Sudi2kanlah membaca dan bagi komen yer..Karya pertama MiSsZ... Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan mana-mana makhluk Allah yer.. MiSsZ bagitau awal-awal, sebab sebelum ni MiSsZ ada siarkan online kat fb, ada pulak orang yang emo kata tak baik MiSsZ wat macam ni.. dia ingat ni kisah benar kot...takdelah, ni rekaan semata-mata.. ada plot cerita kot, sampaikan orang tu boleh terfeeling lak.. dah la kami tak kenal antara satu sama lain.. hehhe.. berkesan gak cerita MiSsZ ni.. bacalah yer.. beri komen, MiSsZ tau, MiSsZ tak pandai menulis.. tapi dengan teguran anda semua, MiSsZ akan improve, insyaAllah..
Pagi Sabtu yang tenang…Housemateku semua pulang ke kampung halaman masing-masing. Dah nasib badan dapat housemate yang selalu homesick. Nak tergelak juga bila teringat. Kalau dulu, ketika aku masih menuntut di USM, akula orang yg paling kerap balik kampung. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu aku balik. Apa nak buat, sekarang aku dah jauh di perantauan. Nak balik selalu, lari la budget aku nanti. Gatal-gatal betul aku pi apply jadi tutor kat UMS ni. Awal-awal nak try and error je, dapat la pulak. Nak merasa naik flight la konon, padan muka aku. Dapat lak housemate yg memang orang sabah. Layan emo la aku hujung-hujung minggu macam ni… Nak layan boyfren pon tak dak..ahhaha..
Aku menghenyakkan tubuh di katil. Lagu2 di radio silih berganti. Tiba2, aku terkedu mendengarkan melodi lagu yang dimainkan. Lagu yg mengulit seribu kenangan. Lirik yg pernah dulunya sentiasa meniti di bibirku di kala kesunyian.
“terima kasih cinta, untuk segalanya. Kau berikan lagi, kesempatan itu..”. Belum sempat suara macho Afgan menghabiskan chorus lagunya, aku lantas meng’off’kan radio. “Macam takde lagu lain dah”, bentak hatiku. Wajah si dia mula menari-nari di ruangan mataku. Ni yang aku malas nak flashback lagu yang pilus2 ni…Ntah dalam sedar tak sedar, tanganku mencapai album gambar di sisi katil. Sehelai demi sehelai aku belek. Senyuman terukir dibibirku.. Kenangan bersama 3 tahun di universiti benar2 mengajar aku erti kehidupan. Suka duka dilalui bersama, dah rasa seperti sebuah keluarga. Entah bagaimana keadaannya sekarang. Azzam Abdullah, seorang sahabat yg banyak mengajarku erti kesabaran, kesetiaan, dan menghargai setiap perhubungan persaudaraan yg dimiliki. Memang ada rakan2 yg salah tafsir persahabatan kami. Tapi kami masing2 menafikan. Ialah, dah macam adik beradik, tak kan nak layan cintan cintun pulak. Masing2 ada “idola” masing2. Tapi, ada kalanya pernah juga aku cemburu apabila dia di dekati oleh perempuan lain.Mungkin aku takut dia tidak akan berkawan dengan ku jika dia mempunyai teman wanita nanti. Atau..aku sayang kan dia?? Tak mungkinlah…Aku dah anggap adik beradik. No feeling2..Betullah, aku tak tipu..Hahaha.. Terasa panas pipi menahan malu.Dia pula selalu nak merajuk kalau aku buka cerita pasal kawan2 lelaki sekuliah kami.
“Pergi la kawan dengan diorang, kenapa nak kawan dengan aku,” sindirnya. Jealous la pulak. Suka kat aku ke?? Takdela, kitorang memng bestfren @ adik-beradik dari hati ke hati tu..Bagus betul statement aku ni. Lingkup bahasa ibunda. Aku ingat lagi di akhir2 zaman univeristi, aktiviti2 sebelum perpisahan menang kaw-kaw hebatnye.. Entah macammana aku terpisah agak jauh dari group rakan2 perempuan sekuliahku yang lain.
“Takpela, tak payah takut, aku ada kat sini, temankan ko,”ujarnya sambil menghampiriku. Sehingga kini, masih lagi terngiang2 kata-katanya di telingaku.
