try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Showing posts with label forum. Show all posts
Showing posts with label forum. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Karya: Mengharap cahaya semalam

Sudi2kanlah membaca dan bagi komen yer..Karya pertama MiSsZ... Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan mana-mana makhluk Allah yer.. MiSsZ bagitau awal-awal, sebab sebelum ni MiSsZ ada siarkan online kat fb, ada pulak orang yang emo kata tak baik MiSsZ wat macam ni.. dia ingat ni kisah benar kot...takdelah, ni rekaan semata-mata.. ada plot cerita kot, sampaikan orang tu boleh terfeeling lak.. dah la kami tak kenal antara satu sama lain.. hehhe.. berkesan gak cerita MiSsZ ni.. bacalah yer.. beri komen, MiSsZ tau, MiSsZ tak pandai menulis.. tapi dengan teguran anda semua, MiSsZ akan improve, insyaAllah..



Pagi Sabtu yang tenang…Housemateku semua pulang ke kampung halaman masing-masing. Dah nasib badan dapat housemate yang selalu homesick. Nak tergelak juga bila teringat. Kalau dulu, ketika aku masih menuntut di USM, akula orang yg paling kerap balik kampung. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu aku balik. Apa nak buat, sekarang aku dah jauh di perantauan. Nak balik selalu, lari la budget aku nanti. Gatal-gatal betul aku pi apply jadi tutor kat UMS ni. Awal-awal nak try and error je, dapat la pulak. Nak merasa naik flight la konon, padan muka aku. Dapat lak housemate yg memang orang sabah. Layan emo la aku hujung-hujung minggu macam ni… Nak layan boyfren pon tak dak..ahhaha..

Aku menghenyakkan tubuh di katil. Lagu2 di radio silih berganti. Tiba2, aku terkedu mendengarkan melodi lagu yang dimainkan. Lagu yg mengulit seribu kenangan. Lirik yg pernah dulunya sentiasa meniti di bibirku di kala kesunyian.

“terima kasih cinta, untuk segalanya. Kau berikan lagi, kesempatan itu..”. Belum sempat suara macho Afgan menghabiskan chorus lagunya, aku lantas meng’off’kan radio. “Macam takde lagu lain dah”, bentak hatiku. Wajah si dia mula menari-nari di ruangan mataku. Ni yang aku malas nak flashback lagu yang pilus2 ni…Ntah dalam sedar tak sedar, tanganku mencapai album gambar di sisi katil. Sehelai demi sehelai aku belek. Senyuman terukir dibibirku.. Kenangan bersama 3 tahun di universiti benar2 mengajar aku erti kehidupan. Suka duka dilalui bersama, dah rasa seperti sebuah keluarga. Entah bagaimana keadaannya sekarang. Azzam Abdullah, seorang sahabat yg banyak mengajarku erti kesabaran, kesetiaan, dan menghargai setiap perhubungan persaudaraan yg dimiliki. Memang ada rakan2 yg salah tafsir persahabatan kami. Tapi kami masing2 menafikan. Ialah, dah macam adik beradik, tak kan nak layan cintan cintun pulak. Masing2 ada “idola” masing2. Tapi, ada kalanya pernah juga aku cemburu apabila dia di dekati oleh perempuan lain.Mungkin aku takut dia tidak akan berkawan dengan ku jika dia mempunyai teman wanita nanti. Atau..aku sayang kan dia?? Tak mungkinlah…Aku dah anggap adik beradik. No feeling2..Betullah, aku tak tipu..Hahaha.. Terasa panas pipi menahan malu.Dia pula selalu nak merajuk kalau aku buka cerita pasal kawan2 lelaki sekuliah kami.

“Pergi la kawan dengan diorang, kenapa nak kawan dengan aku,” sindirnya. Jealous la pulak. Suka kat aku ke?? Takdela, kitorang memng bestfren @ adik-beradik dari hati ke hati tu..Bagus betul statement aku ni. Lingkup bahasa ibunda. Aku ingat lagi di akhir2 zaman univeristi, aktiviti2 sebelum perpisahan menang kaw-kaw hebatnye.. Entah macammana aku terpisah agak jauh dari group rakan2 perempuan sekuliahku yang lain.
“Takpela, tak payah takut, aku ada kat sini, temankan ko,”ujarnya sambil menghampiriku. Sehingga kini, masih lagi terngiang2 kata-katanya di telingaku.

