try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

TEMUDUGA jawatan kosong.. Apply segera!! GANJARAN LUMAYAN!!!

Kepada semua penganggur di Malaysia, atau pelajar yg dah nak bis study.. leh apply jawatan kosong ni.. Temuduga senang dipanggil.. Jom baca keterangan lanjut!!!



SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal..
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.



EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur..
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

MiSsZ dapat artikel temuduga ni dari email.. Kawan MiSsZ bagi.. thanks cyg...

Klik Nuffnang ni yer,dont worry, ia akan dibuka di window lain.. Klik la, baca selanjutnye tentg iklan ni dengan hanya klik iklan di bawah...







Read more...

Sambungan kisah Rumahtangga: Surat untuk suami kerana si isteri merajuk

Ok, ni adalah sambungan dari kes isteri merajuk.. si suami tak nak berdiam diri.. mungkin menyesal kot.. lalu, dia pun bagi surat kat isterinya...




Nak pujuk la tu.. nak baca pe dia tulis?? sambung baca lagi..

Dear Ayang,

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siapkan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..
cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja... lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg dioder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza drjepun..nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..
pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah..tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masakita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak watloan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin..
tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak mukapontianak dlm citer puntianak harum sundal malam.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...
pasal morning kis tu, ayang bgn pun dahtghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cumajgnlupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit.. kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan takat calar jek silap2 leh masuk hspital..

abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu..

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang

Sweet tak cerita ni?? Jangan majuk-majuk selalu tau... Agak2, camne cinta mereka selepas ni?? Mesti cam gambar di bawah ni...


Thanks to my beloved friends for this email..

Kalau ada yang terbaca entry ni, anda mesti baca dulu entry YANG INI! 

Klik Nuffnang ni yer,dont worry, ia akan dibuka di window lain.. Klik la, baca selanjutnye tentg iklan ni dengan hanya klik iklan di bawah...



Read more...

Rumahtangga: Surat untuk suami kerana si isteri merajuk

Adakah anda berada di alam percintaan sekarang? Pernah tak pasangan anda merajuk?? Biasanya kalau merajuk, siapa yang pujuk?? And, apa yg menyebabkan pasangan anda merajuk? masalah remeh-temeh? Siapa yg selalu mula merajuk? Lelaki atau perempuan?? Mari kita baca kisah merajuk pasangan ni.. tragis beb...



Ada perselisihan faham antara pasangan ni..si isteri terasa hati kerana suaminya mengabaikan dia.. Anda pernah rasa macam ni??



Disebabkan ketidakpuasan hati si isteri, dia pun tinggalkan surat untuk si suami..


Suratnya berbunyi cam ni...


Dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan di sini...

kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam...

abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape? harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance.. ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada,ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama. sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang



Ambik kau!! Sayang sangat kete tu.. suh dia buat sume.. hehe... Geram tak dapat suami macam ni??

Lepas tu suami dia tak puas hati pulak... Dia reply surat tu.. Nak baca pe suami dia tulis?? KLIK SINI

Klik Nuffnang ni yer,dont worry, ia akan dibuka di window lain.. Klik la, baca selanjutnye tentg iklan ni dengan hanya klik iklan di bawah...






Read more...

Saturday, March 12, 2011

JUALAN HEBAT.. yang penting: HALAL

Mali! Mali! Mulah! Mulah!1 barang 1 linggit,2 barang 2 linggit! Hehe......MiSsZ ada pengunguman nak dibuat. Mulai hari ni MiSsZ nak jadi penjual lak. Harap-harap kengkawan semua leh support perniagaan MiSsZ ni. Barang-barangnya terbaik dari ladang yer....MiSsZ jual barang-barang yang berkhasiat sahaja, supaya kengkawan MiSsZ ni sentiasa sihat walafiat.Dan yang paling utama, produk-produk yang MiSsZ nak jual ni mengutamakan kehalalan ingredientsnye. Jadi produk ini anda boleh gunakan tanpa was-was macam moto “Zaitun” tu.