Setelah menamatkan pengajian, kami masih lagi berhubung. Tetap mesra seperti selalu. Teman tapi mesra, bak lagu Ratu. Namun, disebabkan kesibukan masing2, kami tidak seakrab dahulu.Aku tidak akan menghubunginya selagi dia tidak menghubungiku. No concept Ladies 1st untuk hal-hal macam ni.. Kehidupanku sebagai seorang tutor dan dalam masa yg sama menjalankan tugasku sebagai seorang pelajar pHD part time di UMS membataskan aku untuk menghubungi rakan2 ku dahulu..Friendster, Facebook, memang aku dah takda mood nak layan. Kalu dulu, pantang tak layan.Hahaha…
Pabila tiba di tengah lembaran album gambar , hatiku menjadi sayu. Sekeping kad jemputan perkahwinan biru laut, tertera namanya di bucu kanan hadapan kad, Azzam. Fazlia di bucu kiri bawah. Terselit catatan kertas bersaiz A4 yg dilipatkan.
Zie,
Selama ini aku begitu menyayangimu,
Tetapi aku takut untuk meluahkannya,
Aku terlalu ego untuk melafazkannya,
Kerana aku tahu kau hanya menganggapku sebagai teman baik mu.
Aku mengharapkan kau memahami isi hatiku,
Tetapi ternyata aku hanyalah sahabat baikmu.
Zie,
Akan kuabadikan segala kenangan kita bersama,
Kau lah gadis yg pernah membuka hati ini untuk menyayangi,
Kini aku redha,
Kasihku, kau bukan ditakdirkan untukku,
Namun, kasihmu tidak akan kukuburkan di hati ini.
Terima kasih cinta.
Air mataku semakin deras mengalir. Catatan yg hampir lunyai itu kukucup. Catatan inilah tempat aku melampiaskan rindu terhadap dirinya. Aku benar2 tidak dapat menipu diriku lagi. Dia bukan hanya sekadar sahabat di hatiku.
Azzam,
Jika kau berani melafazkannya dulu, jika kau tidak begitu egois. Jika kau benar2 menjadi seorang lelaki dahulu, tentu cinta ini akan kekal. Tapi kini, aku tidak berhak untuk terus menyintaimu, kerana kau bukan lagi milikku. Menyayangi, tidak semestinya memiliki. Keputusanku membawa diri ke seberang lautan ini diharapkan dapat menggapai kebahagian suatu hari nanti. Buatmu Azzam, kutitipkan doa agar kau sentiasa bahagia. Ku renung catatan yg dilekatkan di dinding katil.Ku salin catatan ini dari internet ketika aku mula2 tiba di Sabah. Dan catatan ini memberi semangat untuk aku terus mencari kebahagiaan untuk diriku.
“Aku tak perlu bersusah payah untuk menarik perhatian seseorang untuk menyayangi dan menyintaiku. Bagiku, cukuplah dengan doa yg ikhlas. Sekiranya Allah mengabulkan doaku agar hatinya terbuka untuk menyayangiku dan merinduku, maka itu adalah keredhaanNya. Tapi jika sebaliknya, aku redha dengan apa yg telah ditakdirkan. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin juga dia tidak sesuai untukku, lalu aku pohon agar Allah menghadirkan insan yang lebih baik darinya..”.
To be continue...
Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan sesiapa, sama ada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia..
MiSsZ nak wat sammbungan.. tapi layakkah diri ini menulis???
Sunday, March 6, 2011
Karya: Mengharap cahaya semalam
Labels:
cahaya,
cinta,
forum,
kasih sayang,
lelaki,
mengaharap,
perasaan,
perempuan,
semalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
36 comments:
berbakat besar ni..harus digilap...smg terus sukses yer
polish lg bakat ye..keep it up
Teruskan penulisan Missz ni..
Pendapat saya, nak buat cerpen ni jangan campur aduk. Permulaan entri terus tulis cerpen tu.. Baru ada feeling. Yang penting dalam tajuk entri terus tulis Karya Cerpen, then pembaca akan tahu.
Apapun nice karya miszz. :)
tipu..tipu..tipu..ini mesti kesah sebenar ko kan??ahahahaha...aku boleh rasa aura watak itu watak ko..jejeje..joking..tp sedap lah membaca d malm hr nih...