Setelah menamatkan pengajian, kami masih lagi berhubung. Tetap mesra seperti selalu. Teman tapi mesra, bak lagu Ratu. Namun, disebabkan kesibukan masing2, kami tidak seakrab dahulu.Aku tidak akan menghubunginya selagi dia tidak menghubungiku. No concept Ladies 1st untuk hal-hal macam ni.. Kehidupanku sebagai seorang tutor dan dalam masa yg sama menjalankan tugasku sebagai seorang pelajar pHD part time di UMS membataskan aku untuk menghubungi rakan2 ku dahulu..Friendster, Facebook, memang aku dah takda mood nak layan. Kalu dulu, pantang tak layan.Hahaha…
Pabila tiba di tengah lembaran album gambar , hatiku menjadi sayu. Sekeping kad jemputan perkahwinan biru laut, tertera namanya di bucu kanan hadapan kad, Azzam. Fazlia di bucu kiri bawah. Terselit catatan kertas bersaiz A4 yg dilipatkan.

Zie,
Selama ini aku begitu menyayangimu,
Tetapi aku takut untuk meluahkannya,
Aku terlalu ego untuk melafazkannya,
Kerana aku tahu kau hanya menganggapku sebagai teman baik mu.
Aku mengharapkan kau memahami isi hatiku,
Tetapi ternyata aku hanyalah sahabat baikmu.
Zie,
Akan kuabadikan segala kenangan kita bersama,
Kau lah gadis yg pernah membuka hati ini untuk menyayangi,
Kini aku redha,
Kasihku, kau bukan ditakdirkan untukku,
Namun, kasihmu tidak akan kukuburkan di hati ini.
Terima kasih cinta.

Air mataku semakin deras mengalir. Catatan yg hampir lunyai itu kukucup. Catatan inilah tempat aku melampiaskan rindu terhadap dirinya. Aku benar2 tidak dapat menipu diriku lagi. Dia bukan hanya sekadar sahabat di hatiku.

Azzam,
Jika kau berani melafazkannya dulu, jika kau tidak begitu egois. Jika kau benar2 menjadi seorang lelaki dahulu, tentu cinta ini akan kekal. Tapi kini, aku tidak berhak untuk terus menyintaimu, kerana kau bukan lagi milikku. Menyayangi, tidak semestinya memiliki. Keputusanku membawa diri ke seberang lautan ini diharapkan dapat menggapai kebahagian suatu hari nanti. Buatmu Azzam, kutitipkan doa agar kau sentiasa bahagia. Ku renung catatan yg dilekatkan di dinding katil.Ku salin catatan ini dari internet ketika aku mula2 tiba di Sabah. Dan catatan ini memberi semangat untuk aku terus mencari kebahagiaan untuk diriku.

“Aku tak perlu bersusah payah untuk menarik perhatian seseorang untuk menyayangi dan menyintaiku. Bagiku, cukuplah dengan doa yg ikhlas. Sekiranya Allah mengabulkan doaku agar hatinya terbuka untuk menyayangiku dan merinduku, maka itu adalah keredhaanNya. Tapi jika sebaliknya, aku redha dengan apa yg telah ditakdirkan. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin juga dia tidak sesuai untukku, lalu aku pohon agar Allah menghadirkan insan yang lebih baik darinya..”.

To be continue...

Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan sesiapa, sama ada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia..

MiSsZ nak wat sammbungan.. tapi layakkah diri ini menulis???


Read more...

Era di hatiku...

Sambungan dari cerita hal stesen radio dalam en3 MiSsZ yang lau, mai kita kongsi cerita tentang stesen radio kesayangan MiSsZ ni...



ERA FM ni guna tagline apa?? Penting tak sesuatu tagline ni dalam stesen radio? Jawapannya penting! Era guna tagline... "Kini Hanya Memainkan Muzik Hit Yang Terbaik". Sebab tu dia jadi best, sebab dendangkan lagu yang best jer.. hehe...


Anda ni suka dengar ERA je, tapi tahu tak sejarah di sebalik stesen radio ni? ERA FM ni bermula secara rasminya pada 1 Ogos 1998. Masih ingat tak lagi anda pada lagu HIJAU?? Ala, yang Zainal Abidin nyanyi tu.. Itulah lagu pertama yang diputarkan kat ERA.

Kalau dulu, penyampai radinya MiSsZ memang suka sangat2.. tapi banyak dah tukar-tukar stesen radio.. Jom imbau kenangan penyampai radio ERA suatu masa dulu..
• Halim Othman
• Linda Onn
• Kieran
• Seelan Paul
• Fara Fauzana
• Zizi (ni MiSsZ tak tahu.. )
• Khairil Rashid
• nila kurnia

Yang baru ni, ada yang kurang MiSsZ suka.. tapi yg geng ngan pak NIL memang BEST la...

