try je

Klik anak burung yang paling bising ni.. Churp.. Churp...

BARANG BAIK DI CHURP-CHURP!!

KLIK dan BAGITAU MISSZ!!

P/s: KLIK je dan iklan akan keluar di window baru.. tak jejaskan window yang sedang anda buka!!


Saturday, February 26, 2011

Alhamdulillah... MiSsZ menang 2nd prize My Tinker Space Give-Away

Salam semua...

Pertama sekali MiSsZ nak bersyukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah rahmatnya, MiSsZ telah tersenarai antara yang bertuah dalam GiveAway anjuran My Tinker Space




Alhamdulillah, MiSsZ dapat 2nd prize.. nak tengok hadiahnye?? Ni dia...




Surprise...











Pagi hari ni, MiSsZ bz sangat... Pagi-pagi lagi dah temankan makcik MiSsZ ambil anak perempuannya di UiTm Sri Iskandar, Perak.. Petang ni baru cek email.. Tengok-tengok ada msg dari Kak Aisyah, bagitau MiSsZ dapat 2nd prize. Seronok sangat-sangat.. Semoga Allah murahkan rezeki Kak Aisyah, dan rezeki MiSsZ jugak.. hehe...

Tak sabar nak tunggu hadiah sampai... Gud luck to all my friends...

P/s: esok MiSsZ tak dapat nak update pagi, MiSsZ nak gi jumpa kawan-kawan lama MiSsZ. Mereka dah abis study. Lepas ni, masing-masing balik ke rumah sendiri. Susah nak jumpa lagi. Jadi esok kami nak jumpa, nak lepas rindu abis-abis..

Malam esok kita jumpa lagi yer, InsyaAllah...








Read more...

Wednesday, February 23, 2011

kaset lama jangan dibuang...

Siapa ada simpan lagi kaset lama?? Kalau ada boleh la buat macam gambar yang MiSsZ nak tunjukkan ni.. Jom tengok...




Kreatif bukan?? Siapa sangka ia diperbuat daripada tali kaset? Kuasa Allah menciptakan manusia yang memiliki akal fikiran yang begitu kreatif.


Read more...

Tuesday, February 22, 2011

Katil idaman raja sehari

Bagi pasangan raja sehari, bilik tidur mereka dihias cantik dengan bunga-bunga. Tapi setelah seminggu atau sebulan atau setahun berkahwin, bilik tidur idaman dah kelihatan suram jer. Tapi kalau anda memiliki katil yang unik dan menarik, biarpun telah berpuluh tahun, bilik tidur tetap nampak ceria... jadi pemilihan katil adalah penting.. Jom tengok koleksi pertama katil-katil untuk pasangan yang telah berkahwin...



Ni katil buaian.. bertuah badan, dah besar-besar pun leh naik buaian.. Siap leh tidur pula tu...



Bagi mereka yang memiliki rumah yang kecil, elok r guna set katil ni, jimat ruang..


Wow, tilam rumput tu.. harap-harap tak miang la. Kalau miang, orang lain sedap tidur, kita terpaksa menggaru pula nanti.


Ni pun katil buaian, tapi version kecil..nak jimat budget...


Cantiknyer, tapi jangan burung tumpang sudah... maklumlah, dah macam sarang burung je katil ni.


Uniknye, macam kolam renang pun ada..


Kombinasi warna yang menyerlah. Tak jemu mata memandang. Gaya katil moden ni.. tapi kalau terhantuk kat bucu tu, tak tidur malam nanti...


Berkonsep kotemporari.. terpikat tak?? Katil yang mempunyai kuasa apungan.. Prinsip pe dia pakai ni?? Budak-budak Sains SPM, sila jawab yer...


Kalau ada la bilik tidur camni... menghadap pemandangan indah macam ni.. kalau tidur dalam kotak pun tenang kot. Hehehe... Unik katil ni, dah macam bakul jer...


Kalau tidur lesak boleh terhantuk ni. Macam kolam renang pun ada, kan?



