try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Friday, December 16, 2011

Setelah sekian lama....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama tak menulis di blog ini... Akhirnya hari ni MiSsZ menjenguk gak blog yang dah bersawang ni... Rindu kat MiSsZ tak??



Segala lucky draw, and pertandingan yang missz anjurkan dah tamat tempoh.. tapi hadiahnyer je tak pos lagi.. Cuma pertandingan pengkomen terhebat dan Segmen kreatif MiSsZ tak umumkan pemenang lagi...

Nak tengok hadiah lucky draw, follower bertuah n resepi?

 



yg warna kuning semua untuk pemenang lucky draw... yg hijau kecil untuk yg bagi sumbangan resepi, yg besar untuk follower ke-111.

Nak tengok isi dalm hadiah untuk follower missz?

taaaaaaaadaaaaaaaaaa...


Untuk pemenang hadiah pengkomen terhebat, hadiahnya tangguh dulu yer... Maklumlah, hadiah hebat nak kena guna duit hebat.. hehe... insyaAllah akan sampai juga kat tangan pemenang..

Tapi MIssz belum sempat kira lagi selpas yg hari tu missz kira.. sebab sekarang sangat2 bz.. MiSsZ ingat nak sambung belajar.. tu yg sangat2 bz buat proposal sekarang.. MiSsZ tak tahulah pilihan untuk sambung belajar ni tepat atau tak, tapi sampai bila missz nak macam ni jer.. huhu.. kalau dapat kerja ok la gak.. tapi buat masa ni, memang missz tumpukan buat proposal untuk sambung blajar. Ada interview panggil kerja, missz kena luang masa buat preparation untuk tebiu lak. huhu.. doakan missz dapat kerja yg terbaik yer, tapi apa2pun missz memang nak sambung blajar gak. cuma kalau dapat kerja wat masa sekrg , missz nak keje dulu.. doakan missz berjaya..

untuk pemenang pengkomen terhebat, sabar yer.. jangan marah2 missz tau..

kepada kengakawan yg rajin mengomen di missz garden, pasni harap terus keep in touch yer... missz dah buka blog jualan. hehe.. tapi insyaAllah org lain yg uruskan tu.. Nanti sudi2kanlah melawat:
http://misszgardenlittleshop.blogspot.com/

Thanks to all my friends.... i'll love u forever!!
Read more...

Wednesday, July 13, 2011

Sumbangan resepi!!

Setiap surirumah memang selalu mengalami situasi ni..

"nak masak pe ye makan pagi ni"
"nak masak pe ye tengahhari ni"
"nak masak pe ye petang ni"
"nak masak pe ye malam ni"

Oleh itu, Missz nak minta tolong kepada anda semua, tolongla share resepi tak kira la pagi,teghri,ptg or malam kat MiSsZ.. Anto kat email yer.. missz.garden@yahoo.com.. nznti missz update kat entry.. missz akan bgtau sumber dari anda.. kalo boleh resepi tu anda pernah cuba.. sebab kalau dalam buku resepi memng byk..tapi bila cuba tak menjadi pun.. ssebab tu missz nak yg anda penah cuba.. kalau boleh, snap gambo sekali..

sebagai tanda terima kasih, sesiapa yg dah menghantar 5 resepi kepada missz di email, (untuk 2 orang pertama).. missz akan bagi satu keronsang di bawah:




Boleh pilih nak warna apa, asalkan masih ada stok... Kepada org yg ketiga anto, kena la bagi sekurang2nya tujuh resepi.. org ke4 dah seterusnya kena bagi sepuluh resepi.. hehe... boleh??? sesapeyg nak bagi satu pun takpe.. niatkan je nak kongsi ilmu.. plzzzzzzz... tolong missz yer.. sumbangan anda sangat diharapkan.. nak bagi sikit2 pun takpe... tak payah satu email 5 resepi pun takpe..

siapa leh bg resepi..bagi segera yer.. boring la, sama je resepi...

Keronsang pertama bakal diberi kepada Cikgu Tie (5 resepi)
Keronsang kedua dan ketiga bakal diberi kepada Tiefazatie @ ifa (12 resepi)
Keronsang keempat bakal diberi kepada??? (7 resepi)
Keronsang ke5 bakal diberi kepada??? (10 resepi)
Keronsang ke6 bakal diberi kepada??? (10 resepi)

Kalau malas nak email resepi, just emailkan link entry resepi anda, nanti missz copy and edit! Tapi send link ke email missz.garden@yahoo.com.. tak mau la send link di comment ni.. send ke email yer..tQ

KEPADA RAKYAT MALAYSIA, TOLONGLAH KLIK CHURP CHURP NI!!!
Iklan ni akan keluar di window lain, tak akan jejaskan window yang anda sedang baca.. kalau dah KLIK bagitau MISSZ!! Klik gambar ni tau!!
I LOVE U!!


Read more...