• Aznil Nawawi
• Ray
• Haniff
• Dina
• Reza Mohamed
• Adi Faslha
• Rizal
• Ira
• Syarifah Nurdina Almashoor

Tiga yang teratas tu paling best la dalam meriuhkan pagi ERA..


Kenapa ERA BEST?? Sebab program dia (pada pendapat MiSsZ la..)
Antara program yang paling best ialah Riuh pagi ERA.. Ni dari 6 – 10 pagi (Isnin-jumaat)... ada segmen Can I help You? Seronoknya dengar orang terkena, tapi kalu kena kat batang hidung sendrik... malu beb.. heheh.. MiSsZ suka sangat ada yg satu kali tu tiket kapal terbang orang tu dicanselkan.. Gelabah betui mamat tu. MiSsZ tunggu ulangannya, tak dapat2 la dengar.. huhuhu.. kalau anda nak try layan, tunggu kul 7.05 & 8.40 pagi (isnin- jumaat jer).. sure melekat punyer.. Segmen baru ni pon best, CAYANG dia.. Kalu adik tu petah bercakap, memang syok layan tu.. klo ade depan mata, memang nak cubit2 je pipi dia.. Anda leh dengar kul 8.05 & 9.50 pagi (setiap hari kecuali sabtu & ahad)..Kalau anda ada anak yang petah bercakap, masukkan je dalam segmen ni.. glamour nanti you..manalah tau, kot rezeki murah, dapat tawaran jadi penyampai radio jugak lepas ni.. anda isi je ruangan kat SINI yer.. Tapi pastikan umur anak bawah 6 tahun ye.. Kalau ada anak anda yang berjaya masuk, bagitau MiSsZ yer, MiSsZ upload kat blog MiSsZ nanti..mesti comei sangat!

Kalau dah letih melayan kerenah dan celoteh 3 sahabat ni, kita layan lak lagu2 best dari kol 10 pagi sampai 1 petang kat segmen Muzik Hit bertubi-tubi ERA.. Sambil layan radio, baca and komen la kat entry MiSsZ yer.. heheh..
Petang ERA pon leh layan gak.. kul 4-8 malam, anda layan celoteh adi ngan reza.. Diorang pasang lagu best-best gak.. Halwa telinga..

Malam 8-10 pm leh layan Carta 20G ERA! Anda nak undi kat fb pon boleh.. MiSsZ tak pernah undi.. Rindu pada kengkawan lama tak?? Bagi jer ucapan kat diorang, diorang mesti dengar era gak.. Segmen ni best gak, tapi MiSsZ tak pernah sesiapa tujukan ucapan pon.. huhuhu.. Segmen ni la yang MiSsZ maksudkan..@FrenzERA. Kol 11 malam sehingga 12 tengah malam, anda leh dengarkanlah ucapan anda tu.. macammana nak bagi ucapan? Senang jer.. Klik kat SINI! Tapi korang kena ada akaun fb la.. Bagi r ucapan kat MiSsZ.. hehe..muka tak malu ek.. klu bagi inform la dulu, leh MiSsZ dengar live.. jarang dah dengar radio malam sekarang..

Sabtu lak anda leh layan Carta Hit era 40. Kul 12 – 4 petang. Andai kata anda pi jejalan lak hari sabtu, dah terlepas lak segmen ni, anda tak payah nak sedih2.. huhuhu.. dengar je ulangannya pukul 8pg-12 tghri ahad..

Kalau anda peminat lagu2 korea, jepun atau taiwan, atau indonesia.. jangan lepaskan peluang dengar segmen ni (Carta A-Pop).. Student memang suka layan drama korea.. Hari Sabtu, melekatla anda kat radio era kul 11 pagi yer.. Kalau bz waktu pagi, ulangan ada kul 10 malam..

Ni la antara program2 yang leh layan kat era.. anda mungkin minat program lain.. MissZ tak citer semua tau.. Tapi betul ker jadi penyampai radio ni gaji tinggi?? Patutla Linda Onn leh beli rumah juta-juta..wah, jelesnya.. Pak Nil??? Duit juta-juta dalam bank yer..

