try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Wednesday, February 9, 2011

Peringatan untuk lelaki...

Adakah anda lelaki yang kacak? Anda hensem? Bergaya? Anda lelaki yang mampu buat wanita tergoda? Atau anda rasa anda adalah seorang lelaki yang tidak tampan? Anda lelaki yang kurang mendapat perhatian wanita? Bagaimana pun anda, anda adalah seorang lelaki...dan anda mesti membaca entry ini seterusnya agar anda tidak termasuk dalam golongan lelaki yang rugi...



Daripada Abdullah bin Umar katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Wahai wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka.”






Nauzubillah.. Ya Allah, jauhkanlah aku dari kalangan wanita-wanita penghuni neraka ini. Engkau tempatkanlah aku bersama orang-orang yang bertaqwa.

Meskipun kenyataan ini menyatakan bahawa lebih ramai wanita menjadi penghuni syurga, namun kaum Adam tidak boleh bersenang diri kerana hakikatnya masih ada ruangan di neraka untuk kalian. Adakah anda tahu bahawa wanita adalah antara punca lelaki ditarik ke neraka?

Aku mendapat email dari seorang sahabat yang mengirimkan artikel menarik ini. Artikel yang menerangkan sebab-sebab utama lelaki ditarik ke neraka oleh wanita. Di sini, aku kongsikan bersama buat renungan kalian...


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat ... ..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... tidak terlepas dari melakukan dosa... selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."

Allahualam...


5 comments:

muny lily said... Best Blogger Tips

smga kita bertemu dgn insan brgelar lelaki yg mmbimbing kita keraha yg diredhai

xcyber said... Best Blogger Tips

am x nk jadi lelaki kacak dan handsome di mata wanita.. hanya nak jadi lelaki yg boleh jaga mereka smpai akhir hayat suatu hari nanti

muny lily said... Best Blogger Tips

@xcyber : waaa..tacing ayat am...smga wanita brtuah 2 juga mnghargai am

pzah said... Best Blogger Tips

xcyber; hehe.. merendah diri dia :)

AkieZecky said... Best Blogger Tips

lelaki oh lelaki..