Thursday, July 7, 2011

Koktail kastad buah-buahan berkuah Cikgu Tie

Resepi ini adalah sumbangan daripada Cikgu Tie! Sedap.. rasa sekali, pasti nak lagi.. Jom kita tengok cara nak buatnya...



Bahan A
1 cawan tepung kastad
6 cawan air
1 cawan gula/secukup rasa

Cara Membuatnya
1. Campurkan semua bahan dan masak di atas api yang sederhana.
2. Kacau sehingga masak(><15 minit) 3. Tuangkan ke dalam bekas dan biarkan ia sejuk. 4. Potong kastad menjadi bentuk kiub. Bahan B 1 tin fruit cocktail bersirap 1 tin buah laici 1 mangkuk jeli buah-buahan de nata [mangga atau laici] 1 tin susu cair ketulan ais secukupnya Cara Menghidangnya 1. Masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk hidang yang besar. 2. masukkan pula kastad berbentuk kiub yang telah disediakan. 3. Masukkan ketulan ais dan hidangkan sejuk.


SElamat mencuba!!

Jom baca resepi yang lain pula...


Read more...

Resepi salad buah-buahan Cikgu Tie

Resepi adalah sumbangan daripada Cikgu Tie! Mari kita terjah resepi pencuci mulut ni... Nampak menarik sangat...



Bahan-bahan ( untuk 5 org )
• 2 biji buah epal merah
• 2 biji buah pear
• 2 biji buah oren
• Buah anggur
• Nata de Cocoa perisa laici
• Kismis
• Mayonise
• Cara-caranya
1. Potong dadu semua buah-buahan. Buah oren potong 6.
2. Gaulkan potongan buah-buahan dengan Nata de Cocoa .
3. Masukkan mayonise. Gaul. ( bilangan sudu mayonise bergantung kepada kegemaran anda.)
4. Akhir sekali, taburlah sedikit kismis. Sejukkan di dlm peti ais sebelum dihidang.





Selamat mencuba!


P/S***Boleh ditambah dengan buah-buahan kesukaan anda yang lain.


Read more...

Resepi Apam gebu

Resepi adalah sumbangan daripada Cikgu Tie! Kalau petang-petang tak tahu nak makan apa, jom cuba resepi ni.. Gebu!! Apa yang gebu?? Apam gebu!! Kenyang makan.. cicah pula dengan kelapa.. nikmatnya...



• Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air
• Serbuk Eno(jika perlu)

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
2. Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
3. Kisar/blend nasi dengan air sampai betul-betul hancur
4. Campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
5. Biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
6. Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan (mengikut citarasa) dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu .




P/S****Jika suka apam merekah....masukkan serbuk eno ke dalam adunan ketika hendak mengukusnya.

sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

terima kasih Cikgu Tie atas resepi dan tips berguna ni... Selamat mencuba ye kawan-kawan...


Read more...

Resepi Roti pita

Resepi adalah sumbangan daripada Chef Ifa! Anda dah bersedia nak masak untuk makan petang ni? Jom cuba resepi roti pita ni..



bahan2 yang diperlukan ialah:

1. roti pita..frozen punye la..
2. daging hancur
3. bawang besar
4. bawang putih
5. sayur campur..ala..yg ada carrot,jagung,kacang peas
6. timun
7. kobis
8. sos blackpepper
9. sos cili
10. sos tomato
11. mustard
12. sedikit garam
13. sedikit gula

cara2 nak panaskan roti pita:

1. keluarkan dulu roti pita tue..biar sampai die boleh kita pisah2kan..
2. belah dua roti pita tue.
3. then masukkan dlm mini oven..selama 3 minit..
4. kalu boleh masak la dulu inti die baru panaskan roti pita nie..=)

cara2 nak buat inti roti pita:

1. tumiskan bawang besar+bawang putih yang dicincang halus..tumis sampai kuar bau..
2. masukkan daging hancur.goreng sehingga masak.
3. kemudian masukkan sayur campur.goreng sehingga hampir masak.
4. masukkan sos blackpepper+sos cili+sos tomato+sedikit mustard.gaul sehingga sebati ya..
5. taburkan sedikit garam+gula ikut kesesuaiannya..hii
6. last sekali..lepas siap masak..matikan dapur..baru la masukkan kobis+timun yang dipotong halus.gaul hingga rata..=)
7.dah siap!boleh la masukkan ke dalam roti pita yg sudah dipanaskan ye..b4 that..sapu la sedikit mayonis+planta dalam roti pita tersebut...kemudian baru lah masukkan inti daging hancur dan letakkan sos cili ke atasnya..siap!



Jom cuba resepi ni.. Mudah dan menyelerakan.. Selamat mencuba!!

Jom usha resepi lain pula...


Read more...