Produk –produk MiSsZ ni bukanlah 1 linggit cam intro MiSsZ tadi. Hehe... Tapi harganya adalah berpatutan. Lagipun harganya dah termasuk kos penghantaran. Jadi, anda hanya perlu sediakan duit seperti yang tertera kat produk tu sahaja. Ini MiSsZ senaraikan data-data tentang produk-produk ni.

JUS KURMA MINDA


Harga : RM20.00

Khasiat Produk :
• Meningkatkan kekuatan hafalan.
• Dapat menghilangkan rasa keletihan dan mengantuk.
• Membantu meningkatkan tenaga dan kekuatan badan melawan penyakit
• Memelihara kesihatan tubuh badan dan kecantikan.
• Satu pemakanan yang sesuai bagi ibu yang mengandung.
• Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
• Kaya dengan protin, serat, vitamin A dan C, zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium
• Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang
• Mempertingkatkan sistem imunisasi badan.

Sajian:

2 sachet sehari.
Terus diminum/Boleh dicampur dengan air

Ini memang sesuai untuk ibu bapa penyayang, yang inginkan kemajuan anak-anak..
JUS HAWA

Harga : RM20.00

Khasiat Produk :
• Membantu menghilangkan masalah senggugut, keputihan dan kitaran haid yang tidak teratur
• Dapat meningkatkan tahap seksual wanita
• Melancarkan perjalanan darah
• Memejalkan payudara dan pinggul
• Menguatkan sistem peranakan, melambatkan proses monopous dan awet muda
• Memelihara dan mengetatkan tisu faraj
• Menyembuhkan luka-luka dalaman
• Melicin dan memelihara kecantikan kulit
• Melegakan masalah asma dan masalah pernafasan
• Meningkatkan tahap imunisasi badan melawan penyakit

Bagi wanita yang telah berkahwin, amalkanlah, InsyaAllah...

MINUMAN RAJA HERBA

Harga : RM35.00

Khasiat Produk:
• Memberi tenaga luaran dan dalaman.
• Melancarkan perjalanan darah.
• Membuang toksik/racun melalui perkumuhan.
• Seimbangkan gula dan garam dalam darah.
• Sesuai sebagai minuman kesihatan tambahan.
• Untuk pesakit kencing manis, darah tinggi, gout, buasir, asma, batu karang, migrain dan lain-lain masalah kesihatan.

Dos pengambilan:
Bancuh 1 sudu besar campur 1 cawan air (2 x sehari).

Ini antara produk yang paling laris. Memang ramai yang dah cuba dan kata berkesan. Orang kampung MiSsZ yang sakit buasir pun dah cuba.. Alhamdulillah, dia dah makin pulih.. Ada banyak testimonial tentang keberkesanan ubat ni.. ada masa nanti MiSsZ update... ini MiSsZ galakkan anda beli untuk ibu bapa anda supaya mereka kekal sihat, InsyaAllah...Kalau kita jauh di perantauan, memang susah nak jaga ibu bapa, kalau kita bekalkan mereka dengan Raja Herba ni, dikira menjaga dari jauh gak.. tapi kena ingatkan selalu supaya mereka amalkan Raja Herba ni, jangan simpan buat pekasam lak...
BAROKA KOKO

Harga : RM20.00

Khasiat Produk :
• Meningkatkan tenaga dan kekuatan badan melawan penyakit.
• Dapat mengurangkan risiko mengidap kanser.
• Dapat mengurangkan kolestrol dan menguatkan jantung.
• Mengawal kandungan gula dalam darah. Dapat merawat dan meningkatkan fungsi dan keupayaan seksual.
• Melegakan sakit kepala , pening dan stress.
• Dapat melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak.

Sajian:
1 sachet 2 kali sehari.

