try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Monday, March 21, 2011

Radiasi Jepun terhadap Malaysia

Walaupun telah didedahkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,bahawa pencemaran radioaktif di Malaysia masih berada di tahap normal dan terkawal, ada juga sesetengah masyarakat kita yg masih bimbang dan tidak mempercayai kenyataan yg diberikan oleh Datuk Seri Dr Maximus Ongkili ni.. Kalau anda masih lagi bimbang, jom kita ramai-ramai serbu ibu pejabat Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di Batu 24, Jalan Dengkil, Selangor! Percuma je kengkawan!! Jom-jom!! Dari kul 8 pagi- 6 petang.. Untuk keterangan lanjut, korang sambung baca artikel ni yer...



PUTRAJAYA: Orang ramai yang bimbang sama ada mereka terdedah dengan pencemaran radioaktif akibat pelepasan bahan cemar itu dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun, boleh menjalani pemeriksaan pengesanan sinaran secara percuma di Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata walaupun pencemaran radioaktif di Malaysia masih berada di tahap normal dan terkawal, tetapi orang ramai yang ingin membuat pemeriksaan, boleh berbuat demikian di AELB.

“AELB berpendapat orang awam tidak perlu melakukan pengesanan sinaran untuk mengesan pencemaran, namun jika orang awam ingin juga melakukan pemantauan individu, AELB bersedia untuk melakukannya secara percuma.

“Kemudahan perkhidmatan pengesanan sinaran ke atas individu itu dibuat mulai jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari di ibu pejabat AELB di Batu 24, Jalan Dengkil, Selangor sejak semalam,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman sesawang AELB, semalam.

Maximus berkata, Agensi Nuklear Malaysia yang turut dilengkapi dengan perkhidmatan analisis pencemaran makanan, juga menyatakan kesediaan mereka untuk menawarkan perkhidmatan itu jika diperlukan.

Mengulas mengenai keadaan di negara ini, beliau berkata, pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh negara menunjukkan paras normal sehingga pagi semalam iaitu 0.029 hingga 0.170 mikro Sievert per jam (uSV/jam.

Sumber: Berita Harian

4 comments:

cik lola said... Best Blogger Tips

ermmm..seram sihhhhhh :(

Mama Rayyan said... Best Blogger Tips

bahaya kan...takut lah..seb bek kat sini terkawal lg...huhu

cik lola said... Best Blogger Tips

brsyukur dgn rahmatnya

AkieZecky said... Best Blogger Tips

kat Malaysia dah kecoh nak wat logi nuclear.. agak2 kalo jadi cam Jepun apa ek jadi kat kita?