Resepi Mini roti john

Resepi adalah sumbangan daripada Ifa! Simple tapi menyelerakan.. Jangan buang masa lagi, jom tengok cara nak buat mini roti john ni...



bahan2 yang diperlukan:

1. roti mini
2. sardin
3. bawang besar
4. garam
5. mayonis
6. cili sos
7. timun
8. salad
9. planta
10. telur

cara2 nak buat:
1. asingkan sardin dengan kuah dia..pastu campurkan bawang besar dengan sardin..then campurkan dengan telur..gaul sampai rata..masukkan sedikit garam ye..

2. panaskan kuali leper..letakkan sedikit planta..pastu letakkan bancuhan sardin bersama telur tadi..

3. bila tengok cam nak masakkan dah..baru la letak roti mini atas bancuhan tersebut yaa...bila tengok dh melekat pada roti..boleh la angkat..

4. pastu letakkan salad+timun+mayonis+sos cili...siap dah mini roti john anda!



Mudah,kan?? Selamat mencuba.. makan petang-petang bersama keluarga, mesti sangat lazat!!

Jom usha resepi lain pula...


Read more...

Resepi roti sardin

Resepi adalah sumbangan daripada Chef Ifa! Buat sarapan atau makan petang sedap ni.. Tambah pula nikmati ketika masih panas!! Enaknya... Terliur tak?? Jom cuba resepi ni.. simple tapi sedap..



bahan2 yang diperlukan:

1. sardin
2. bawang besar
3. cilipadi
4. tepung gandum
5. roti gardenia
6. minyak masak

cara2 nak buat:

1.mula2 sekali potong bawang besar dan juga cilipadi kecik2..kuantiti ikut la banyak mana yg korg nak tau..
2.lepas tue tumiskan bawang besar dan cilipadi yg dah dipotong tadi di dlm kuali.
3.masukkan sardin tanpa kuah ke dalam kuali bersama tumisan tadi..goreng sampai kering..kalu xmo lama pun xpe..terpulang pada korg..
4.angkat sardin yg dah siap digoreng tue..pastu campurkan sedikit mayonis tau..gaul sampai rata..
5.kemudian penyekkan roti dgn menggunakan pengelek tepung tue.letakkan sedikit sardin pastu gulungkan roti tue.lekatkan dengan tepung gandum yg telah dibancuh.
6. tekapkan kedua-dua hujung roti dgn garfu..
7. lepas siap buat bape byk yg korg nak..goreng je roti sardin tue..pastu boleh makan dah!



Jangan tunggu-tunggu lagi.. Jom cuba resepi ni hari ni gak!

Jom usha resepi lain pula...


Read more...

Resepi chocolate chips cookies yang comel!

Resepi adalah sumbangan daripada Chef Ifa! Sedap2.. biasanya kalau perayaan atau ada apa-apa function, hidangan ni memang menjadi kesukaan ramai.. Atau pun, saja-saja nak makan sambil2, best gak.. tak susah pun cara nak buatnya...



bahan2 yang diperlukan:

1. 180g mentega/majerin
2. 90g gula castor
3. 100g gula perang
4. 1sudu teh esen vanila
5. 2biji telur
6. 200g tepung naik sendiri
7. 160g tepung gandum
8. 1sudu teh soda bikarbonat
9. 1/4sudu teh garam
10. 100g chocolate chips
11. 120g badam cincang

okies...sekarang cara2 nak buat plak tau..:

1. ayak tepung + soda bikarbonat+garam
- goreng badam tanpa minyak

2. pukul mentega + gula hingga gebu
- masukkan telur+esen vanila+pukul hingga sebati

3. masukkan bahan2 yang diayak + gaul hingga sebati
- masukkan chocolate chips+badam cincang+gaul hingga sebati

4. sudukan ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega/majerin

5. bakar dalam oven
- 180 darjah celcius selama 20 minit

6. siap untuk dimakan la lepas tue..=)



Mudah dan sedap! Jom kawan-kawan kita cuba resepi chef ifa ni.. missz selalu buat waktu nak raya.. tapi memang perlu berhati-hati nak gumpal kuih ni.. jangan besar sangat sebab dia akan mengembang.. slalunya bakar yg 1st tu untuk tujuan kajian semata-mata.. mesti tak kan jadi comei.. haha...

Jom usha resepi yang lain pula...


Read more...

Resepi mini benjo

Resepi ini adalah sumbangan Chef Ifa!! Simple, mudah and murah.. hehe.. yang penting, sedap!!! Jom cuba...



jom tengok bahan2 yang diperlukan ye kawan2..senang saja..sebab simple je bahan2 nie..hihi..

1. mini bun
2. planta
3. telur
4. mayonis
5. sos cili thai
6. sedikit minyak
see..simple je kan bahan2 yang diperlukan..hihi..percaya la..sangat kecik mini bun nie..haha..