MiSsZ dah rasa. Sedap.. takda la pahit macam koko yang selalu kita beli tu..
BAROKA KAFE

Harga : RM20.00

Khasiat Produk:
• Meningkatkan tenaga dan kekuatan badan melawan penyakit.
• Dapat mengurangkan risiko mengidap kanser.
• Dapat mengurangkan kolestrol dan menguatkan jantung.
• Mengawal kandungan gula dalam darah
• Dapat meningkatkan fungsi dan keupayaan seksual.
• Dapat melegakan lenguh-lenguh badan dan sendi.

Sajian:
1 sachet 2 kali sehari.

Kalau buat ice blanded ni, sedap!!! Cubalah...
BAROQA TERAPHY

Harga : RM16.00

Rawatan Batuk melalui:
Kaedah Herbaterapi&Aromaterapi untuk kanak-kanak & dewasa.
Menggunakan konsep DWI-RAWAT : Kelebihan Herba dan Aromaterapi serta DOA.

Kegunaan:
• Dapat melegakan batuk yang teruk dengan cepat (sapu pada leher,dada dan sedut bauan aromaterapi.
• Dapat melegakan sistem pernafasan.
• Dapat melegakan masalah resdung (sapu pada dahi & keliling hidung.
• Boleh digunakan bagi mereka yang mengidap penyakit asma dan lelah (sedut bauan dan sapu).
• Boleh digunakan untuk menghilangkan rasa mengantuk (sapu pada muka dan bilas dengan air)& pening kepala.
• Melegakan masalah sengal-sengal sendi dan anggota badan(sapu).
• Boleh disapu untuk merawat luka-luka kecil.
• Dapat menghilangkan masalah tidur berdengkur(sapu pada dada,leher dan sedut bauan aromateraphy sebelum tidur).

Ini memang MiSsZ dah cuba.. MiSsZ ni mabuk darat.. kalau jalan jauh, mulalah macam-macam.. pening la, nak muntah la.. tapi satu hari on da way nak pi Melaka, abg ipar MiSsZ sapu kaki dia gatal-gatal dengan Baroqa Teraphy ni, semerbak bau aromateraphy ni dalam kereta.. Alhamdulillah, tak loya, bernafas rasa sedap jer, rasa segar.. ini MiSsZ memang amalkan sekarang... anda pun perlu cuba..
PUTERI BAROQA

Harga : RM16.00

Puteri Baroqa
ast Torgeptik-membunuh bakteria dengan cepat termasuklah E-coli dan
Dengan Bio Energy Water, Aloe Vera, Saffron, Mutiara & T-3 untuk kecantikan kulit muka anda.
Khasiat T-3:
1.Sovent organik yang kuat.Mengeluarkan nanah, parut dan ulcer.
2.Antiseptik-membunuh bakteria dengan cepat termasuklah E-coli dan salmonella.
3.Anti Fungus.

Kegunaan:
• Bertindak menghilangkan jerawat.
• Melicinkan kulit muka.
• Mengatasi masalah kulit berjeragat pada muka.
• Pelembab&pelindung kulit dari pancaran sinaran.
• Menghilangkan ruam & campak pada bayi.
• Menghilangkan masalah kegatalan pada kulit.
• Boleh digunakan sebagai penyejuk dan pelembab pada kulit muka pada waktu malam.
• Boleh digunakan untuk mengatasi masalah kayap dan kulit kepanasan.
• Disapu pada badan untuk menghilangkan bau badan.

Cara guna:
Titiskan pada tapak tangan dan sapu pada bahagian anggota badan.

TONIC HAIR ESSANCE

Harga : RM16.00

Minyak ekstrak herba yang mengandungi bahan aktif semulajadi yang kaya dengan vitamin dan galian.

Rumusan ini dapat:
• Menghilangkan kelemumur pada rambut.
• Mengatasi Psirosis pada kulit kepala.
• Mengekalkan kehitaman dan kesuburan rambut.
• Menumbuh dan melebatkan rambut.
• Mengatasi masalah rambut perang atau kemerahan.
• Menghilangkan bau hapak apabila menanggalkan tudung (wanita.
• Boleh digunakan sebagai pelembab kulit.
• Sapu pada kulit kepala bayi baru lahir untuk menanggalkan kerak kulit kepala.
• Boleh digunakan sebagai minyak urut
• Boleh disapu pada bahagian luka-luka kecil(luaran.
• Sapu pada perut bayi untuk melegakan kembung perut.

