try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Thursday, July 7, 2011

Resepi Apam gebu

Resepi adalah sumbangan daripada Cikgu Tie! Kalau petang-petang tak tahu nak makan apa, jom cuba resepi ni.. Gebu!! Apa yang gebu?? Apam gebu!! Kenyang makan.. cicah pula dengan kelapa.. nikmatnya...



• Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air
• Serbuk Eno(jika perlu)

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
2. Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
3. Kisar/blend nasi dengan air sampai betul-betul hancur
4. Campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
5. Biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
6. Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan (mengikut citarasa) dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu .




P/S****Jika suka apam merekah....masukkan serbuk eno ke dalam adunan ketika hendak mengukusnya.

sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

terima kasih Cikgu Tie atas resepi dan tips berguna ni... Selamat mencuba ye kawan-kawan...

0 comments: