try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Monday, February 14, 2011

Solat Sunat Rawatib






Solat sunat Rawatib adalah solat sunat yang dilakukan sebelum/selepas solat fardhu lima waktu. Di sini MiSsZ senaraikan solat sunat Rawatib:
  • Dua rakaat sebelum Subuh
  • Dua rakaat sebelum Zohor
  • Dua rakaat selepas Zohor
  • Dua rakaat sebelum Asar
  • Dua rakaat selepas Maghrib
  • Dua rakaat sebelum Isyak
  • Dua rakaat selepas Isyak
Solat sunat yang berwarna merah adalah merupakan solat sunat Muakkad. Apa itu solat sunat Muakkad? Solat sunat Muakkad ini ialah solat sunat yang digalakkan untuk dijadikan amalan seharian.

Macammana nak lakukan solat sunat Rawatib ni? Caranya sama je seperti cara kita solat Subuh, bezanya:
  • Kita tidak perlu membaca doa Qunut
  • Tidak perlu membaca Azan dan Iqamat.
  • Tidak dilakukan secara berjemaah
  • Suara tak perlu dinyaringkan
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya setiap amalan dimulakan dengan niat”. Oleh itu MiSsZ senaraikan niat-niat solat sunat Rawatib ni.

Niat Solat sunat Subuh:

Niat solat sunat sebelum Zohor:

Niat solat sunat selepas Zohor:

Niat solat sunat Asar:

Niat solat sunat Maghrib:

Niat solat sunat sebelum Isyak:

Niat solat sunat selepas Isyak:

Diharapkan semua pembaca akan menjadikan solat sunat Rawatib ini sebagai amalan seharian. MiSsZ hanya memberi peringatan untuk diri MiSsZ dan rakan-rakan.. Bak kata Ustazah Siti Nor Bahyah, “ANDA BUAT, ANDA DAPAT”...

3 comments:

cik lola said... Best Blogger Tips

thx for da share...cik agak konpius jugak psl solat nih...nsb baek sunat..klau x kompem cik brganda2 dosa sb tnggl

xcyber said... Best Blogger Tips

Thanks 4 share ek..

AkieZecky said... Best Blogger Tips

bagus2.. sharing is caring