Abang ipar MiSsZ pakai ni. Baunya segar.. macam orange pun ada.. cubalah, memang sesuai untuk lelaki.. perempuan pun boleh.. kalau guna untuk anak-anak lagi bagus..

Produk-produk ni dah ramai orang guna dan banyak khasiatnya.

Oklah, sekarang MiSsZ nak wat plan baik punya. Nama plan ni,”Sama-sama untung”. Hehe... MiSsZ untung, anda pun untung. Caranya macam ni, untuk setiap 15 pembeli mengikut turutan pembeli, MiSsZ akan buat 1 Lucky Draw. Selain pembeli, tukang promote pun MiSsZ bagi peluang gak untuk menyertai Lucky Draw ni. Jadi, kalau ada yang nak beli,anda tulis kat ruangan komen entry ni, macam ni yer.....
Contoh:
Pembeli: Cik Lola
Promoter: Izzuddin
Order: Minuman Raja Herba
Kuantiti: 1

Alamat & nombor telefon anda kalau tak nak publish kat sini, anda boleh e-mail pada MiSsZ di missz.garden@yahoo.com. Selepas MiSsZ menerima pembayaran anda, dengan automatiknya pembeli mendapat 2 peluang untuk menang Lucky Draw dan promoter akan mendapat 1 peluang. Jika anda mengetahui tentang produk ni dari page sendiri, anda hanya perlu tulis promoter: MiSsZ GaRdEN. MiSsZ tak termasuk dalam lucky draw ni...
Apabila dah cukup 15 pembeli, MiSsZ akan buat 1 Lucky Draw. Kalau satu orang beli 2 produk dikira macam mana yer? Hehehe... kalau 1 orang beli 2 produk, dikira 2 pembeli. Jadi, secara automatik dia akan mendapat 4 peluang. Tetapi proomoter hanya akan mendapat 1 peluang sahaja.

Tapi pembeli ni mestilah tinggal di Malaysia sahaja. Kalau tinggal di luar negara, anda mestilah mempunyai alamat di Malaysia. Jadi barang-barang ni akan dihantar ke alamat di Malaysia. Jika anda mahu produk ini di hantar ke alamat anda di luar negara, anda perlulah menanggung kos penghantaran sendiri.. Hehhe...
Ok, apa tunggu lagi?? Mai la order.. Produk-produk ni ternyata:
dikeluarkan dari kilang yang bertaraf GMP Bumiputera Islam
• bertaraf IMP ( ISLAMIC MANUFACTURING PRODUCT ) kaedah pengilangan islam yang halal lagi suci


Read more...

Tuesday, March 1, 2011

Nyanyian dan lirik lagu yang terHEBAT!!!

Salam...

Biasanya sambil mengemas rumah atau membuat sesuatu, adakah anda akan meyanyi? Bagi gadis-gadis mesti ramai yang sedang tersenyum atau menganggukkan kepala,kan? Latihan nak masuk Mentor ke? Selalunya kita tak berniat pun nak menyanyi. Tetapi sedar-sedar je kita sedang menyanyi.. Biasanya lagau apa yang annda suka nyanyi??? MiSsZ ada laagu satu baru untuk anda nyanyikan selalu.. sangat menarik lagunya.. Meh MiSsZ ajarkan ye...



Nyanyilah dengan kalimah La Ilaaha Illallah. Kenapa? Sebab Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: “Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!".

Ketahuilah, kubur itu gelap, cahayanya ialah "Laa Ilaaha IllalLah". Jika kalimah ini diletakkan di sebelah dacing, manakala di sebelah lagi diletakkan langit dan bumi, kalimah ini ternyata lebih berat. Macam dalam gambar yang MiSsZ tunjukkan ni..


