5 resepi)
Keronsang kedua dan ketiga bakal diberi kepada Tiefazatie @ ifa (12 resepi)
Keronsang keempat bakal diberi kepada??? (7 resepi)
Keronsang ke5 bakal diberi kepada??? (10 resepi)
Keronsang ke6 bakal diberi kepada??? (10 resepi)

Kalau malas nak email resepi, just emailkan link entry resepi anda, nanti missz copy and edit! Tapi send link ke email missz.garden@yahoo.com.. tak mau la send link di comment ni.. send ke email yer..tQ

KEPADA RAKYAT MALAYSIA, TOLONGLAH KLIK CHURP CHURP NI!!!
Iklan ni akan keluar di window lain, tak akan jejaskan window yang anda sedang baca.. kalau dah KLIK bagitau MISSZ!! Klik gambar ni tau!!
I LOVE U!!


Read more...

Thursday, July 7, 2011

Koktail kastad buah-buahan berkuah Cikgu Tie

Resepi ini adalah sumbangan daripada Cikgu Tie! Sedap.. rasa sekali, pasti nak lagi.. Jom kita tengok cara nak buatnya...



Bahan A
1 cawan tepung kastad
6 cawan air
1 cawan gula/secukup rasa

Cara Membuatnya
1. Campurkan semua bahan dan masak di atas api yang sederhana.
2. Kacau sehingga masak(><15 minit) 3. Tuangkan ke dalam bekas dan biarkan ia sejuk. 4. Potong kastad menjadi bentuk kiub. Bahan B 1 tin fruit cocktail bersirap 1 tin buah laici 1 mangkuk jeli buah-buahan de nata [mangga atau laici] 1 tin susu cair ketulan ais secukupnya Cara Menghidangnya 1. Masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk hidang yang besar. 2. masukkan pula kastad berbentuk kiub yang telah disediakan. 3. Masukkan ketulan ais dan hidangkan sejuk.


SElamat mencuba!!

Jom baca resepi yang lain pula...


Read more...

Resepi salad buah-buahan Cikgu Tie

Resepi adalah sumbangan daripada Cikgu Tie! Mari kita terjah resepi pencuci mulut ni... Nampak menarik sangat...



Bahan-bahan ( untuk 5 org )
• 2 biji buah epal merah
• 2 biji buah pear
• 2 biji buah oren
• Buah anggur
• Nata de Cocoa perisa laici
• Kismis
• Mayonise
• Cara-caranya
1. Potong dadu semua buah-buahan. Buah oren potong 6.
2. Gaulkan potongan buah-buahan dengan Nata de Cocoa .
3. Masukkan mayonise. Gaul. ( bilangan sudu mayonise bergantung kepada kegemaran anda.)
4. Akhir sekali, taburlah sedikit kismis. Sejukkan di dlm peti ais sebelum dihidang.





Selamat mencuba!


P/S***Boleh ditambah dengan buah-buahan kesukaan anda yang lain.


Read more...

Resepi Apam gebu

Resepi adalah sumbangan daripada Cikgu Tie! Kalau petang-petang tak tahu nak makan apa, jom cuba resepi ni.. Gebu!! Apa yang gebu?? Apam gebu!! Kenyang makan.. cicah pula dengan kelapa.. nikmatnya...



• Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air
• Serbuk Eno(jika perlu)

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
2. Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
3. Kisar/blend nasi dengan air sampai betul-betul hancur
4. Campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
5. Biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
6. Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan (mengikut citarasa) dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu .




P/S****Jika suka apam merekah....masukkan serbuk eno ke dalam adunan ketika hendak mengukusnya.

sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

terima kasih Cikgu Tie atas resepi dan tips berguna ni... Selamat mencuba ye kawan-kawan...


Read more...

Resepi Roti pita

Resepi adalah sumbangan daripada Chef Ifa! Anda dah bersedia nak masak untuk makan petang ni? Jom cuba resepi roti pita ni..



bahan2 yang diperlukan ialah:

1. roti pita..frozen punye la..
2. daging hancur
3. bawang besar
4. bawang putih
5. sayur campur..ala..yg ada carrot,jagung,kacang peas
6. timun
7. kobis
8. sos blackpepper
9. sos cili
10. sos tomato
11. mustard
12. sedikit garam
13. sedikit gula

cara2 nak panaskan roti pita:

1. keluarkan dulu roti pita tue..biar sampai die boleh kita pisah2kan..
2. belah dua roti pita tue.
3. then masukkan dlm mini oven..selama 3 minit..
4. kalu boleh masak la dulu inti die baru panaskan roti pita nie..=)

cara2 nak buat inti roti pita:

1. tumiskan bawang besar+bawang putih yang dicincang halus..tumis sampai kuar bau..
2. masukkan daging hancur.goreng sehingga masak.
3. kemudian masukkan sayur campur.goreng sehingga hampir masak.
4. masukkan sos blackpepper+sos cili+sos tomato+sedikit mustard.gaul sehingga sebati ya..
5. taburkan sedikit garam+gula ikut kesesuaiannya..hii
6. last sekali..lepas siap masak..matikan dapur..baru la masukkan kobis+timun yang dipotong halus.gaul hingga rata..=)
7.dah siap!boleh la masukkan ke dalam roti pita yg sudah dipanaskan ye..b4 that..sapu la sedikit mayonis+planta dalam roti pita tersebut...kemudian baru lah masukkan inti daging hancur dan letakkan sos cili ke atasnya..siap!



Jom cuba resepi ni.. Mudah dan menyelerakan.. Selamat mencuba!!

Jom usha resepi lain pula...


Read more...

Resepi Mini roti john

Resepi adalah sumbangan daripada Ifa! Simple tapi menyelerakan.. Jangan buang masa lagi, jom tengok cara nak buat mini roti john ni...



bahan2 yang diperlukan:

1. roti mini
2. sardin
3. bawang besar
4. garam
5. mayonis
6. cili sos
7. timun
8. salad
9. planta
10. telur

cara2 nak buat:
1. asingkan sardin dengan kuah dia..pastu campurkan bawang besar dengan sardin..then campurkan dengan telur..gaul sampai rata..masukkan sedikit garam ye..

2. panaskan kuali leper..letakkan sedikit planta..pastu letakkan bancuhan sardin bersama telur tadi..

3. bila tengok cam nak masakkan dah..baru la letak roti mini atas bancuhan tersebut yaa...bila tengok dh melekat pada roti..boleh la angkat..

4. pastu letakkan salad+timun+mayonis+sos cili...siap dah mini roti john anda!



Mudah,kan?? Selamat mencuba.. makan petang-petang bersama keluarga, mesti sangat lazat!!

Jom usha resepi lain pula...


Read more...