try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Thursday, March 10, 2011

Karya: Mengharap Cahaya Semalam 2

Alhamdulillah, Program Rakan Alam Sekitar anjuran gabungan Sekolah Sains dan Teknologi dan Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat telah berjalan dengan lancarnya. Program seumpama ini julung-julung kali diadakan di UMS, tambahan pula yang memerlukan kerjasama dua sekolah. Program hanya berlangsung 3 hari, tetapi penyediaan yang perlu dilakukan mengambil masa hampir satu setengah bulan. Mata aku ni pun dah satu setengah bulan la tak lena tidur. Dua minggu ni, memang aku bersengkang mata, pulun habis-habisan. Teringat pula masa zaman-zaman sekolah dulu, last-last minggu nak peperiksaanlah baru nak bersungguh-sungguh mengadap buku pelajaran. Otak dah macam mesin fotostat je. Semua subjek nak disumbat dalam otak, nasib la tak jam. Kalau tak, sedang berbahagialah aku di Hospital Bahagia. Program Rakan Alam Sekitar ni memang aku bagi tumpuan lebih, maklumlah, penyelia projek PhD aku ni antara orang besar dalam program ni. Jadi, anak buahnya kenalah bertungkus-lumus lebih. Nak jaga nama baik penyelia la katakana. Lagipun, inilah masanya aku nak timba pengalaman. Ramai pensyarah-pensyarah yang berpengalaman terlibat dalam program ni. Banyak juga idea-idea tambahan yang aku dapat untuk majukan projek penyelidikan PhDku ini. Untung-untung boleh habis study cepat.



“Zie, tak puas lagi ke? Awak nak sambung tiga, empat hari lagi ke?”. Dr. Azlan entah dari mana datangnya, tiba-tiba je muncul depan aku. Nasib baikla aku takde lemah jantung. Kalau tak, arwah la aku hari ni.

“Dr. Lan! Terkejut saya. Ishk Dr., cukup-cukuplah. Ni pun saya dah tak sabar-sabar nak balik rumah,” balasku.

“Tak sabar nak balik? Termenung panjang saya tengok tadi. Ingatkan awak tak puas lagi nak menguruskan program ni,” kata Dr. Azlan sambil membelek-belek kertas di atas mejaku.

“Sabar je la Dr. ni,” balasku sambil tersenyum malu. Nak jawab macammana lagi nak cover malu. Hehe…

Dr. Azlan antara orang penting dalam program ini. Dialah yang banyak beri sumbangan idea dan tenaga. Dia pelajar PhD di Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat. Baru dua minggu lepas Viva PhD. Memang diakui oleh semua orang, Dr. Azlan memang hebat. Bayangkanlah, dalam sibuk-sibuk menguruskan program ni, dia boleh buat persediaan Viva. Tiada pembetulan untuk tesisnya. Kagum betul aku dibuatnya. Pandai, tapi tak berlagak. Aku panggil Dr. Lan pun dia tak bagi. Dah nak setaraf katanya, tak perlu gelaran Dr. Tapi aku ni belum tentu dapat hantar tesis lagi. Setakat bab 1 dan 2 je yang dah buat. Dr. Lan ni anak buah kesayangan Dr. Kamal. Dia seorang yang suka tersenyum tapi serius apabila bekerja.

“Di sini rupanya kamu. Bagitau yang lain, saya nak belanja kamu semua makan malam esok. Sebut saja nak makan di mana, Kenny Rogers? Secret Recipe? Pizza Hut? Big Apple? Semua boleh. Kalau kamu semua tak tolong saya uruskan program ni, mati saya, Kamal, Arif dan Lan ni. Tak begitu, Lan?”. Dr. Hafiz menepuk-nepuk bahu Dr. Azlan.

***************************************************************************
Aku menghenyakkan tubuhku di sofa. Kek chocolate indulgence dah terbayang-bayang di depan mata. Sedapnya… dah lama tak makan. Rindu!!

“Wah! Apa senyum-senyum ni? Dapat sms dari secret admirer lagi ke?” sergah Lina, housemate baruku. Orang KL, baru 3 bulan menyewa di rumahku.minah ni nampak ganas, tapi baik hatinya. Dengannya, kadang-kadang aku berkongsi cerita. Ada juga yang perlu ditapis. Bukan semua boleh dikongsi. Suami tak boleh dikongsi, nauzubillah… Tapi ada je wanita yang bahagia berkongsi suami. Aku kagum betul dengan wanita yang mampu berkongsi kasih saying suami. Lelaki, bab poligami ikut sunnah Nabi kononnya, tapi yang lain tak diikutnya.