Oleh itu, marilah kita practise mengucapkan kalimah ini agar lidah kita lembut basah menyebutnya selalu, dan menjadi amalan.. menggantikan amalan nyanyian merdu kita tu.. hehehe... InsyaAllah... kita BOLEH!!!


Read more...

Monday, February 21, 2011

3 soalan cepu mas..

Adakah anda seorang yang bijak?? Cuba jawab soalan cepu mas di bawah.. jawapan dah disediakan.. tapi sebelum tengok jawapan, cuba anda fikirkan dulu jawapan anda.. bandingkan dengan jawapan yang diberikan.. berapa yang anda boleh jawab??



Pemuda : Anda siapa dan adakah boleh menjawab pertanyaan-pertanya an saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Macammana?? Berapa jawapan yang anda betul? Terfikirkah anda macam mana nak jawab soalan tadi?? Jawab di ruangan komen yer..


Read more...

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul semua...

Apa yang anda tau tentang Maulidur Rasul?? Kalau ditanya kepada budak-budak sekolah mungkin mereka akan jawab, “Hari cuti”... Kalau ditanya kepada pelajar Islam di universiti kenapa kita cuti pada hari ini, belum tentu mereka tau yang hari ini adalah kita menyambut Maulidur Rasul.. Sibuk berhempas pulas belajar, sehingga tarikh2 penting dalam kalendar Islam pun tidak ambil tahu. Sehinggakan pernah saya tonton adegan ini di universiti dulu...



Pelajar-pelajar ini sedang berbincang untuk mengadakan perbincangan projek kumpulan mereka. Mereka perlu mengadakan janjitemu dengan pensyarah universiti bagi menyelesaikan projek tersebut.
Pelajar A (bukan Islam): Bila nak jupa lecturer kita ni?
Pelajar B (Islam): Bila yer? Esok kami ada kelas, hari Khamis kul 3.00 petang,ok?
Pelajar A (bukan Islam): Hari Khamis cuti la.
Pelajar B (Islam): Eh, cuti apa pulak?
Pelajar A (bukan Islam): You orang punya cuti la. Saya tak tau la. Orang Islam punya cuti ma.
Pelajar B (Islam): Ye ke? Apa yer, saya pun tak perasan. Tak ingatla.
Pelajar B pun berbisik-bisik dengan beberapa orang pelajar Islam, sesama sendiri lupa apa tarikh penting yang berlaku pada hari Khamis ini... Apa nak jadi dengan pelajar Islam sekarang, hanya mementingkan duniawi semata-mata...
Tujuan sambutan Maulidur Rasul ini ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad s.a.w. Kita haruslah menanam perasaan cinta dan sayang kepada Rasulullah. Bagaimana untuk menerapkan perasaan cinta ini? Jika kita sayangkan si polan, mesti segala tarikh penting mengenai si dia kita hafal, tarikh lahirnya, htarikh kahwinnya, dan macam-macam lagi. Apabila tiba hari jadinya, pelbagai hadiah menarik diberikan kepada si dia untuk menunjukkan perasaan sayang kita kepadanya. Jadi, adakah kita perlu memberi hadiah kepada Rasulullah sempena hari jadi Baginda pada hari ini? Jawapannya, YA!!! Hadiah yang diberikan tidak perlu yang mahal dan hebat, anda hanya perlu berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan memuji Baginda. Seperti firman Allah di dalam surah Al-Ahzab, ayat 56, yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya".
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghadiahkan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Muhammad s.a.w. sempena hari kelahirannya ini. Diharapkan selawat ini terus meniti di bibir kita hari demi hari, agar perasaan cinta kepada Rasulullah semakin menebal. Dah alang-alang dapat cuti hari ini, sambil melakukan kerja rumah, membasuh pinggan, memasak, menyapu sampah, dan bermacam-macam lagi, berelawatlah wahai rakan-rakan.. Semoga kita mendapat rahmat dari-Nya. Amin... Selepas baca entry ini, selawat sekurang-kurangnya 3 kali ye.. Thanks...