Macam yang MiSsZ citer dalam entry sebelum ni, MiSsZ suka fara fauzana.. hehe.. walaupun dia bukan kat era.. tapi miSsZ utamakan program yang best.. So kalau era nak jadi rangking utama MiSsZ, kena mantopkan program yer...

Anda macammana? Apa yang anda paling suka ngan era?? Kongsikan dengan MiSsZ..JOM kita BINCANGKAN...


Read more...

Saturday, March 5, 2011

Stesen radio mana paling best?? kenapa???

MiSsZ peliklah dengan jiran rumah MiSsZ ni, pagi petang dengar radio.. dar MiSsZ kecik sampai la MiSsZ jadi anak dara ni, macam tu la... Kalau anak perempuannya balik ke rumah (slalu dia duk umah sendrik kat tempat lain), terdengarlah kekadang selitan suara anak perempuannya menyanyi mengikut dendangan lagu yg keudara.. Hehehe... walaupun suaranya agak sumbang (astaghfirullah mulut MiSsZ), tapi itulah yang menghburkan suasana rumah di kampung ni.. hehe.. kalau dia takde,jadi sunyi pulak. Berbalik kepada cerita asal, tak jemu ke dengar radio?



Berlainan pulak dengan rumah MiSsZ, kami memanjang tengok tv. Radio?? Julung2 kalinya.. kenapa? Sebab mak MiSsZ rimas dengar radio.. Kalau waktu nak raya, masa buat kuih raya,, MiSsZ terpaksa buka laptop sebab nak dengar lagu raya sambil buat kuih.. baru ada mood raya,kan? Kalau ada radio kan senang, leh dengar celoteh dj2 radio membincangkan perihal raya. Nak buat macam mana, dah memang takde radio. Dah banyak kali beli, tapi semua rosak..

MiSsZ tak dengar radio?? Dengarla.. Cuma tak guna radio umah.. MiSsZ dengar dalam kete (memang dah jadi kemestian) dan dengar guna handphone ni.. MiSsZ dengar channel radio apa yerk?? Hehehe... anda rasa?? MiSsZ ni lompat-lompat jer.. tapi keutamaannya pada radio era la..Kenapa yer?

Kenapa orang cenderung untuk dengar sesuatu stesen radio tu? Adakah sebab penyampai radio tersebut? Dia seorang yang cantik/hensem? Atau kerana celotehnya yang boleh memikat jiwa? Atau kerana programnyer yang menarik? Atau yang terakhir, sebab hanya itu saje siaran yang dapat kat tempat anda..heheh..Mana satu pendorong anda memilih stesen radio idaman?

Kalau MiSsZ, MiSsZ minat sesuatu stesen radio tu sebab programnya. Kenapa MiSsZ kata macam tu? Kalau MiSsZ dengar radio dulu, MiSsZ akan ikut jer program tu tanpa tahu ia stesen radio apa.. Penyampainya juga, kalau program tu tak best, walaupun penyampainya artis yang memang MiSsZ suka, MiSsZ tak kan join radio tu.. hehe.. teruk betui MiSsZ ni.. Tapi MiSsZ suka fara fauzana.. hehe.. dia dah ke hot fm skrang.. tapi fara tetap hot.. i like!

MiSsZ suka dengar program riuh pagi kat era.. Can i help u.. memang kelakar habis lah.. MiSsZ dengar on da way MiSsZ nak pi ngajar kat sekolah (waktu MiSsZ jaadi cikgu sementara dulu).. Sebelum jadi cikgu, MiSsZ sanggup pi tolong hidupkan enjin kete abah sebb nak dengar program tu kat radio...earphone MiSsZ rosak waktu tu.. Waktu MiSsZ pi belajar ambik lesen kereta dulu (kat universiti), MiSsZ dengar hot fm.. panggilan hangit... (driver kedai memandu tu ambik kami kat universiti, dia suka hot fm kot)..
Banyak rupanya stesen radio kat Malaysia ni.. MiSsZ cek kat En. Wikipedia:

• Nasional

o Klaasik Nasional FM (bahasa melayu)
o Muzik FM (bahasa melayu)
o TraXX FM (bahasa Inggeris)
o Ai FM (bahasa Mandarin)
o Minnal FM (bahasa Tamil)
o Asyik FM (bahasa orang asli)