Pencinta alam sekitar leh beli katil ni.. tapi kalau tiba musim luruh camna?? Boleh tidur ke? Pastikan tingkap bilik sentiasa tertutup. Takut burung masuk dan menetap di sarang tu... menangis malam nanti kena tidur kat lantai..hehhe...


Katil kaki spring??? Slalu MiSsZ jumpa tilam spring jer... ni kalau salah seorang berisi badan ni, mau senget jer ni... selesa ke tidur?? Kalau ni fesyen jer spring takpe la...kan???



Puas hati ngan koleksi katil kelamin MiSsZ?? Dah ada yang berkenan ker? Jangan order kat MiSsZ pula.. MiSsZ tak jual.. kalau tak puas lagi nak tengok gambar-gambar katil cute.. tunggu.... ada lagi collection MiSsZ.. terutamanya untuk yang single macam MiSsZ...


Read more...

Monday, February 21, 2011

Dua hantu bersahabat...

Nak tahu lawak hantu?? Jom baca ni...



Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.


Read more...

3 soalan cepu mas..

Adakah anda seorang yang bijak?? Cuba jawab soalan cepu mas di bawah.. jawapan dah disediakan.. tapi sebelum tengok jawapan, cuba anda fikirkan dulu jawapan anda.. bandingkan dengan jawapan yang diberikan.. berapa yang anda boleh jawab??



Pemuda : Anda siapa dan adakah boleh menjawab pertanyaan-pertanya an saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Macammana?? Berapa jawapan yang anda betul? Terfikirkah anda macam mana nak jawab soalan tadi?? Jawab di ruangan komen yer..


Read more...

Sunday, February 20, 2011

Siapa lagi sedih??

Bayangkan anda tinggal di tingkat 60 rumah flat. Suatu hari, lif rosak.. Camana nak balik rumah?? Sanggup naik tangga?? Mari kita tengok cerita 3 sahabat ni nak naik rumahnya guna tangga....



Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di
sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat
bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.
Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik
padam dan lif tidak berfungsi....

si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?

si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila
agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi
kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita
lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita
serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga
untuk ke tingkat 60.


si A mula bercerita....

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku

membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari

kecil
aku....bla bla bla bla bla.....



Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh
leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka

berhenti

sekejap
bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian

mereka

kembali memanjat sambil si B pula bercerita....


si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu

bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang

sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak

bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4

orang...bla bla bla bla......


Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B

dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje

lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula

menyampuk


si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi

sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?

si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...

si B : cerita aje le....kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM

KERETA....UWAAAAAA


Hehehe.. Sian... Cerita siapa yang paling sedih? Tapi, kalau anda jadi mereka, anda akan naik guna tangga? Atau anda melepak di rumah kawan-kawan yang lain??? Tak pun tidur kat masjid je,kan??? Mana-manalah Labu...


Read more...

Petua tak perlu basuh kereta untuk setahun, tetapi kereta anda menjadi lebih menarik...

Anda jenis yang malas basuh kereta?? Tapi anda tak sanggup orang lain kutuk kereta anda sangat hodoh.. Atau anda bimbang orang akan mengeluarkan ayat-ayat ini kepada anda???

• “Harap muka je ensem/cantik, kereta berlapuk!! Debu boleh buat bedak badan untuk setahun!”
• “Kereta dengan tuan punya kereta sama je berhabuk!!!”
• “Eh, mana kereta kamu?” (Walaupun waktu itu anda memang berdiri di sebelah kereta anda.. Dia sampai tak nampak kereta kamu tu.. dah bertapuk ngan debu..)

Kalau anda tidak mahu mengalami masalah ini, walaupun anda tetap nak teruskan sikap malas membasuh kereta, mari ikuti tips MiSsZ ni...



Anda ikut je cara Pak Cik Ensem ni... Dia memang confident dengan kaedah dia...



Hehehe.. Macammana??? Boleh buat??? Kalau susah-susah sangat, buat gambar orang lidi pon takpe...Hehehe.. Banyak-banyak gambar anda suka yang mana yer?? Jawab dalam ruangan comment yer...

