try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Wednesday, February 9, 2011

Adakah cinta memerlukan sebab???

Salam...

Adakah anda pernah menyintai seseorang? Jika anda telah berkahwin adakah anda menyintai isteri/suami anda? Atau jauh di lubuk hati anda, anda masih menyimpan rasa cinta anda pada dia yang tidak berjaya anda miliki?? Mengapa anda menyintai seseorang? Boleh anda jelaskan? Mari kita rungkaikan mengapa bibit-bibit cinta berjaya disemai dalam diri...




Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Melalui kisah ini, masih bolehkan anda jelaskan mengapa anda menyintai si dia? Jika anda masih mempunyai sebab, mungkin cinta anda tidak akan kekal...

MiSsZ pun ada pengalaman seperti kisah ini. Seorang kawan MiSsZ mempunyai seorang abang yang isterinya lumpuh akibat sakit kanser. Walaupun bertahun lamanya, namun abangnya masih setia melayan isteri. Semua pekerjaan di rumah diselesaikan oleh abangnya. Walaupun masih muda, namun abangnya masih setia melayan kerenah isteri yang kadang-kadang agak baran akibat kekecewaannya tidak mampu melakukan sesuatu dengan sendiri. Aku begitu kagum dengan abangnya. Masih ada lagi lelaki seperti itu di dunia ini. Nak dikatakan isterinya kaya, tidak juga. Nak dikatakan cantik, kaki tidak berfungsi lagi.. YaAllah, kau berkatilah hidup mereka..

Anda ada pengalaman seperti ini?? Mari kita kongsi bersama di ruangan komen. Sharing is caring, kan?? Hehehe.. Thanks pada sahabatku yang mengirimkan kisah ini di email. Love u...

8 comments:

muny lily said... Best Blogger Tips

kita jdikan cinta para aulia allah dan nabi terhadap isteri mereka...cinta brlndaskan sbb tidak kekal lama ..cinta seikhlas hati ,insyaallah akan kekal abadi

xcyber said... Best Blogger Tips

betul ckp cik lola.. am stuju sngt2

pzah said... Best Blogger Tips

mencintai seseorg x memerlukan sbb tp lakukan dan cintailah seseorg tu dgn ikhlas

muny lily said... Best Blogger Tips

@xcyber : thx am...just pndpt cik yg serba naif

muny lily said... Best Blogger Tips

cinta yg perlu sb ni kompem cnta krna hrta , rupa n pangkat je

pzah said... Best Blogger Tips

cik lola: cinta yg memerlukan sbb tu x mungkin bertahan lama kot

muny lily said... Best Blogger Tips

ape2 pun jodoh ditngn tuhan

pzah said... Best Blogger Tips

ye.. btl tu :)