try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Sunday, March 13, 2011

Letupan di loji nuklear dan gempa bumi di Tokyo, Jepun

Kali ni MiSsZ nak bincangkan tajuk ni sebab one of my friends ada kat Jepun sekarang. Walaupun dia berada di Shinagawa, tapi dia leh rasa gegarannya.. Siap nyorok bawah meja katanya..Pada hari jumaat tu, dia terpaksa tidur kat office sebab keretapi stop operasi.. Ini MiSsZ kongsikan artikel mengenai gempa bumi dan letupan loji nuklear tu...



TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.

Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.
Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.

“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya.

Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.

Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada. – Reuters


Untuk artikel ni, kredit kepada beliau

TOKYO, 12 Mac – Kerajaan Jepun mengesahkan letupan di loji tenaga nuklear Fukushima Daini hari ini ekoran gempa bumi dan tsunami semalam.

Terdahulu agensi berita Jiji memetik polis tempatan berkata letupan dan asap kelihatan di loji tersebut – sehari selepas timur laut Jepun digegarkan dengan gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun.

Awal hari ini, kerajaan Jepun memberi amaran wujudnya cairan di reaktor nuklear yang rosak ekoran gempa bumi dan tsunami semalam, tetapi berkata, risikonya kecil.

Bagaimanapun Ketua Setiausaha Kabinet Jeoun Yukio Edano kemudian mengesahkan satu letupan dan kebocoran radiasi di loji tersebut.

“Kami sedang melihat punca dan situasi dan kami akan memaklumkan publik apabila kami ada maklumat lanjut,” kata beliau.

“Buat masa ini kami merasakan pengosongan kawasan dalam lingkungan 10 kilometer adalah wajar,” katanya.

Malah beliau juga berkata Jepun telah memperluaskan kawasan yang dikosongkan sekitar loji Fukushima Daini.

Beberapa jam kemudian kerajaan mengumumkan bahawa ia memutuskan untuk memperluaskan kawasan yang perlu dikosongkan sekali ganda kepada 20 kilometer.

Edwin Lyman dari Union of Concerned Scientists berkongsi keseriusan keadaan di pusat-pusat kemudahan nuklear yang dilanda gempa bumi dan tsunami, dan pilihan-pilihan yang ada bagi mengelakkan bencana nuklear.

Stesen TV NHK melaporkan bahawa beberapa pekerja cedera dalam letupan di Unit 1 loji tersebut.

Agensi berita Kyodo pula berkata, radiasi dikeluarkan setiap jam bersamaan dengan kadar yang dibenarkan bagi tempoh satu tahun.

Laporan msnbc memetik stesen Sky News dari Britain berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta tidak keluar rumah, tidak minum air paip dan perlu menutup muka mereka dengan topeng pernafasan ataupun tuala basah.

Operator-operator di Unit 1 loji Fukushima Daiichi telah mengesan kadar radiasi lapan kali ganda di luar dan 1,000 kali ganda di dalam bilik kawalan.

Dua reaktor telah hilang keupayaan mengawal tahap kedinginan dan cairan kemungkinan berlaku di salah satu reaktor disebabkan suhu terlalu tinggi, kata Ryohei Shiomi, seorang pegawai di suruhanjaya keselamatan nuklear Jepun.

Ketika bercakap kepada pemberita sebelum letupan, beliau berkata, jikapun ada cairan ia tidak akan memberi kesan ke atas mereka di luar kawasan 10 kilometer.

Kebanyakan daripada 51,000 orang yang tinggal dalam lingkungan kawasan bahaya sudah dipindahkan, kata Ryohei. – Reuters

Ini beberapa gambar kejadian ngeri tu...


Gambar yang terakhir ni nak tunjuk kesesakan di luar Stesen Keretapi Shinagawa, Tokyo (tempat kawan MiSsZ kerja).. Sesak sebab perkhidmatan keretapip ni terpaksa diberhentikan.. Bersyukurlah kerana kita masih hidup dalam keadaan selesa. Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kita semua. Amin...