“Ishk ko ni, tak bagi peluang langsung la. Malam esok aku dapat makan free, Secret Recipe…Yummy. Dr. Hafiz nak belanja kami satu kumpulan makan kat 1 Borneo,” kataku sambil mengangkat kening, gaya macam Ziana Zain pun ada.

“Ala, ,aku ingatkan ko dah dapat tau siapa secret admirer ko tu,” rengek Lina sambil menarik muka masam. Masam sebab hampa tidak terbongkarnya identiti secret admirer aku atau sebab jealous aku dapat makan free Secret Recipe, Allahhu’alam.

Secret admirer? Memang wujud secret admirer atau ada yang nak mengenakan aku, aku pun tak tahu. Yang aku tahu, aku dah rimas dengan sms-sms yang tak diketahui pengirimnya, memenuhi inbox Sony Ericsson C902 aku ni. Nasib baik space besar, tak payah nak padam-padam. Budak-budak ni bukan boleh percaya sangat. Manalah tahu kot-kot ada yang nak try test cuba wat aku perasan. Sorry la beb, aku dah tak layan benda-benda ni. Tak kuasa aku nak balas sms-sms ni. Tapi kadang-kadang aku tertarik hati pada sms tu. Kata-katanya sopan, kononnya ingin mengenaliku. Kadang-kadang ada kata nasihat dan kata hikmat. Tetapi tak pernah pula dia menelefon. Itu yang lebih menguatkan agakanku yang dia hanya ingin mempermainkanku. Takut aku mengenali suaranya, mungkin.
************************************************************************
Seronoknya malam ni. Baik sungguh Dr. Hafiz, siap tapaukan aku Chocolate Indulgence dua slice lagi. Ni yang buat aku sayang kat dia ni. Haha.. Dah-dah, jangan nak mengarut. Asal cakap sayang je, mesti ada yang nak fikir bukan-bukan nanti. Aku gurau je lah.

“Dayang sayang kamu,” ya, macam lagu Dayang Nurfaizah tu. Rezeki kaulah Lina. Rugi Mira, aku dah pesan minggu ni jangan balik rumah, aku nak bagi kek Secret Recipe. Tapi nak balik juga. Kalau dia ada, seronok sangatlah ni. Mira memang hantu kek.

Tret..tret… Sms dah sampai. Mamat ni lagi ke? Apa pula madah pujangga untuk malam ini? Kalau aku kumpulkan madah-madah mamat ni, boleh juga buat koleksi madah cintan-cintun, jiwang berkarat-karat. Sekarat rambut artis-artis Malaysia zaman ni, bangga betul dengan rambut karatnya. Kalau rambut karat, boleh bawa solat ke? Ishk, aku ni mengutuk orang pula. Ya Allah, minta simpanglah kaum kerabat aku dari perangai-perangai yang macam tu. Amin.

‘Salam. Ke hadapan saudari Zie yang dirindui. Saya benar-benar ikhlas ingin mengenali Zie dengan lebih dekat. Saya minta maaf jika sms ini mengganggu Zie. Zie tidak pernah membalas sms saya. Adakah Zie telah berpunya? Boleh kita berkawan? Saya benar-benar ingin menjadi kawan baik Zie. Harap balas.’

Mak oi! Panjang pulas sms mamat ni. Selalunya bagi madah je. Tak pun tanya khabar aku, aku buat apa, tak pernah pula dia jadi polis, soal aku macam-macam dalam satu sms. Buang tebiat ke dia malam ni? Potong mood aku je. Aku meletakkan telefon bimbitku di katil lalu menyalin pakaian tidur.

Tret.. tret…
‘Salam. Zie tak tidur lagi, kan? Kenapa tak sudi balas sms saya? Saya ikhlas nak berkawan dengan Zie. Tolong reply sms saya, Zie.’

Adeh, mamat ni. Aku malas nak layanlah. Ko ni nak try power ke? Aku try power aku nanti, baru kau tau. Nak balas ke tak balas ek? Balas, tak balas, balas, tak balas, bisikku sambil mengira jari di tangan. Balas!! Balas ek?!

‘Salam. Siapa ni? Saya tak sms dengan orang yang tak dikenali’. Pantas sahaja jari-jemariku menari-nari menekan telefon bimbit. Belum sampai 10 saat aku membalas smsnya, dah dapat balasan smsnya.

‘Terima kasih. Kita berkawan ya. Saya ingin mengenali zie dengan lebih rapat lagi.’