1. belah dua mini bun tue..lepas tue letak planta...then bakar atas kuali leper

2. pecahkan sebiji telur dalam mangkuk..lepas tue masa nak goreng tue just letak separuh je tau (1/2 biji telur untuk 1 mini bun tue)

3. kena pandai bajet2 la..lebar telur tue..sebab nanti nak wat cam telur bungkus nie..hihi..bila tengok telur tue macam nak masak..letakkan sedikit sos cili thai dan juga sedikit mayonis tau. ..atas telur tue la...lepas tue korang lipat empat segi tepat..ala2 macam nasi goreng pattaya tue la..

4. lepas tue angkat terus letak atas mini bun tue...hihi..dah siap!hihi..senang je kan2..hee..nie yang simple saja..tanpa sayur2an..sebab..memang sangat kecik mini bun nie..haha..

5. ulang je step2 nie ikut berapa banyak yang kawan2 nak makan la..




Apa tunggu lagi?? Jom cuba buat kat rumah!!
Jom usha resepi yang lain pula...


Read more...

Resepi Cheesy carbstick + cheesy hotdog in kulit popiah by Tiefazatie

Resepi ini adalah sumbangan daripada Ifa! Terliur kalau tengok picture yang disedikan ni.. Jom cuba resepi ni... Simple, tapi tak tahan nak makan!! Sedap sangat rupanya!!



Bahan-bahannya:

1. kulit popiah
2. crabstick
3. hotdog
4. cheese chesdale
5. sos cili thai
6. sedikit tepung (nak wat lekat kulit popiah saja..)
7. sedikit minyak (nak goreng la!hihi)

okie cara2 die sama je la cam buat popiah goreng!hihi..cuma ganti inti saja...=)

1. amik kulit popiah, letak la crabstick/hotdog tue
2. lepas tue letak sikit sos cili thai n cheese chesdale tue. cheese tue tak kisah nak jenama apa pun..tapi kawan2 potong la kecik2 (sama saiz dengan cracstick/hotdog)
3. pastu lipat2 cam popiah la
4. nak lekatkan guna tepung yang dah dibancuh tue..
5. pastu hotdog tue dibelah empat..

sedap weh!lagi2 ada cheese nie..haha..mengemokkan badan jap!lala...tapi serius sedap gle!..=)



hitam2 tue ialah cheese yang dah terkeluar nie..hahaha
sibuk nak biar garing..dah terlebih plak..=p


pergh...mantapkan!nie yang guna crabstick tau..hihi
meleleh lagi tue cheese...=)



yang nie plak yang guna hotdog!
cumil ja nie..ada juga tue cheese dalam..=)


Jom cuba resepi ni.. makan petang-petang,sedap betui!!!

Jom usha resepi yang lain pula...


Read more...

Resepi Roti pizza

Resepi ini adalah sumbangan Chef Ifa... Lepas ni, tak payah nak makan pizza kat Pizza Hut!! Kita dah boleh buat sendiri!! Yummy... Jom usha resepi ni.. dan yang penting, kena cuba tau..



ok..mule2 bahan2-nye ialah:

1. planta
2. bawang besar (hiris halus2 tau)
3. hotdog (hiris nipis2 la ikut suke korg)
4. sayur campur (ala..yg ade lobak,kacang peas n jagung tue)
5. mayonis
6. cili sos
7. cheese (ikut korg la nak gune cheese pe pun..)
8. roti gardenia (saje nak try gune roti nie..hihi..len kali nak gune roti pita plak!)

kuantiti die ikut korg suke la nak letak banyak ke sikit k..=)

cara2 die:

1. mule2 korg sapu planta atas roti.
2. pastue letak la hirisan bawang besar.(ikut korg nak letak byk mane pun)
3. susun hirisan hotdog.(ikut suke nak letak byk mane k..)
4. letak plak sayur campur tue..(kalu xsuke ganti la ngn cili benggala ke)
5. letak mayonis (ikut korg suke..hihi)
6. letak plak cili sos (..byk mane korg suke gak k..)
7. pastue last sekali tabur cheese...(ikut la byk mane nak ek)
8. last sekali masuk dlm oven toaster selama 4 minit..ok..yg nie korg kena ikut oven toaster korg la bpe lame die kena masak tau.. ifa gune oven toaster pensonic yg sederhana je tue.. so korg kena try dulu la ye bpe lame ptt kena masak ye.. tkt tlebih masak plak..so hati2 ye..=)




Yummy sangat-sangat!! Tengok gambar ni terasa lapar pula... Cuba tau!!!

Jom usha resepi yang lain pula!!


Read more...

Resepi inti popiah ifa!

