try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Sunday, April 24, 2011

RESEPI TRIFFLE cik yaya

Resepi ini adalah sumbangan daripada Cik Yaya! Menarik, tertarik, kau memang da boom!! Tak mau cakap banyak lagi, jom usha cara nak buat Triffle cik yaya ni..



Bahan-bahan
• Kek span (pandan,vanilla coklat sukahati)
• Konyaku jelly
• Buah tin (strawberry, peach,kiwi dll.)
• Whipping cream (tak nak pun takpe)


Bahan-bahan Kuah Kastad
• 1 Susu cair jenama carnation or ideal (sukahati) haha
• 5 sudu gula pasir
• 1 cawan air
• 3 sudu tepung kastad
• Secubit garam


Cara membuat kuah kastad
• Didihkan 1 tin susu cair ,campurkan air, gula, dan boleh campurkan sedikit air dalam tin buah-buahan
• Bancuhkan tepung kastad tadi dengan sedikit air terlebih dahulu kemudian baru masukkan dalam campuran di atas
• Boleh tambah tepung kastad sekiranya kuah terlalu cair
• Kacau dengan api yang palinggggg perlahan supaya tidak berkerak
• Last sekali campak secubit garam utk menambahkan kelemakan. (WAJIB!)


Cara menyusun TRIFFLE SUKAHATI NI

• Potong kek span bentuk kiub atau sukahati yang penting boleh disusun dengan cantik dalam mangkuk pilihan anda
• Tuang konyaku jelly tp jangan tuang semua..sikit je tauu!(cara nak bancuh jelly tiru kat kotak yeee)
• Tabur buah-buahan dalam tin
• Kemudian tuang kuah kastad yang telah dibancuh tadi
• Tuangkan whipping cream, kuantiti ikut kesukaan anda
• Kemudian tuang konyaku jelly yang lebihan td
• Kalau ada lebihan kastad leh tuang lagi..kemudian susun buah-buahan strawberry, peach dan kiwi mengikut kreativiti anda.
• Kalau nak banyak lapisan boleh susun lagi kek lapis
• Kemudian letakkan di dalam peti. Sejukkan semalaman. Tapi kalau dah tak tahan lepas 3 jam leh belasah dah. HAHA




*tips triffle ini ialah mengikut kreativiti dan kesukaan anda untuk menyusunyaa..kalau tak minat whipping cream better jangan letak, kalau kurang minat jelly pun leh kurangkan. Tapi yang paling besh letak kuah kastad, kek lapis dan buah-buahan banyak pun dah cukup. SIMPLE is BETTER. No need semak-semak tapi tak sedap. HAHAHA.

*KALAU NAK CANTIK BUAT DALAM MANGKUK QUEEN ANNE OKAY!



Inilah hasilnya!!



Nampak sedap kan?? Marilah kita cuba resepi daripada cik yaya! Selamat mencuba!!

Jom usha resepi lain pula...

4 comments:

AkieZecky said... Best Blogger Tips

yummyyy... cedapnye..

Liyana Z said... Best Blogger Tips

sedapnya! nak kena try nih! nyum!

cik muny said... Best Blogger Tips

siyes nampakm sdp!

pzah said... Best Blogger Tips

sungguh mengoda ku tgh mlm.hahaha.. nak try buat la nnt