Gambar-gambar ini merupakan kiriman email dari sahabat MiSsZ...Thanks 4 the pictures.. Sharing is caring...


Read more...

Petua menambah berat badan

Badan sekeping?? Macam lidi.. Cuba contohi petua ni...



1. Apabila menanak nasi, setelah mendidih, cedoklah airnya segelas
2. Biarkan sejuk
3. Minum pagi dan petang
4. Boleh masukkan sedikit gula sebagai penambah perisa


Read more...

Petua menurunkan berat badan

Makan pil kurus??? Janganlah, bahaya.. Mai baca petua nie...



1.Perahkan 2 biji air limau nipis atau limau kasturi ke dalam gelas yang berisi air sejuk
2.Masukkan ke dalam peti sejuk
3.Minum setiap kali selepas makan tengah hari dan makan malam


Read more...

Saturday, February 19, 2011

Petua Terung Ungu Merawat Kulit Muka

Nak rawatan kulit muka paling jimat??



1. Terung ungu kecil dipotong
2. Dikisar bersama secawan yougurt
3. Sapu ke muka dan leher
4. Biarkan selama setengah jam
5. Bilas dengan air bersih


Read more...

Petua halia merahkan bibir

Bibir pucat dan tidak menarik? Jom cuba ni...



1. Bersihkan sepotong halia dan ditumbuk (jangan sampai hancur)
2. Sapu pada bibir dan biarkan hingga kering
3. Kemudian dicuci
4. Lakukan 2 kali sehari sehingga berhasil


Read more...

Petua air beras mencerahkan kulit

Dah cuba Fair n lovely? Olay? Nanowhite? tapi masih tak cerah-cerah juga... mari baca petua ni...



1. Simpan air basuhan beras dan kemudian diembunkan
2. Mandi dengan air beras itu
3. Lakukan dua kali seminggu


Read more...

Petua madu keringkan kulit muka

Muka terlalu berminyak?? Mari selesaikan dengan cara mudah dan jimat...



1. Parut sedikit kunyit basah yang telah dibersihkan
2. Campurkannya dengan 1 sudu madu lebah
3. Sapu pada kulit muka yang berminyak
4. Biarkan kering
5. Basuh dengan air bersih dan keringkan


Read more...

Petua menghilangkan dengkur

Cik abang kuat berdengkur?? Mesti cuba petua ni...



1. Tumbuk 7 biji buah badam sehingga lumat
2. Campurkannya dengan air susu suam
3. Kacau sehingga sebati dan minum


Read more...

Petua meluruskan rambut

Teknik rebonding yang menjimatkan. Jom cuba...



1.Parut sebiji kelapa tua
2.Perah santannya dengan segelas air suam (ambil yang pertama sahaja)
3.Masukkan sebiji perahan air limau nipis ke dalam santan
4.Simpan santan itu di dalam peti sejuk
5.Gunakan santan ini untuk dibuat krim rambut
6.Sapu sehari, kemudian dicuci dengan air sejuk
7.Lakukan selama seminggu


Read more...

Petua pulut haluskan kulit

inginkan kulit yang halus menawan? Mari cuba petua mudah ini...



1.Sangan (goreng tanpa minyak) segenggam beras pulut
2.Setelah agak hangus, masukkan ke dalam mangkuk kaca
3.Perahkan limau nipis dan asam jawa pada beras dan biarkan kembang
4.Sapukan pada muka
5.Biarkan kering selama 10 minit
6.Cuci dengna air bersih
7.Lakukan 2 kali seminggu sehingga berhasil


Read more...

Petua daun rambutan lebatkan rambut

Tak perlu berhabis duit untuklebatkan rambut. Mari cuba petua ni...



1.Bersihkan beberapa helai daun rambutan yang muda
2.Ramaskan ke dalam air 1 gayong sehingga lendirnya keluar
3.Sapu pada rambut dan biarkan selama 20 minit
4.Bersihkan rambut dengan air sejuk
5.Lakukan 2 hari sekali sehingga berhasil


Read more...