• Negeri

o Perlis FM bahasa melayu)
o Kedah FM bahasa malayu)
o Mutiara FM bahasa melayu)
o Perak FM bahasa melayu)
o Selangor FM bahasa melayu)
o KL FM bahasa melayu)
o Negeri FM balasa melayu)
o Melaka FM bahasa melayu)
o Johor FM bahasa melayu)
o Pahang FM bahasa melayu)
o Terengganu FM bahasa melayu)
o Kelantan FM bahasa melayu)
o Sarawak FM bahasa melayu)
o Sarawak Saluran Etnik - WAI FM (siaran pelbagai bahasa)
o Sarawak Rangkaian Merah - Red FM
o Sabah FM bahasa melayu)
o Sabah Siaran Pelbagai Bahasa - Sabah V FM

• Daerah

o Johor - FMJB (radio Bandaraya Johor Bahru) bahasa melayyu)
o Kedah - Langkawi FM bahasa melayu)
o Sarawak - Sibu FM bahasa malaayu dan cina
o Sarawak - Limbang FM
o Sarawak - Miri FM
o Sarawak,Sri Aman - RaSA FM
o Sabah - Sandakan FM
o Sabah - Tawau FM

Ini pulak stesen radio swasta:

• Media Prima

o Hot FM (bahasa Melayu)(Tagline - Lebih Hangat Daripada Biasa)
o Fly FM (bahasa Inggeris)
o One FM (bahasa Cina)

• Astro - AMP Radio Networks

o ERA (bahasa Melayu) (Tagline - Kini Hanya Memainkan Muzik Hit Yang Terbaik)
o SINAR (bahasa Melayu) (Tagline - Muzik Retro Terbaik)
o XFM (bahasa Melayu) (Tagline - Kami Tak Hot,Kami Cool)
o MY FM (bahasa Mandarin) (Tagline - 'Great Music, Great Company')
o hitz.fm (bahasa Inggeris) (Tagline - 'Malaysia's No.1 Hit Station')
o MIX fm (bahasa Inggeris) (Tagline - 'Malaysia's Best Variety')
o LiteFM (dahulu Light & Easy) (bahasa Inggeris) (Tagline - 'Famous for the 80's')
o THR [Raaga - siaran bahasa Tamil - seluruh Malaysia kecuali Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Tagline - Ahaa...Sirantha Isai);
Gegar - siaran bahasa Melayu khas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu, Pahang) (Tagline - Permata Pantai Timur)]

• Star Publication

o Suria FM (bahasa Melayu) (Tagline - Muzik Terbaik Tanpa Henti 2009-awal 2010 Muzik Terbaik 90an dan terbaru awal 2010-sekarang)
o RED 104.9 (bahasa Inggeris)
o 988 FM (bahasa Mandarin)

• Add On Media Network

o Radio Kamek - Saluran Radio Komuniti dari Sarawak bahasa melayu dan Inggeris)Listen LIVE

• Komuniti MyWarung

o Warung Lagenda - Saluran Radio Internet berkonsep dari komuniti MyWarung. Menyiarkan kebanyakannya lagu retro melayu dan retro inggeris. Bersiaran 70% autorun.) (Tagline - Irama Pilihan Kenangan Berterusan)Klik sini untuk dengar, winamp diperlukan

• Lain-lain

o Radio BBC - stesen radio berita milik BBC dari British melalui AM
o Best 104 (bahasa Melayu)
o Manis FM - Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu, Pahang) (bahasa Melayu)
o Cats FM - Sarawak (bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Iban)
o Wanita FM BAHASA MELAYU)
o IKIM.fm (bahasa Melayu)
o Radio24 - stesen radio berita milik Bernama bahasa melayu & Inggeris
o Capital FM (bahasa Melayu & Inggeris)
o Salam FM
o NasyidFM - internet sahaja (bahasa Melayu)
o Radio MISG - internet sahaja (bahasa Melayu)
o Aktif FM - (bahasa melayu) (Tagline - Semarakkan Dunia Muzik 90an,2000,2001,2002,2003 dan baru
o Business FM ditak tahu bahasa apa


Banyak yang kita tak pernah ambil tahu,kan??

Marilah kengkawan, kita bincangkan di sini, dengan isu:
1. Apa sebab anda memilih sesuatu stesen radio itu sebagai stesen radio idaman anda?
2. Stesen Radio apakah yang anda paling minat?
3. Berikan sebabnya...
4. Siapakah penyampai radio yang anda paling minat?
5. Apakah beza stesen radio swasta dan RTM?
6. Lainlain isu yang boleh dibangkitkan...

Pe lagi?? Jom Bincang...Siapa punya idea yang paling bernas....


P/s: Kalau anda memilih stesen radio era (macam MiSsZ), sila klik dan baca kat SINI...


Read more...