Resepi ini adalah sumbangan Chef Ifa... Inti popiah bukan susah sangat nak buat inti popiah ni, menurut resepi yang chef kita bagi ni.. Simple, tapi nampak sedap.. jom usha sama-sama...



bahan-bahannya:

1. bawang merah
2. bawang putih
3. udang kering
4. lobak
5. sengkuang
6. tauge
7. kobis
8. sedikit garam

cara-caranya:

1. tumbuk bawang merah,bawang putih dan udang kering bersama-sama..terpulang la nak hancur ke sedang2 je..hihi
2. pastu potong lobak,sengkuang,kobis dengan posisi memanjang..terpulang la nak hiris halus2 ke..sedang2 ke..hee
3. tumis bawang merah,bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk tadi ye...bile dah naik bau...masukkan lobak,sengkuang,kobis dan tauge plak..masukkan sikit garam nak biar ade rasa sikit la..hihi
4. tumis sekejap je if nak sayur2 tue separuh masak..but kalu nak sampai masak pun boleh je..
5. pastu siap la inti popiah nie..senang je kan2..hihi

Kalu nak ganti udang kering tue dengan daging/ayam yang dicincang halus pun boleh..kalu nak gune telur pun boleh..tapi me suka lagi gune udang kering..hihi

Kalu xmo tumis sayur2 tue..leh gak just tumis bawang merah,bawang putih dan udang kering yang ditumbuk tue..siap tumis.. just campur dan gaul dengan sayur2 tue..tapi...kena hiris halus2 la ye..nak biar die lecur gak masa digoreng nanti..=)

cara-cara nak buat sos plak:

bahan-bahannya:

1. cili hidup yang telah diblender
2. air asam jawa
3. bawang putih yang telah diblender/ditumbuk
4. sedikit gula

cara-caranya:

1. panaskan kuali..pastu masukkan cili hidup dan bawang putih yang telah diblender...biar die mengelegak jap..pastu masukkan plak air asam jawa dan juga sedikit gula..
2. kuantiti yang diperlukan tue ikut bape banyak yang kte nak tau..agak2 je ..okie je tue..hihi
3. pastu tunggu je sampai masak ye sos tue..siap la..hihi

kalu xde air asam jawa..gune lemon pun ok kan ..owh ye..kalu nak buat gune sos cili pun boleh..tambah sikit air panas dan gula dalam sos cili tue..siap la..tapi ifa xsuke camtue..xbest ah..popiah dah sedap2..sos kena sedap gak!hihihi..


Cubalah resepi istimewa ni!! Nampak Yummy... kalau air tangan chef kita ni, mesti lagi YUMMY!! Jom usha resepi yang lain!!


Read more...

Resepi Cheesy Hotdog versi Tiefazatie

Resepi ini adalah sumbangan dari ifa... Cubalah resepi ni!! MissZ pernah buat jualan dulu, waktu di sekolah.. laris betui.. makan panas2, sedap!!



Ok, jom layan chef ifa menerangkan cara-cara membuatnya...


so..bahan2 yang kte perlukan ialah...

1. roti gardenia
2. hotdog
3. cheese
4. planta
5. sos cili thai

itu saja!senang je kan2..hihi...okie jum mula buat!

1. sapukan planta pada roti gardenia

2. letak kan hotdog (hiris la sikit hotdog tue) pada roti..lipat la roti tue..ala2 cam roti hotdog la..

3. letakkan sos cili thai dan juga cheese...ikut banyak mana kawan2 nak letak la yaa..

4. bakar di dalam oven pemanas makanan selama 3-4minit..susun la rapat2..supaya tidak terbuka plak nanti roti tue..hihi

5. siap untuk dihidang dan dimakan!

6. ulang saja step2 itu ikut banyak kawan2 nak makan..=)



taa-daa..picture fresh nie!dalam oven!hihi
berasap-asap nie..=)




Selamat mencuba!! Jom usha resepi yang lain pula...


Read more...

Thursday, June 9, 2011

Mari kita mengundi!!

Kepada semua pembaca blog MiSsZ GaRdEN, MiSsZ nak ajak anda mengundi one of my best friends dalam blog MiSsZ ni iaitu Cik Lola@ Cik Muny.. Tak susah pun caranya... Anda hanya perlu klik link di bawah, dan Klik "VOTE"...

Cik Siti Murni binti Maslan
Read more...

Wednesday, June 1, 2011

Nak 2GB USB Flash drive percuma???

Anda nak 2GB USB Flash drive secara percuma??? Dahla comei, kiut-miiut, lovely, fantastic, sweet, percuma pulak tu.. Rugi kalau anda tak nak.. Masa terhad!! Jom baca selanjutnya kalau anda teringin nak memiliki cik Flash drive ni...



Tak mau cerita banyak... Meh tengok cik flash drive yang missz ceritakan ni..

taaaaaaaadaaaaaaaaaaaaaaaa...........



Comei kan?? Nak tau cara nak dapatkan secara percuma?? Klik gambar kat bawah ni...



Read more...