Sejak malam itu, ada sahaja topik yang disuarakannya melalui sms. Biarpun aku tidak membalas, dia tidak jemu-jemu berceloteh. Apa konflik yang berlaku dalam hidup sehariannya dikongsi bersama. Mr. A, Mr. B, Miss A, Miss B, cara dia menceritakan perihal rakan-rakannya. Kadang-kadang aku tertarik juga untuk membalas smsnya. Tapi, aku jual mahal selalu. Dalam 10 smsnya, satu aku balas.
************************************************************************
Hari ini aku rasa sangat tertekan. Sampel eksperimen yang aku sediakan sejak dua minggu lalu terbakar dalam oven makmal. Yang aku geram, aku dah siap tampal memo depan oven, “JANGAN masukkan sampel lain ke dalam oven dan JANGAN UBAH suhu oven”. Nak kata tak faham Bahasa Melayu, aku dah buat dwibahasa. Tak kan nak suruh aku letak Mandarin dan Tamil sekali gus? Tiba-tiba mamat ni sms. Tergerak hati pula aku nak mengadu padanya. Ya Allah, nasihat mamat ni macam kaunselor. Sedap hati aku dengar ayat dia. Semua positif.

Sejak hari itu, kami berkawan baik. Masalah yang aku alami, aku kongsi bersamanya. Masalahnya dikongsi denganku. Sehinggalah suatu hari, dia mengajak aku untuk berjumpa. Aku tak terfikir pula nak keluar dengannya. Lebih selesa berkawan macam ni. Namun, setelah banyak kali dia mengajak, banyak kali pula aku menolak, dan banyak kali juga dia merajuk, akhirnya aku bersetuju juga untuk berjumpa. Tetapi aku menetapkan syarat. Perjumpaan ini hanya di Kafeteria UMS. Takut juga aku nak berjumpa di luar. Manalah tahu, malang tak berbau. Dalam suratkhabar, hari-hari melaporkan ada jenayah berlaku di Malaysia.
************************************************************************
Berdebarnya aku pagi ni. Tepat 8.50 pagi Sabtu, aku dah selamat parking kereta di parking lot depan Kafeteria UMS. Sengaja aku datang awal. Lagi aku tunggu, lagi seram aku rasa. Macam nak jumpa hantu Jangan Pandang Belakang lagaknya. Aku mengambil tempat di meja hujung. Tiba-tiba aku nampak kereta Dr. Hafiz lalu di hadapan Kafeteria. Dr. Hafiz ke?? Tanganku makin sejuk.

To be continue………….


Sabaq noh tunggu sambungannya.. MiSsZ takda mood menulis lagi la ni.. dok serabut pikir projek Rahsia..

17 comments:

iZzuDdin said... Best Blogger Tips

dah abis baca... =)
missz penah g sabah ke?

Find your property here said... Best Blogger Tips

hehe thx missz..

xcyber said... Best Blogger Tips

missz , waaa.. dah boleh bace nih..
suke2!!

muny lily said... Best Blogger Tips

blh msok kontest karya or cerpen ni misz...smga sukses

xcyber said... Best Blogger Tips

ciklola : kita kne bg support kat cik missz kita nih

muny lily said... Best Blogger Tips

yepp.mana la tau kan misz da rezeki jd penulis trhebat..kami blh la jd pengomen terhebat plak :)

iZzuDdin said... Best Blogger Tips

erm,xnk la jd pengomen...nak jadi editor missz pulak...

ble share2 royalty =)

MiSsZ said... Best Blogger Tips

@iZzuDdin

MiSsZ tak pernah pi Sabah.. await tanya macam tu??

MiSsZ said... Best Blogger Tips

@Find your property here

U r welcome.. tapi kenapa ucap thanx yer??

Sorry MiSsZ lambat reply.. MiSsZ ada hal sikit...

MiSsZ said... Best Blogger Tips

@cik lola

InsyaAllah, makasih Cik.. awak dah memang pengomen terhebat dah.. ada tak yg mampu rampas tahta cik ek??

MiSsZ said... Best Blogger Tips

@iZzuDdin

Tu dia, nak jadi editor tu..

Ni tugasan pertama:

1. Dah dapat teka siapa SecretAdmirer Zie??

2. Apa yang terjadi kat cafe tu nanti??


Jeng.. jeng.. jeng..


Sape leh jawab dengan betui ni??

muny lily said... Best Blogger Tips

@izzudin : t dapat royalty dr misz jgn lupa blnja cik kfc ek..dpt kepak ayam pun ok dah :)

muny lily said... Best Blogger Tips

@misz : t ble brpeluang misz wat la lwtn g sbh sama2 bloggger..t boleh cik join..

iZzuDdin said... Best Blogger Tips

missz >> bagi tempoh sampai ujung minggu tau...hehe...klu btl ble hire jd editor x =p

iZzuDdin said... Best Blogger Tips

cik lola >> jgn kata kepak...abis 1 ekor full tu pun ble...

muny lily said... Best Blogger Tips

@izzudin...ok t cik tntut..jgn nyesal tau

pzah said... Best Blogger Tips

la.. bersambung lagi ke? cpt2 sambung