Petua merawat tumit kaki pecah

Malu kerana tumit kaki pecah-pecah? Jom baca petua ni...



1.Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dlam besen yang berisi air suam-suam kuku.
2.Rendam kaki selama setengah jam setiap hari

1.Hiris sebiji betik muda dan ambil getahnya
2.Sapu pada tumit yang pecah
3.Biarkan getah itu kering pada tumit selama 10 minit
4.Cuci kaki dengan air bersih dan keringkan
5.Lakukan 2 kali seminggu sehingga berhasil

1.Sapu ubat gigi pada tumit yang pecah sebelum tidur
2.Lakukan sehingga sembuh



Read more...

Friday, February 18, 2011

Misai boleh menggoda wanita?? Sila tanya Siti Nurhaliza...

Aku memang peminat setia Siti Nurhaliza...Memang banyak gambar-gambar Siti yang dah aku kumpul. Siti Nurhaliza penyanyi nombor satu di Malaysia. Mesti semua orang tertanya-tanya di awal perkahwinannya dahulu, mengapa Siti Nurhaliza memilih Datuk K sebagai peneman hidupnya?? Adakah kerana hartanya? Ketampanannya? Atau kerana misainya? Lelaki dan misainya... Mungkin ada rahsia disebalik misai seorang lelaki?? Kaum lelaki, sila jawab ye... Jom tengok gambar-gambar misai ni, untuk kaum Adam mengambil idea melentik misai mereka..hehehe....




Misai pak cik ni tak berbentuk.. Sama ada tak sempat sikat ataupun dia sedang membuat iklan SEBELUM menggunakan syampu Rejoice.

Di sini anda boleh memilih sama ada misai hitam yang kiut miut ni atau pun misai putih yg ditouch up baik.. keras cam batu.. mungkin pakai gel rambut. Macam gaya tanduk kerbau pun ada.


Atau anda memilih misai ala-ala A.Galak... Cuma A. Galak tak sepanjang misai PakCik ni. Anda nak cuba buat macam ni??




Ini mesti pesta misai dan janggut kan? Pakcik yang baju biru tu lebih bergaya misainya.. Setuju tak??


Bentuk apa janggut Pak Cik ni?? Nampaknya macam bersusah payah je nak buat ni. Kalau sesiapa yang ada hati nak buat janggut macam ni, kena buat depan komputer la. Kena tiru sungguh-sungguh..


Yang ini paling berani.... Gaya SOTONG KURITA.. Bukan sahaja Siti akan terpikat, Britney pun tergoda nanti.. hehehe.. gurau2 je.... Tapi, lom cuba lom tau...

Ok, lepas tengok semua fesyen misai dan janggut ni, buatlah keputusan yang sepatutnya.. Yang manakah fesyen pilihan anda??? Anda pilih, anda dapat... hehehe...

Gambar-gambar ini merupakan kiriman email dari sahabat MiSsZ...Thanks 4 the pictures.. Sharing is caring...


Read more...

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul semua...

Apa yang anda tau tentang Maulidur Rasul?? Kalau ditanya kepada budak-budak sekolah mungkin mereka akan jawab, “Hari cuti”... Kalau ditanya kepada pelajar Islam di universiti kenapa kita cuti pada hari ini, belum tentu mereka tau yang hari ini adalah kita menyambut Maulidur Rasul.. Sibuk berhempas pulas belajar, sehingga tarikh2 penting dalam kalendar Islam pun tidak ambil tahu. Sehinggakan pernah saya tonton adegan ini di universiti dulu...