Resepi aiskrim goreng

Resepi adalah sumbangan daripada Chef Ifa! Selalunya kita beli aiskrim goreng di kedai.. tapi kali ini kita berpeluang membuatnya di rumah.. Jom tengok resepi ni...



bahan2 yang diperlukan untuk buat aiskrim goreng sendiri ini ialah..roti gardenia..aiskrim kegemaran kawan2 ya...telur..peti sejuk... minyak... kuali... sudip.. pinggan... tisu...

Cara-caranya:

1. mula2..letak je aiskrim kegemaran pada roti..lepas tue lipat..agak2 la bape banyak aiskrim nak letak ya...pastu letak telur sekeliling roti tue..picit2 ah sikit sekeliling roti tue..konon2 menampal la tue..bagi lekat..hihi



2. lepas siap buat berapa banyak aiskrim goreng yang korang nak..lepas tue bekukan dalam peti sejuk yaa..kalu boleh lebih 3 jam la..hihi..agak2 dah beku btol nie..hihi




3. lepas dah agak2 beku aiskrim goreng korang tue...boleh dah goreng!sila tunggu minyak betol2 panas tau!goreng kejap je..agak2 dah kuning2 warna roti tue..ok la tue..takut kang cair habis lak aiskrim dalam roti tue kalu lama sangat..hihi..




4. nie la rupa percubaan pertama tau!haha..macam serap minyak je lebih kan..agaknya minyak tak panas sangat2 nie masa nie..haha..owh yaa...nie je picture yang ada..sebab yang lain dah kena makan nie..tak sempat nak snap!haha..




5. nie la rupanya bila dah dimakan!haha..nice kan...hihi...


Anda juga boleh celup telur lagi roti sebelum goreng tau! selamat mencuba!

Jom usha resepi lain pula...


Read more...

Monday, May 23, 2011

Pemenang SEGMEN KREATIF kini diumumkan!!!!

Assalamualaikum......

Apa khabar pengunjung MiSsZ GaRdEN?? Dah siram bunga di taman MiSsZ?? Hari ni missz nak buat pengunguman pemenang SEGMEN KREATIF!!!! Dah lama peram..



Walaupun hanya 7 orang peserta segmen kreatif, tapi dah pening kepala missz nak pilih pemenang, sebab semuanya hebat-hebat belaka... tapis punya tapis, last2 missz pilih 2 peserta yg terhebat.. tapi nak pilih juara tu, tak dapat gak...

Buntu betui nak pilih.. last2, missz pilihla seorang ni.. tapi, tak berani gak nak umum.. jadi missz minta tolong sorang bestfren maya missz iaitu cik lola @ cik muny.. missz bagi peluang kat cik muny untuk pilih pemenang bagi pihak missz.. hehe.. bagi penghormatan kat cik muny @ supporter missz garden sejak awal penubuhannya.. thanks ye cik!! luv u, baby!!

Dan akhirnya, keputusan telah diperolehi.. yag lebih menggembirakan missz, pilihan yg cik muny buat adalah sebijik dengan keputusan missz (sedangkan missz tak bagitau pun tentang pilihan missz tu).. nampaknye, pemenang tu memang sangat kreatif la.. tahniah missz ucapkan!! Puji dah menggunung tinggi.. tapi tak pula diumumkan pemanangnya,kan?? hehe...

okla.. tanpa membuang masa.. missz umumkan sekarang.. pemenangnya ialah............









jeng.. jeng.. jeng...

























anim

Tahniah2!! Hadiah dah siap.. nanti missz pos yer...

Kepada semua, sudi2 la melawat little shop missz yer... ada barang comei-comei untuk dimiliki!! Thanks sudi support missz..


Read more...

Sunday, May 8, 2011

Mai JOIN Pengkomen TerHEBAT di MiSsZ GaRdEN

Salam ...

MiSsZ teringin lak nak wat ni.. Jom JOIN ramai-ramai!!!
MUDAH sahaja... Jadilah Pengkomen TerHEBAT di MiSsZ GaRdEN!!


MiSsZ bagi tempoh 2 bulan (5.3.2011 - 5.5.2011)
Hadiah akan diupload kemudian gambarnya...

Setakat ni MiSsZ sediakan 3 hadiah.. Tapi kalau penyertaannya hebat dari pengunjung MiSsZ GaRdEN, hadiah akan ditambahkan jumlah dan nilainya..Marilah Join dengan seikhlas hati yer...

Terima kasih kepada yang sudi JOIN!! MiSsZ CAYANG kamu!!!

Untuk mengetahui rangking semasa anda, cek kat sidebar MiSsZ (Pengkomen TerHEBAT). Lagi banyak anda komen, lagi tinggi peluang anda untuk memenangi hadiah yang lebih menarik..

Ini adalah STiCKY NOTE, scroll ke bawah untuk baca entry terbaru...

Read more...

Saturday, April 30, 2011

Keputusan pemenang MiSsZ GaRdEN’s BIRTHDAY LUCKY DRAW

Kengkawan semua mesti dah tak sabar2 nak tahu keputusannya kan???