26 comments:

muny lily said... Best Blogger Tips

ermmm..cik sngat risau dengn bencana tsunami ni..harap2 smnjung msia n sbh sarawak x kena .amin

princess villa said... Best Blogger Tips

hhurm .. dpt col adik gtaw TSUNAMI berlaku,time tuh lak sy ngh lepak kt area tepi pantai .. & bru perasan y ombak laut xcm selalu ..
takut y teramat ! terus gerak blik .. huhuhu

muny lily said... Best Blogger Tips

@~princess villa~ : kite jauhi kwsan laut sb tkut jd tsunami...mlg x brbau

iZzuDdin said... Best Blogger Tips

cam teruk je tsunami jepun tu...

muny lily said... Best Blogger Tips

@izzudin : bkn mcm tp mmg truk...ntah cm mana la nsib mangsa kat sana...lbh dasyat dr eceh rse nye bencana ni

xcyber said... Best Blogger Tips

kalau x salah am x leh kuar rumah kalau ade hujan.. sbb hujkan tu hujan asid leh bawak cancer and mcm2 penyakit.. am ade search and dpt sms dari ayah am =(

muny lily said... Best Blogger Tips

dngr dr internet cm 2 la..so lbh baik kite berwaspada

Azlina said... Best Blogger Tips

semoga malaysia dijauhkan dari bencana sebegitu...amin

FurBall said... Best Blogger Tips

kita patut syukur sbb negara kita tak kena dan bukan dalm lingkungan bencana..tak ma tragedi tsunami kat penang kedah berulang lagi..ish3

iZzuDdin said... Best Blogger Tips

erm,last2 skali rupanye sms tipu...tp napa la xprasan sms ni xde logik nye...

muny lily said... Best Blogger Tips

x tau ler pe pekdah nye org anta msg brantai cm 2...gilers kot

pzah said... Best Blogger Tips

agak teruk jgk tu tsunami kat jepun.. harap terhindar la dari semua tu..

muny lily said... Best Blogger Tips

@pizah : btol2...hurm..nsb baek ngra kite blom prnah dpt bencana seburuk 2

pzah said... Best Blogger Tips

@cik lola
harap dijauhkan la dr bencana mcm tu..tp kuasa Allah tak siapa yg tahu

muny lily said... Best Blogger Tips

@pzah : amin..smga kite ambil iktibar dr bencana yg mlnda

pzah said... Best Blogger Tips

cik lola: harap gitu la. stiap bencana tu kena la ambik iktibar..jgn sambil lewa je :)

muny lily said... Best Blogger Tips

stju....sikap smbil lewa blh bwa malapetaka

pzah said... Best Blogger Tips

cik lola: tu la.. jadi setiap yg jadi kena ambik iktibar..

muny lily said... Best Blogger Tips

tp diorang punye teknologi best giler..dpt detect bencana dr awal..

pzah said... Best Blogger Tips

mmg x boleh dinafikan yg teknologi negara diaorg canggih

MiSsZ said... Best Blogger Tips

@iZzuDdin

MiSsZ setuju dengan cik lola, bukan macam, tapi memang teruk!! Harap semua makin selamat la sekarang..

MiSsZ said... Best Blogger Tips

@~ princess villa ~

Awak tengah lepak kat pantai mana waktu tu... seram missz dengar.. jauh2, tak mau main kat pantai..

MiSsZ said... Best Blogger Tips

@xcyber

MiSsZ pun dapat sms tu.. tapi kat malaysia tak kena la radiation tu,... tapi kalau risau gak leh pi cek tahap radiasi kita.. jom2..

MiSsZ said... Best Blogger Tips

@LyNn'Azlina

Stuju2. MiSsZ aminkan gak.. Amin

AkieZecky said... Best Blogger Tips

kita kena renung disebalik kejadian.. kita kena bersyukur berada di bumi Malaysia yang jauh dari bencana alam..

meoww cat said... Best Blogger Tips

semua tu kuasa Allah...setiap musibah,mst ade hikmah disebaliknya...