@bluedianthus
Terima kasih atas teguran ni.. pasni MiSsZ akan wat seperti yang dicadangkan itu... Betul juga, tak terfikr sebelum ni.. Sebab tu la MiSsZ perlukan teguran dan pendapat anda semua.. Thanks again..
@FurBall
Hehehe.. tu la furball, cam betul,kan??? aura tu boleh dicipta, dengan syarat, rajin menghayati banyak-banyak crite kat tv and novel.. try gabungkan semua... wat ilusi sendirik.. jadilah mengharap cahaya semalam.. baca yang lagho malam2 memang best.. siang2 pi study ek..
woooooo....
serius cakap memang ada kesan apabila membacanya.
cerita yang ringkas dan selalu terjadi.
jadi ianya terasa dekat dengan kita.
betul ke rekaan jer???
bagus teruskan, insyaallah.
cuba buat cerita dari pihak azzam pulak. dalam konteks waktu yang sama.
layak ni sambung kan citer tu...
tp mana bole pkai short2 form ni....
* ctr ni entah2 base on true story ek?hehe =)
ni cerpen ke?
kalau bukan nape x try buat cerpen?
laa.. ptut la..
ingatkan tadi cerita yg x habis..
mcm tergantung cerita...hehe sory2 sbb serkap jrg
huh...
nak wat novel ke tuan blog?
bla sambungannye?
sy jadi first buyer die =)
@SyUhAdA
Sambungannya dah ada.. tapi lom habis lagi gak.. sambungan yg ke3 tak wat lagi... takda idea la..
@iZzuDdin
terharunyaaaa... tapi harga novel ni bukan 2 hengget tau.. hehe.. harganya sebuah kete perodua..
sapa pnh bca novel andai itu takdirnya..mmg sdh gilerrrsss..
ala..buat la sembungan dia cpt2
syu : miss dah siapkan daaa =)
missz : pasni dah boleh hantar kat karangkraf..
mana tau de rezeki
btol2..tuah ayam nmpk dikaki..tuah misz sape la yg tau kan3..go baby go
cik lola bg la support..
adeyh..
@Find your property here
MiSsZ Dah wat sambungan yang kedua.. Yang ke3 je lom.. Ada idea tak??
@Tuan Penasihat
Tuan penasihat, maaf lambat reply..
Pertama sekali, MiSsZ nak ucapkan berbanyak terima kasih atas komen dari tuan penasihat.. Rekaan jer, MiSsZ mana kerja kat UMS.. Sabah pun tak pernah pergi (tapi memang teringin nak pergi)..
Kedua, MiSsZ memang teringin nak wat cerita bagi pihak Azzam gak.. tapi tak pandai nak olah cerita 2 hati dalam masa yg sama.. MissZ budak baru belajar.. Mungkin dalam karya yg akan datang
Ke3, MiSsZ nak jemput tuan penasihat baca dan komen sambungan ni.. http://missz84.blogspot.com/2011/03/karya-mengharap-cahaya-semalam-2.html
@misz : misz mmg suke tulis novel ke??cik pon sama..tp skrg dh stop sb x ckup masa
@misz : hebat la idea penulisan misz...bkn sng kite nk brimaginasi :)
wah! ada bakat menulis ni. hehe.. apa pun.teruskan menulis.. hehe
eh? ye ke ni rekaan semata?
@pzah : kite encourage misz supya jd writer yg brjya
hehe..boleh boleh.. nanti misz berjaya jgn lupa kita lak kan cik lola :)
haha...btol2..t blh la bg 1 novel free siap dgn autograph
cik lola: haha.. kan kan. bertuah tu kalau dpt novel free dr misz..ekekeke :)
jimat kos..t wat contest bg jer novel 2 sbgai adiah
hehe.. btl tu.. jimat kos sbb tulis sendiri :)
misz x try anta novel kat karangkraf ke..mna la tau da rezeki
lg 1 , just anta sinopsis je rse nye...
hehe..kalau hantar tu..kot2 diterima.. best2..
furball: hehe.. mcm kisah sbnr kan sbb boleh lak rasa bila baca kisah ni.hehehe
Post a Comment