Ok, ni MiSsZ nak umumkan nama pemenangnya... Jeng..jeng.. jeng...



Untuk SEGMEN KREATIF pilihan anda, seperti dalam entry ni.. Pemenangnya ialah peserta no 6 iatu cik AZIE.. ramai pengundi dia.. hehe.. Cik Azie kita bakal menerima Keronsang rama-rama...

Bagi Pemenang SEGMEN KREATIF Pilihan MiSsZ pula.. tak leh nak diumumkan lagi.. kenapa?? Sebab MiSsZ tak berjaya memilih pemenangnya lagi.. huhuhu.. 7 peserta je.. tapi semua hebat2.. adeh.. family MiSsZ pun semua sibuk je skrg.. leh sabar kan menunggu.. hehe... sabar itu separuh dari iman...

Ok, untuk keputusan pemenang MiSsZ GaRdEN's BIRTHDAY LUCKY DRAW.. MiSSZ nak umumkan sekarang.. MiSsZ guna khidmat En. RAndom.org jer... Malas pulak nak cabut undi sendrik...

Pemenangnya ialah...


Kita tengok siapa yang kena!!!

Cek kat sini!! Hahha.. kejam tak MiSsZ?? agak kejam la,kan?? hehe..

So, kepada kedua2 pemenang birthday lucky draw ni, bagi alamat yer.. gelang glitter ni nak hinggap di tangan anda seberapa segera ni...

Opss.. kepada Azie, sila bagi alamat gak.. rama-rama nak terbang ke sana!!!


Read more...

Sunday, April 24, 2011

Keputusan pemenang MiSsZ GaRdEN’s BIRTHDAY LUCKY DRAW ???

Assalamualaikum.....

Mesti ramai ternanti-nanti akan keputusan MiSsZ GaRdEN’s BIRTHDAY LUCKY DRAW,kan?? Sorry2, MiSsZ bz sangat!! Birthday MiSsZ pun tak meriah.. huhuhu.. tak happy2 sangat pun.. tak sempat nak happy2..

MiSsZ belum wat cabutan lagi.. sebelum hujung bulan ni keputusan akan diumumkan.. Itu yg MiSsZ mampu janjikan.. sorry ye kawan2..

Untuk pertandingan SEGMEN KREATIF pun belum diadili lagi oleh MiSsZ sekeluarga.. semua kreatif2.. tak tau nak pilih.. Tapi keputusannya, pilih mana yg kami rasa paling kreatif lah yer..

Tapi,kan.... Macammana kalau pilihan MiSsZ tak sama dengan pilihan anda yer? Anda rasa mana yg paling kreatif?? Oleh sebab untuk SEGMEN KREATIF peserta2nya bersungguh2.. MiSsZ pun nak beri peeluang kepada pembaca2 blog MiSsZ GaRdEN yang tentukan pemenang SEGMEN KREATIF pilihan anda.. Tapi hadiahnya bukan gelang glitter tu.. itu yg pilihan MiSsZ.. untuk pemenang pilihan anda, dia akan dapat keronsang kecik 2 biji. setiap keronsang ada 2 rama2.. 4 beranak rama-rama semuanya.. 2 warna yg berbeza... hehe..

So,anda baca la semua entry2 kreatif mereka ni, kemudian bagi la pemenang pilihan anda kat ruangan komen entry ni.. kire macam undi la.. undi kat komen jer.. sms2 takde.. setiap orang pilih satu udah le.. banyak2 pening lak nak pilih nanti.. ajak le kengkawan mengundi sama yer... tunaikan tanggungjawab kita... sebelum 20 april la.. tepat 21 april, undian tidak dikira lagi.. pemenang pilihan anda boleh tau segera la kan.. tapi yg untuk pemenang pilihan missz, sebelum hujung bulan ni.. insyaAllah diumumkan dan hadiah sampai umah.. hehe... mana tau, kot2 pilihaan missz sama dengan pilihan anda.. bertuah si dia...

Jom, pilih siapa pemenang segmen kreatif pilihan anda!!

1. nabila
2. nana
3. anim
4. tiefazatie
5. mariah_smile
6. azie
7. Liyana Z


dah baca, tulis kat ruangan komen, anda pilih siapa tau..
Read more...

RESEPI TRIFFLE cik yaya

Resepi ini adalah sumbangan daripada Cik Yaya! Menarik, tertarik, kau memang da boom!! Tak mau cakap banyak lagi, jom usha cara nak buat Triffle cik yaya ni..