Pelajar-pelajar ini sedang berbincang untuk mengadakan perbincangan projek kumpulan mereka. Mereka perlu mengadakan janjitemu dengan pensyarah universiti bagi menyelesaikan projek tersebut.
Pelajar A (bukan Islam): Bila nak jupa lecturer kita ni?
Pelajar B (Islam): Bila yer? Esok kami ada kelas, hari Khamis kul 3.00 petang,ok?
Pelajar A (bukan Islam): Hari Khamis cuti la.
Pelajar B (Islam): Eh, cuti apa pulak?
Pelajar A (bukan Islam): You orang punya cuti la. Saya tak tau la. Orang Islam punya cuti ma.
Pelajar B (Islam): Ye ke? Apa yer, saya pun tak perasan. Tak ingatla.
Pelajar B pun berbisik-bisik dengan beberapa orang pelajar Islam, sesama sendiri lupa apa tarikh penting yang berlaku pada hari Khamis ini... Apa nak jadi dengan pelajar Islam sekarang, hanya mementingkan duniawi semata-mata...
Tujuan sambutan Maulidur Rasul ini ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad s.a.w. Kita haruslah menanam perasaan cinta dan sayang kepada Rasulullah. Bagaimana untuk menerapkan perasaan cinta ini? Jika kita sayangkan si polan, mesti segala tarikh penting mengenai si dia kita hafal, tarikh lahirnya, htarikh kahwinnya, dan macam-macam lagi. Apabila tiba hari jadinya, pelbagai hadiah menarik diberikan kepada si dia untuk menunjukkan perasaan sayang kita kepadanya. Jadi, adakah kita perlu memberi hadiah kepada Rasulullah sempena hari jadi Baginda pada hari ini? Jawapannya, YA!!! Hadiah yang diberikan tidak perlu yang mahal dan hebat, anda hanya perlu berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan memuji Baginda. Seperti firman Allah di dalam surah Al-Ahzab, ayat 56, yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya".
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghadiahkan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Muhammad s.a.w. sempena hari kelahirannya ini. Diharapkan selawat ini terus meniti di bibir kita hari demi hari, agar perasaan cinta kepada Rasulullah semakin menebal. Dah alang-alang dapat cuti hari ini, sambil melakukan kerja rumah, membasuh pinggan, memasak, menyapu sampah, dan bermacam-macam lagi, berelawatlah wahai rakan-rakan.. Semoga kita mendapat rahmat dari-Nya. Amin... Selepas baca entry ini, selawat sekurang-kurangnya 3 kali ye.. Thanks...

Read more...

Monday, February 14, 2011

Solat Sunat Rawatib






Solat sunat Rawatib adalah solat sunat yang dilakukan sebelum/selepas solat fardhu lima waktu. Di sini MiSsZ senaraikan solat sunat Rawatib:
  • Dua rakaat sebelum Subuh
  • Dua rakaat sebelum Zohor
  • Dua rakaat selepas Zohor
  • Dua rakaat sebelum Asar
  • Dua rakaat selepas Maghrib
  • Dua rakaat sebelum Isyak
  • Dua rakaat selepas Isyak
Solat sunat yang berwarna merah adalah merupakan solat sunat Muakkad. Apa itu solat sunat Muakkad? Solat sunat Muakkad ini ialah solat sunat yang digalakkan untuk dijadikan amalan seharian.

Macammana nak lakukan solat sunat Rawatib ni? Caranya sama je seperti cara kita solat Subuh, bezanya:
  • Kita tidak perlu membaca doa Qunut
  • Tidak perlu membaca Azan dan Iqamat.
  • Tidak dilakukan secara berjemaah
  • Suara tak perlu dinyaringkan
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya setiap amalan dimulakan dengan niat”. Oleh itu MiSsZ senaraikan niat-niat solat sunat Rawatib ni.

Niat Solat sunat Subuh:

Niat solat sunat sebelum Zohor:

Niat solat sunat selepas Zohor:

Niat solat sunat Asar:

Niat solat sunat Maghrib:

Niat solat sunat sebelum Isyak:

Niat solat sunat selepas Isyak:

Diharapkan semua pembaca akan menjadikan solat sunat Rawatib ini sebagai amalan seharian. MiSsZ hanya memberi peringatan untuk diri MiSsZ dan rakan-rakan.. Bak kata Ustazah Siti Nor Bahyah, “ANDA BUAT, ANDA DAPAT”...


Read more...