try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Wednesday, April 6, 2011

Nur Hafiqah Zarissya yang diculik di Gambang telah selamat ditemui

Kanak-kanak ni telah dikatakan diculik oleh warga asing diGambang, Pahang telah ditemui.. Nampaknya, bukan warga asing yang ambil.. cuba baca selanjutya...



KUANTAN: Adik Nur Hafiqah Zarissya Mohd Nawawi berusia setahun sembilan bulan yang dilaporkan hilang lewat petang semalam, ditemui semula dalam keadaan selamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP, Mohd Jasmani Yusof, berkata kanak-kanak itu diserahkan oleh sepasang suami isteri kepada kakak ipar mangsa di tempat kanak-kanak itu dilaporkan hilang iaitu di kedai telefon bimbit milik ibu kanak-kanak itu di Jalan Kuantan-Gambang di sini.

"Pasangan berkenaan yang berada di Temerloh telah melihat laporan berita di televisyen pada 1.30 petang tadi berhubung kehilangan kanak-kanak ini dan menelefon pihak keluarga sejurus kemudian untuk mengembalikannya semula," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan baik ketika diserahkan oleh pasangan berusia 30-an berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, polis akan membawa kanak-kanak itu ke hospital bagi pemeriksaan.

Mohd Jasmani turut meminta pasangan berkenaan tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan bagi memberi keterangan lanjut berhubung kes itu.

Sementara itu, kakak ipar kanak-kanak berkenaan, Noorsyatina Shamsuddin, 23, berkata, dia menerima panggilan kira-kira 1.45 petang tadi sebelum pasangan berkenaan menyerahkan adik iparnya kira-kira 3 petang.
"Mereka kata mereka menjumpai Nur Hafiqah berseorangan pada waktu malam tanpa pengawasan di hadapan kedai berkenaan sebelum membawanya ke Temerloh," katanya.

Gambar sekadar hiasan (dari en. google)

Terdahulu, kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang dipercayai diculik kira-kira 7 petang semalam ketika bersama kakak iparnya dan seorang saudaranya berusia 10 tahun di hadapan sebuah kedai telefon bimbit milik ibu kanak-kanak itu.

P/s: ibu bapa dinasihatkan agar lebih berhati2 dalam menjalankan tanggungjwab anda.. bukan senang nak dapat anak weh!!! Biarpun anak kita tak secomei mia sara, dia tetap anugerah Allah pada kita..
Dah tersebut mia sara, teringin pulak nak wat entry pasai mia sara yg comei.. KLIK SINI!!

Klik Nuffnang ni yer,dont worry, ia akan dibuka di window lain.. Klik la, baca selanjutnye tentg iklan ni dengan hanya klik iklan di bawah...






2 comments:

AkieZecky said... Best Blogger Tips

alhamdulillah.. macam2 leh jadi sekarang.. jaga lah anak elok2 jgn biar je sorg2..

muny lily said... Best Blogger Tips

errr...sindiket culik2 skrg ni brleluasa..jga la anak baik2