Read more...

Friday, February 11, 2011

Harimau atau buaya???

Pernah anda dengar pepatah ini: “Terlepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya”? Mana yang anda lebih rela? Harimau atau buaya? Best cerita ni.. Seram gak..Nak tau kisah lanjut, meh baca ngan MiSsZ...Baca sampai habis tau...

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng!.. bunyi.... aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.



Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya.


Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.

Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

Mari ikuti kaedah untuk mengingati Allah
Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD
*WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan

Step 3:
Ceritakan kisah ini kepada sahabat- sahabat dan orang yang anda sayangi. Semoga kita semua berada dalam lindungan-Nya hingga ke akhir hayat. Amin...


Thanks pada sahabatku yang mengirimkan kisah ini di email. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan...




Read more...

Wednesday, February 9, 2011

Adakah cinta memerlukan sebab???

Salam...

Adakah anda pernah menyintai seseorang? Jika anda telah berkahwin adakah anda menyintai isteri/suami anda? Atau jauh di lubuk hati anda, anda masih menyimpan rasa cinta anda pada dia yang tidak berjaya anda miliki?? Mengapa anda menyintai seseorang? Boleh anda jelaskan? Mari kita rungkaikan mengapa bibit-bibit cinta berjaya disemai dalam diri...




Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Melalui kisah ini, masih bolehkan anda jelaskan mengapa anda menyintai si dia? Jika anda masih mempunyai sebab, mungkin cinta anda tidak akan kekal...

MiSsZ pun ada pengalaman seperti kisah ini. Seorang kawan MiSsZ mempunyai seorang abang yang isterinya lumpuh akibat sakit kanser. Walaupun bertahun lamanya, namun abangnya masih setia melayan isteri. Semua pekerjaan di rumah diselesaikan oleh abangnya. Walaupun masih muda, namun abangnya masih setia melayan kerenah isteri yang kadang-kadang agak baran akibat kekecewaannya tidak mampu melakukan sesuatu dengan sendiri. Aku begitu kagum dengan abangnya. Masih ada lagi lelaki seperti itu di dunia ini. Nak dikatakan isterinya kaya, tidak juga. Nak dikatakan cantik, kaki tidak berfungsi lagi.. YaAllah, kau berkatilah hidup mereka..

Anda ada pengalaman seperti ini?? Mari kita kongsi bersama di ruangan komen. Sharing is caring, kan?? Hehehe.. Thanks pada sahabatku yang mengirimkan kisah ini di email. Love u...

Read more...

Peringatan untuk lelaki...

Adakah anda lelaki yang kacak? Anda hensem? Bergaya? Anda lelaki yang mampu buat wanita tergoda? Atau anda rasa anda adalah seorang lelaki yang tidak tampan? Anda lelaki yang kurang mendapat perhatian wanita? Bagaimana pun anda, anda adalah seorang lelaki...dan anda mesti membaca entry ini seterusnya agar anda tidak termasuk dalam golongan lelaki yang rugi...



Daripada Abdullah bin Umar katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Wahai wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka.”






Nauzubillah.. Ya Allah, jauhkanlah aku dari kalangan wanita-wanita penghuni neraka ini. Engkau tempatkanlah aku bersama orang-orang yang bertaqwa.

Meskipun kenyataan ini menyatakan bahawa lebih ramai wanita menjadi penghuni syurga, namun kaum Adam tidak boleh bersenang diri kerana hakikatnya masih ada ruangan di neraka untuk kalian. Adakah anda tahu bahawa wanita adalah antara punca lelaki ditarik ke neraka?

Aku mendapat email dari seorang sahabat yang mengirimkan artikel menarik ini. Artikel yang menerangkan sebab-sebab utama lelaki ditarik ke neraka oleh wanita. Di sini, aku kongsikan bersama buat renungan kalian...


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat ... ..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... tidak terlepas dari melakukan dosa... selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."

Allahualam...



Read more...