try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Wednesday, February 9, 2011

Anda nak diet?? Ini RAHSIAnya...

Salam...
Anda inginkan diet yang sebenar? Mahu makan tanpa membahayakan kesihatan? Kita makan untuk hidup, tetapi kalau makan dengan cara yang salah akan mendatangkan mudarat kepada diri kita sendiri... Ramai gadis yang inginkan badan yang menarik akan mengamalkan diet. Diet bagi mereka didefinisikan dengan pelbagai bentuk. Ada yang mengamalkan diet seimbang dengan mengikut nutrien yang diperlukan (walaupun kadang-kadang terkandas apabila berhadapan dengan makanan yang lazat dan free). Ada juga yang sanggup memuntahkan semula makanan selepas makan (supaya berat badan mereka tetap maintain). Patutke?? Kalau inginkan cara diet yang sebenar, mari kita ikuti diet Rasulullah, insyaAllah... berkesan!!! Anda tidak akan sakit perut atau keracunan lagi. Mari kita selongkar rahsia diet yang mantap ini...




1. Jangan sesekali makan SUSU bersama dengan DAGING/IKAN/AYAM/CUKA/BUAH (Contohnya macam koktel)
Di sini MiSsZ sertakan gambar yang sesuai. Kerana pembelajaran melalui gambar, boleh membantu dalam meningkatkan ingatan tentang sesuatu info. Kalau nak buat nota penting bagi pelajar-pelajar sekolah, gunakan gambar dan pen yang berwarna. Ia mampu meransang ingatan.

2. Jangan sesekali makan IKAN bersama dengan DAGING/TELUR/DAUN SALAD
Tapi biasanya, kalau pergi kenduri, lauk ikan dan daging dua-dua sedap. Nafsu makan pun naik. ”Dah la free, kalau tak melantak dua-dua sekali rugi nanti”, bisikan syaitan pasti menghantui anda, betul tak??? Kalau sayang badan, jaga nafsu makan tu!!

Ikan dan telur pun tak boleh makan serentak.. Nanti jadi pergaduhan pulak. Ikan dan telur, dua-dua kata mereka yang datang dulu.. Mana yang datang dulu, telur atau ikan? Telur berasal dari mana? Perut ikan kan? Tetapi ikan tu pula berasal dari telur? Jadi yang mana datang dulu? Anda rasa?? Hehehe.. jangan kusutkan fikiran. Yang mana datang dulu pun tak apa, dua-dua kita boleh makan. Cuma jangan makan bersama-sama. Nanti mereka gaduh dalam perut. Kalau anda nak makan ikan, anda jangan makan spesis telur pada waktu makan yang sama..

3. Jangan sesekali makan MAKANAN LAUT (ikan/udang/sotong dan kawasan2 yg sama waktu dengannya) bersama dengan MAKANAN DARAT (Ayam/ daging)
Penerangan yang boleh diberikan melalui kajian saintifiknya ialah daging ayam mengandungi ion positif manakala ikan mengandungi ion negatif. Oleh itu, jika makanan ini bercampur, ia akan menghasilkan tindakbalas biokimia yang mampu merosakkan usus kita.

4. Jangan sesekali tinggal makan malam.
Ini kerana kolestrol dalam badan akan berganda dan kita akan nampak lebih TUA dari umur sekarang. Tetapi yang ini saya tak tahu penerangan saintifiknya.. Tapi janganlah makan lewat malam pula.

5. Sila makan buah sebelum makan nasi. BUKAN SELEPAS makan nasi!!!

Mungkin ramai yang tidak mengetahui fakta ini. Buah ni orang kata dessert, iaitu pencuci mulut. Maknanya, pencuci mulut ni makan last, iaitu dah habis kita makan makanan berat. Tetapi melalui makan mengikut kaedah Islam, BUAH ni pembuka mulut. Hehehe.. Pembuka santapan. Seingat MiSsZ, MiSsZ pernah baca ada kajian menyimpulkan kalau makan buah selepas makan nasi, akan hilang semua zat yg terkandung dalam buah. Kita hanya akan kenyang makan buah, tetapi tidak mendapat zatnya. Oleh itu, makanlah buah sebelum makan nasi. Cuba ubah stail makan anda ya...

6. Sila tidur 1 jam selepas makan tengah hari.


Ok, selamat mencuba!!!

6 comments:

muny lily said... Best Blogger Tips

mkn mlm seeloknya pkol 6 ptg..tp kite org mlyu ni len skt..makn men bedal je

pzah said... Best Blogger Tips

hehe.. nak cuba test try.. wuuuu..

muny lily said... Best Blogger Tips

dpt result jgn lupe bgtau cik tau

pzah said... Best Blogger Tips

hehe.. kalau la dpt bertahan dgn tips ni sbb x boleh nak kawal nafsu mkn.hehe

muny lily said... Best Blogger Tips

hahaha..msia kn kya dgn mknn

pzah said... Best Blogger Tips

hehe.. sbb kaya dgn makanan la ssh nak kwl pemakanan