Bahan-bahan
• Kek span (pandan,vanilla coklat sukahati)
• Konyaku jelly
• Buah tin (strawberry, peach,kiwi dll.)
• Whipping cream (tak nak pun takpe)


Bahan-bahan Kuah Kastad
• 1 Susu cair jenama carnation or ideal (sukahati) haha
• 5 sudu gula pasir
• 1 cawan air
• 3 sudu tepung kastad
• Secubit garam


Cara membuat kuah kastad
• Didihkan 1 tin susu cair ,campurkan air, gula, dan boleh campurkan sedikit air dalam tin buah-buahan
• Bancuhkan tepung kastad tadi dengan sedikit air terlebih dahulu kemudian baru masukkan dalam campuran di atas
• Boleh tambah tepung kastad sekiranya kuah terlalu cair
• Kacau dengan api yang palinggggg perlahan supaya tidak berkerak
• Last sekali campak secubit garam utk menambahkan kelemakan. (WAJIB!)


Cara menyusun TRIFFLE SUKAHATI NI

• Potong kek span bentuk kiub atau sukahati yang penting boleh disusun dengan cantik dalam mangkuk pilihan anda
• Tuang konyaku jelly tp jangan tuang semua..sikit je tauu!(cara nak bancuh jelly tiru kat kotak yeee)
• Tabur buah-buahan dalam tin
• Kemudian tuang kuah kastad yang telah dibancuh tadi
• Tuangkan whipping cream, kuantiti ikut kesukaan anda
• Kemudian tuang konyaku jelly yang lebihan td
• Kalau ada lebihan kastad leh tuang lagi..kemudian susun buah-buahan strawberry, peach dan kiwi mengikut kreativiti anda.
• Kalau nak banyak lapisan boleh susun lagi kek lapis
• Kemudian letakkan di dalam peti. Sejukkan semalaman. Tapi kalau dah tak tahan lepas 3 jam leh belasah dah. HAHA




*tips triffle ini ialah mengikut kreativiti dan kesukaan anda untuk menyusunyaa..kalau tak minat whipping cream better jangan letak, kalau kurang minat jelly pun leh kurangkan. Tapi yang paling besh letak kuah kastad, kek lapis dan buah-buahan banyak pun dah cukup. SIMPLE is BETTER. No need semak-semak tapi tak sedap. HAHAHA.

*KALAU NAK CANTIK BUAT DALAM MANGKUK QUEEN ANNE OKAY!



Inilah hasilnya!!



Nampak sedap kan?? Marilah kita cuba resepi daripada cik yaya! Selamat mencuba!!

Jom usha resepi lain pula...


Read more...

Resepi Spageti version ifa

Resepi ini adalah sumbangan dari ifa... Cubalah, serius sempoi!! Tak payah nak remeh-remeh.. orang bujang memang berbaloi2 la buat.. hehe.. Sesuai gak untuk orang yang duduk di hostel atau rumah sewa yang takda banyak kelengkapan tu..



Ok, jom layan ifa yang ala-ala chef wan meneranagkan cara-cara membuatnya...

ok..firstly..sediakan bahan2..iaitu:

1. spageti..xkisah la korg nk gune yg halus ke..yg biasa ke..
2. bawang besar 1 biji
3. 2keping daging burger
4. 1batang lobak
5. 4biji cili padi
6. sedikit sos lada hitam
7. 2paket mushroom soup vono..
8. sedikit garam
9. air






ok..mule2..kite kena rebus la dulu spageti tue..mase rebus tue letak gak garam secukup rasa ok..hee..



n then kalu agak2 dah masak..korg tos-kn die ok..pastue..sile tumis bawang td..smpai sparuh garing..n then masukkan daging burger dan juga sos lada hitam..sos tue ikut korg la nk byk mane pun...ble tgk daging tue cm nk masak dh..masukkan lobak plak k..pastu tumis la sume smpi masak...




after dat..if korg tgk dh cukup masak..korg masukkan spageti yg dh siap tos td ok...pastu masukkan serbuk mushroom soup yg 2 paket td ngan sedikit air...jgn letak byk sgt air..nt xsedap la..korg agak2 la ok??..




after dat korg gaul la ia sampai sebati ok..dan hasilnye akan seperti pic di atas..hihihi..owh, ye..cili padi tue sllu ye sy cmpur je skali..sbb suke pedas kan..n nie kan resepi sendiri..so ikut sy la nk letak pe pun kan2..hihi..but xletak coz my sis n bro nk makan juga..so nt pedas sgt..cian dorg..korg leh gak letak kobis ke..n sayur2 lain yg sesuai..cm sy nie..sayur lain dh abes la..hihi..utk daging tue pun korg leh tukar letak sausage ke..fishball ke..ikut kesukaan masing2 la..




ok..pic di atas ialah spageti yg adek2 sy makan..without cilipadi..hihi..me punye ade cilipadi ok..hihi..xbest la kalu xberape pedas..hihi..=)

owh ye..spageti yg sy masak tadi cukup la utk dlm 6-7org makan..

Ok, terima kasih Chef Ifa!!! Kepada kawan-kawan semua, silalah cuba.. MiSsZ pun teringin nak cuba bila ada masa nanti.. Yummy!! Jom baca resepi yg lain pula.....


Read more...