Sudi2kanlah membaca dan bagi komen yer..Karya pertama MiSsZ... Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan mana-mana makhluk Allah yer.. MiSsZ bagitau awal-awal, sebab sebelum ni MiSsZ ada siarkan online kat fb, ada pulak orang yang emo kata tak baik MiSsZ wat macam ni.. dia ingat ni kisah benar kot...takdelah, ni rekaan semata-mata.. ada plot cerita kot, sampaikan orang tu boleh terfeeling lak.. dah la kami tak kenal antara satu sama lain.. hehhe.. berkesan gak cerita MiSsZ ni.. bacalah yer.. beri komen, MiSsZ tau, MiSsZ tak pandai menulis.. tapi dengan teguran anda semua, MiSsZ akan improve, insyaAllah..
Pagi Sabtu yang tenang…Housemateku semua pulang ke kampung halaman masing-masing. Dah nasib badan dapat housemate yang selalu homesick. Nak tergelak juga bila teringat. Kalau dulu, ketika aku masih menuntut di USM, akula orang yg paling kerap balik kampung. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu aku balik. Apa nak buat, sekarang aku dah jauh di perantauan. Nak balik selalu, lari la budget aku nanti. Gatal-gatal betul aku pi apply jadi tutor kat UMS ni. Awal-awal nak try and error je, dapat la pulak. Nak merasa naik flight la konon, padan muka aku. Dapat lak housemate yg memang orang sabah. Layan emo la aku hujung-hujung minggu macam ni… Nak layan boyfren pon tak dak..ahhaha..
Aku menghenyakkan tubuh di katil. Lagu2 di radio silih berganti. Tiba2, aku terkedu mendengarkan melodi lagu yang dimainkan. Lagu yg mengulit seribu kenangan. Lirik yg pernah dulunya sentiasa meniti di bibirku di kala kesunyian.
“terima kasih cinta, untuk segalanya. Kau berikan lagi, kesempatan itu..”. Belum sempat suara macho Afgan menghabiskan chorus lagunya, aku lantas meng’off’kan radio. “Macam takde lagu lain dah”, bentak hatiku. Wajah si dia mula menari-nari di ruangan mataku. Ni yang aku malas nak flashback lagu yang pilus2 ni…Ntah dalam sedar tak sedar, tanganku mencapai album gambar di sisi katil. Sehelai demi sehelai aku belek. Senyuman terukir dibibirku.. Kenangan bersama 3 tahun di universiti benar2 mengajar aku erti kehidupan. Suka duka dilalui bersama, dah rasa seperti sebuah keluarga. Entah bagaimana keadaannya sekarang. Azzam Abdullah, seorang sahabat yg banyak mengajarku erti kesabaran, kesetiaan, dan menghargai setiap perhubungan persaudaraan yg dimiliki. Memang ada rakan2 yg salah tafsir persahabatan kami. Tapi kami masing2 menafikan. Ialah, dah macam adik beradik, tak kan nak layan cintan cintun pulak. Masing2 ada “idola” masing2. Tapi, ada kalanya pernah juga aku cemburu apabila dia di dekati oleh perempuan lain.Mungkin aku takut dia tidak akan berkawan dengan ku jika dia mempunyai teman wanita nanti. Atau..aku sayang kan dia?? Tak mungkinlah…Aku dah anggap adik beradik. No feeling2..Betullah, aku tak tipu..Hahaha.. Terasa panas pipi menahan malu.Dia pula selalu nak merajuk kalau aku buka cerita pasal kawan2 lelaki sekuliah kami.
“Pergi la kawan dengan diorang, kenapa nak kawan dengan aku,” sindirnya. Jealous la pulak. Suka kat aku ke?? Takdela, kitorang memng bestfren @ adik-beradik dari hati ke hati tu..Bagus betul statement aku ni. Lingkup bahasa ibunda. Aku ingat lagi di akhir2 zaman univeristi, aktiviti2 sebelum perpisahan menang kaw-kaw hebatnye.. Entah macammana aku terpisah agak jauh dari group rakan2 perempuan sekuliahku yang lain.
“Takpela, tak payah takut, aku ada kat sini, temankan ko,”ujarnya sambil menghampiriku. Sehingga kini, masih lagi terngiang2 kata-katanya di telingaku.
Setelah menamatkan pengajian, kami masih lagi berhubung. Tetap mesra seperti selalu. Teman tapi mesra, bak lagu Ratu. Namun, disebabkan kesibukan masing2, kami tidak seakrab dahulu.Aku tidak akan menghubunginya selagi dia tidak menghubungiku. No concept Ladies 1st untuk hal-hal macam ni.. Kehidupanku sebagai seorang tutor dan dalam masa yg sama menjalankan tugasku sebagai seorang pelajar pHD part time di UMS membataskan aku untuk menghubungi rakan2 ku dahulu..Friendster, Facebook, memang aku dah takda mood nak layan. Kalu dulu, pantang tak layan.Hahaha…
Pabila tiba di tengah lembaran album gambar , hatiku menjadi sayu. Sekeping kad jemputan perkahwinan biru laut, tertera namanya di bucu kanan hadapan kad, Azzam. Fazlia di bucu kiri bawah. Terselit catatan kertas bersaiz A4 yg dilipatkan.
Zie,
Selama ini aku begitu menyayangimu,
Tetapi aku takut untuk meluahkannya,
Aku terlalu ego untuk melafazkannya,
Kerana aku tahu kau hanya menganggapku sebagai teman baik mu.
Aku mengharapkan kau memahami isi hatiku,
Tetapi ternyata aku hanyalah sahabat baikmu.
Zie,
Akan kuabadikan segala kenangan kita bersama,
Kau lah gadis yg pernah membuka hati ini untuk menyayangi,
Kini aku redha,
Kasihku, kau bukan ditakdirkan untukku,
Namun, kasihmu tidak akan kukuburkan di hati ini.
Terima kasih cinta.
Air mataku semakin deras mengalir. Catatan yg hampir lunyai itu kukucup. Catatan inilah tempat aku melampiaskan rindu terhadap dirinya. Aku benar2 tidak dapat menipu diriku lagi. Dia bukan hanya sekadar sahabat di hatiku.
Azzam,
Jika kau berani melafazkannya dulu, jika kau tidak begitu egois. Jika kau benar2 menjadi seorang lelaki dahulu, tentu cinta ini akan kekal. Tapi kini, aku tidak berhak untuk terus menyintaimu, kerana kau bukan lagi milikku. Menyayangi, tidak semestinya memiliki. Keputusanku membawa diri ke seberang lautan ini diharapkan dapat menggapai kebahagian suatu hari nanti. Buatmu Azzam, kutitipkan doa agar kau sentiasa bahagia. Ku renung catatan yg dilekatkan di dinding katil.Ku salin catatan ini dari internet ketika aku mula2 tiba di Sabah. Dan catatan ini memberi semangat untuk aku terus mencari kebahagiaan untuk diriku.
“Aku tak perlu bersusah payah untuk menarik perhatian seseorang untuk menyayangi dan menyintaiku. Bagiku, cukuplah dengan doa yg ikhlas. Sekiranya Allah mengabulkan doaku agar hatinya terbuka untuk menyayangiku dan merinduku, maka itu adalah keredhaanNya. Tapi jika sebaliknya, aku redha dengan apa yg telah ditakdirkan. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin juga dia tidak sesuai untukku, lalu aku pohon agar Allah menghadirkan insan yang lebih baik darinya..”.
To be continue...
Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan sesiapa, sama ada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia..
MiSsZ nak wat sammbungan.. tapi layakkah diri ini menulis???
Read more...









