Salam Maulidur Rasul semua...
Apa yang anda tau tentang Maulidur Rasul?? Kalau ditanya kepada budak-budak sekolah mungkin mereka akan jawab, “Hari cuti”... Kalau ditanya kepada pelajar Islam di universiti kenapa kita cuti pada hari ini, belum tentu mereka tau yang hari ini adalah kita menyambut Maulidur Rasul.. Sibuk berhempas pulas belajar, sehingga tarikh2 penting dalam kalendar Islam pun tidak ambil tahu. Sehinggakan pernah saya tonton adegan ini di universiti dulu...
Pelajar-pelajar ini sedang berbincang untuk mengadakan perbincangan projek kumpulan mereka. Mereka perlu mengadakan janjitemu dengan pensyarah universiti bagi menyelesaikan projek tersebut.
Pelajar A (bukan Islam): Bila nak jupa lecturer kita ni?
Pelajar B (Islam): Bila yer? Esok kami ada kelas, hari Khamis kul 3.00 petang,ok?
Pelajar A (bukan Islam): Hari Khamis cuti la.
Pelajar B (Islam): Eh, cuti apa pulak?
Pelajar A (bukan Islam): You orang punya cuti la. Saya tak tau la. Orang Islam punya cuti ma.
Pelajar B (Islam): Ye ke? Apa yer, saya pun tak perasan. Tak ingatla.
Pelajar B (Islam): Bila yer? Esok kami ada kelas, hari Khamis kul 3.00 petang,ok?
Pelajar A (bukan Islam): Hari Khamis cuti la.
Pelajar B (Islam): Eh, cuti apa pulak?
Pelajar A (bukan Islam): You orang punya cuti la. Saya tak tau la. Orang Islam punya cuti ma.
Pelajar B (Islam): Ye ke? Apa yer, saya pun tak perasan. Tak ingatla.
Pelajar B pun berbisik-bisik dengan beberapa orang pelajar Islam, sesama sendiri lupa apa tarikh penting yang berlaku pada hari Khamis ini... Apa nak jadi dengan pelajar Islam sekarang, hanya mementingkan duniawi semata-mata...
Tujuan sambutan Maulidur Rasul ini ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad s.a.w. Kita haruslah menanam perasaan cinta dan sayang kepada Rasulullah. Bagaimana untuk menerapkan perasaan cinta ini? Jika kita sayangkan si polan, mesti segala tarikh penting mengenai si dia kita hafal, tarikh lahirnya, htarikh kahwinnya, dan macam-macam lagi. Apabila tiba hari jadinya, pelbagai hadiah menarik diberikan kepada si dia untuk menunjukkan perasaan sayang kita kepadanya. Jadi, adakah kita perlu memberi hadiah kepada Rasulullah sempena hari jadi Baginda pada hari ini? Jawapannya, YA!!! Hadiah yang diberikan tidak perlu yang mahal dan hebat, anda hanya perlu berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan memuji Baginda. Seperti firman Allah di dalam surah Al-Ahzab, ayat 56, yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya".
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghadiahkan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Muhammad s.a.w. sempena hari kelahirannya ini. Diharapkan selawat ini terus meniti di bibir kita hari demi hari, agar perasaan cinta kepada Rasulullah semakin menebal. Dah alang-alang dapat cuti hari ini, sambil melakukan kerja rumah, membasuh pinggan, memasak, menyapu sampah, dan bermacam-macam lagi, berelawatlah wahai rakan-rakan.. Semoga kita mendapat rahmat dari-Nya. Amin... Selepas baca entry ini, selawat sekurang-kurangnya 3 kali ye.. Thanks...
2 comments:
slwt keatas nabi junjungan..smga baginda ttp mnjadi idola terbaik kita
biar bila pun masa dan ketikanya.. Nabi Junjungan kita tetap dihati...
Post a Comment