try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Showing posts with label adab sopan. Show all posts
Showing posts with label adab sopan. Show all posts

Monday, February 21, 2011

3 soalan cepu mas..

Adakah anda seorang yang bijak?? Cuba jawab soalan cepu mas di bawah.. jawapan dah disediakan.. tapi sebelum tengok jawapan, cuba anda fikirkan dulu jawapan anda.. bandingkan dengan jawapan yang diberikan.. berapa yang anda boleh jawab??



Pemuda : Anda siapa dan adakah boleh menjawab pertanyaan-pertanya an saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Macammana?? Berapa jawapan yang anda betul? Terfikirkah anda macam mana nak jawab soalan tadi?? Jawab di ruangan komen yer..


Read more...

Wednesday, February 9, 2011

Simpulan Rindu...

Alamak, ada dinner dengan rakan sepejabat la.. Nak pakai baju apa yer? Tudung apa? Gaya tudung yang macammana yer?? Jangan kelam-kabut... Bawa bertenang wahai gadis ayu.. Meh sini baca entry ni.. masalah anda akan selesai dengan simpulan rindu...



Macam biasa la, MiSsZ minat baca NUR. Banyak tips2 menarik, gaya fesyen dan info-info penting boleh anda dapati dengan membaca majalah NUR.. Di sini, MiSsZ kongsikan gaya tudung ni.. agak menarik... Cuma kalau boleh, gunakanlah tudung yang lebar supaya boleh menutup dada. Ataupun pakai tudung dua lapis.. Ini cadangan MiSsZ je..
Camne caranyer? Meh tengok kat gambar ni..




Ok tak?? Senang je kan?? So takda masalah la nak kuar dinner.. Jom, saper nak belanja MiSsZ???
Read more...

Saturday, February 5, 2011

Fesyen Tudung

Salam..

Bagi seorang muslimah sudah menjadi kewajipannya untuk memakai tudung bagi menutup aurat. Dalam era moden ini, tudung digayakan dengan pelbagai fesyen. Justeru itu, kali ini entry ni berkaitan dengan fesyen tudung. Aku dapat kaedah memakai fesyen tudung ini dari satu majalah yang memang terkenal di Malaysia ni. Tak dinafikan, sesetengah gaya tudung ni tidak menutup bahagian yang sepatutnya dengan baik. Tapi kita perlu pandai2 ubahsuai la.. mungkin boleh buat cara Ustazah Siti Nor bahyah pakai tudung. Guna dua lapis. Walaupun bahagian luar kita singkatkan untuk jadikan macam dalam fesyen ni, masih ada lapisan dalam yang men'cover' yang sepatutnya.


OK, dah clear, kan? Selamat mencuba...

Read more...

Monday, January 31, 2011

Mutiara Kata Adab Sopan (Episod 1)

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi budi dan adab (Nabi Muhammad s.a.w.)

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya (Hamka)

Kata Hukama,"Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan (Hamka)

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya (Maksud hadis)

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapannya (Voltaire)

Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi (Hamka)

Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum (Aristotle)

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu (Hamka)

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti (Hukama)

Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati (Hamka)

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati (Imam Al-Ghazali)

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu (Aflatun)

Kata-kata yang  lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras (Hamka)

Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadab (Al- Ghazali Bayruni)

Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam (Budiman)

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya (Aristotle)

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya (Hamka)

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan yang lebih rendah darinya (Confucius)




Read more...